Remembering my youth - 35th anniversary
Bruce Dickinson - Tattooed Millionaire (08/09/1990)
Dulu masa album ni keluar tak berapa excited sangat nak dengar. Tak beli pun kasetnya. Dah boleh agak yang ianya akan berbeza dari Iron Maiden. Ketika itu Bruce Dickinson masih di dalam Iron Maiden. Sudah tentu beliau mahukan yang berbeza. Adrian Smith and Project (A.S.a.P.) adalah contohnya.
Tapi semakin lama dengar semakin suka. Sedap betul lagu-lagunya. Kalau nak dengar Bruce Dickinson dalam hard rock sememangnya ini adalah albumnya. Tambah pula gitarisnya adalah Jannick Gers. Memang best!.
*Piring ini adalah hadiah harijadi dari anak sulong pada tahun lepas. Harapnya tahun ini akan dapat hadiah piring lagi..haha..
aku langsung tak ada memori untuk album ni untuk dibuatkan entri anniversary... paling-paling pun lagu Tattooed Millionaire sahaja (daripada album kompilasi) yang mengingatkan aku fasa peralihan menganggur dan mula bekerja di Bintulu
ReplyDelete