Friday, April 10, 2015

Any Time, Any Day

Yang dah capai tahap klasik...


Blues Gang - Any Time, Any Day (1979)

Sebenarnya saya tidak pernah tahu keujudan album ini. Awal 80an ketika saya mula mengenali Blues Gang, album yang saya tahu hanyalah bermula dari album Blues Gang '81. Mungkin kerana lagu-lagunya dalam bahasa Inggeris, maka ianya tidak dimainkan di radio. Maklumlah saya pun masih kanak-kanak lagi pada ketika itu.

Baru sekarang berpeluang mendengarnya secara serius. (tak berapa nak "feel" lah kalau mendengar menggunakan youtube) Sayangnya piring hitam ini bukanlah asli. Yang asli terbitan WEA. Mungkin inilah antara sebab mengapa Ito sangat marah perihal cetak rompak. Mana taknya, sedari album pertama mereka lagi dah pun kena ciplak.

Tapi nak buat macamana. Sekadar apa yang ada. Bukannya senang pun nak dapat. Benda dah lama. Walaupun begitu soundnya memang sedap. Tip top. Lemak dan lunak. Terasa seperti hidup di tahun 70an.


Tabik lah dengan kugiran yang berasal dari Kg Pasir, Johor Bahru ini. Tidak seperti kebanyakan band-band 70an lain yang terpaksa berdangdut dan berdisko bila menjadi artis rakaman walaupun asalnya mereka bukan begitu, Blues Gang tetap dengan akar bluesnya. Tambah menarik tiadanya lagu-lagu saduran.

Album ini menampilkan penyanyi dan gitaris asal Bues Gang. A'shed (Rashid Yunus) dan Mat Dollah (Mohamad Abdullah) yang juga bertindak sebagai komposer. Sayangnya mereka berdua tidak kekal lama. Album selepas ini mula menggunakan Ito Mohd sebagai vokalis utama dan Julian Mokhtar.


Sayang kalau album sebagus ini tidak dikeluarkan semula. Banyak betul khazanah muzik Malaysia yang akan dilupakan oleh generasi akan datang kerana tiada usaha pemilik "copyright" untuk menerbitkannya semula.

Best!...kalau anda sukakan blues, boogie dan sedikit rock n roll. Kalau tak tau, ingatkan ianya memang band orang putih.

Terbaik!



10 comments:

  1. kalau dlm bentuk kaset/CD pasti entri ni tak menarik, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin akan hanya di buat pada tahun 2019...sempena 40 tahun...hahaha...

      Delete
  2. I love the photos on the front and back.
    Rasanya aku simpan cover ni dan backcover dia dalam hard disk aku foto nye je la.

    Lagutak minat sangat. Sikit2 je la

    ReplyDelete
  3. kereta tu betul2 ganas, dress up masing2 cool gile.. bootcut! gaya hippis beb, tapi blues abis!

    ReplyDelete
  4. Baru tau pasal kewujudan album ni.ingatkan mmg ito yg memang penyanyi dari awal penubuhan band ni.terbaik la.kalo kat US/UK mmg dah legend ni.
    TT tu beli kt sound musse ke bro?

    ReplyDelete
  5. Gilarahhhhhh main LP Melayuuuuu. Power betteyyyy

    ReplyDelete