Wednesday, October 17, 2012

The Lincoln Lawyer

Movie yang ditonton di Astro HD



The Lincoln Lawyer (2011)

Jarang benar nak jumpa cerita bertemakan perundangan yang tak sedap...tambah2 kalau ianya di adaptasi dari novel popular dan pelakonnya utamanya adalah Matthew McConaughey...

Filem berdasarkan novel oleh Michael Connelly ni berkisarkan seorang peguam bela licik yang di upah untuk membela kes anak seorang hartawan hartanah yang pada mulanya hanya di anggap sebagai kes biasa tapi sebaliknya berkaitan dengan kes lamanya dan menyebabkan keluarganya terancam...

Banyak twist dan turn menyebabkan ceritanya jadi menarik...tapi the real star kat sini pada saya adalah Matthew McConaughey...nampaknya Matthew memang bersesuai membawakan watak seorang peguam...sesapa pernah tengok lakonannya dalam "A Time to Kill"...filem adaptasi novel John Grisham yang juga beliau berlakon sebagai peguam pasti akan bersetuju...

Kalau anda sukakan cerita2 courtroom drama...jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ni...REKOMENDED!


3 comments:

  1. Tengok movie ni versi dvd lanun,tetiba dah pertengahan cerita language die leh tuka ke bahasa sepanyol lak..hehe

    ReplyDelete
  2. seriously filem A Time To Kill memang antara filem perundangan yg best masa dekad 90an dulu,sama kualiti mcm Primal Fear gak...belum tgk lagi movie ni.haha insyaAllah nanti tgk kat astro la

    ReplyDelete
  3. cerita ni memang best...

    dan sekarang gua sedang layan satu lagi filem "Lincoln" yang best juga iaitu "Abraham Lincon Vampire Hunter"

    ReplyDelete