Yang menyambut ulangtahun ke 20.
Nailbomb - Point Blank (1994)
Sambungan dari entri >INI<
Seperti yang dikatakan sebelum ini, saya adalah fan boy Max dan Sepultura sebelum mereka ber"experiment" dengan world music dalam album Roots. Sudah semestinya album side projek ini sesuatu yang saya tunggu-tunggu.
Saya tidak tahu siapa dia Alex Newport dan Fudge Tunnel. Tetapi pertama kali mendengar Nailbomb saya merasakan ada sedikit kesinambungan dari album Choas AD. Terutamanya elemen hardcore punk dan industrial seperti yang ada pada lagu "Biotech Is Godzilla".
Selepas mendengar Fudge Tunnel, kesimpulan saya terhadap Nailbomb adalah gabungan antara riff-riff thrash Sepultura dan sound berat,kasar Fudge Tunnel yang di"industrial"kan. Menarik juga terutamanya bila ada sedikit kedengaran seperti Sepultura yang lama.
Walaubagaimanapun disebabkan muzik industrial bukanlah makanan saya. Point Blank bukanlah sesuatu yang saya enjoy sangat. Namun ianya lebih menarik dan lebih metal jika hendak dibandingkan dengan Roots atau Sepultura yang baru mahupun Soulfly. (Hanya pandangan saya - saya pencen mendengar Sepultura selepas album Against dan Soulfly hanya album pertama)
Lagu yang menjadi kegemaran saya adalah "Guerrillas". Riff thrash ala Sepulturanya memang saya suka. Sekurang-kurangnya industrial Pointblank tidak terlampau mengarut dan masih ada pengaruh thrash.
*kaset yang dijual di Malaysia gambar kavernya kena censored...muncung senapang kat kepala tu tu kena tutup...
maka, tamatlah viral KD/MF
ReplyDeleteSekarang ni agak susah nak cari cd Fudge Tunnel (kalo ebay x payah cerita la) di dalam Malaysia ni...versi kaset pun dah kira beruntung...Alex Newport memang telah membuat satu evolusi dalam dunia muzik berat di UK suatu ketika dahulu... Max still terbaik bersama Sepultura dari sehingga album Chaos AD...Roots bagi aku dah masuk kategori commercial value la tapi masih dpt dihadam...Soulfly 1st n 2nd album saja aku layan....lepas tu aku x ambik port sekejap....apabila Max buat keputusan utk kembali ke roots asal iaitu buat muzik heavy dan pantas melalui album Dark Ages, aku kembali mendengar muzik Soulflt versi new age thrash/death metal.
ReplyDeleteadi... aku ada 2 kaset ni... nak beli..rm1000... hahahha
DeleteSoulfly kena dengar album yang baru-baru. Best!
ReplyDeleteVersi cd album ni telah di pinjam dan terus di bikin harta pusaka oleh member aku..hampeh!
ReplyDeleteTrack pertama 'wasting away' n lagu 'sick life' paling aku minat..drum igor memang mengegar jantung!
Tak tahu lak Extreme main Spore tapi dorang akan main Jepun before Europe tapi under "25 years celebration" heading, so Spore pun sama kot.
ReplyDeleteaku rasa sekarang pasaran Spore makin banyak band datang, tu hari yang 2 hari festival tu memang kira outstanding la band2 yang main.
Aku semua skip la skarang apa ada kat Spore dan Msia, cuma DRI bulan april ni mungkin aku nak gi tengok. Tapi senyap je aku tengok kat website DRI.
Dah konpem dah ni...FB Nuno dah post pasal ni...main kat Hard Rock kalau tak silap...dengarnya 2hb Jakarta...5hb Spore...tak tau la kot2 ada turun KL...
DeleteLast album Sepultura yang aku dengar ialah Roots...
ReplyDeletebaru tahu kena censored
ReplyDelete