Jason Becker: Not Dead Yet (2012)
Aku lum tengok lagi dokumentari ni sebenonya....baru jer pun rilis kat selected filem festival...kat UK pun bulan November nanti baru rilis....tapi ini adalah antara filem yang aku tunggu2....sejak dengo ura2 pasal filem ni setahun dua yang lepas (tajuk asalnya Jason Becker Movie : Perpetual Burn)...aku lama dah follow fanpage dia kat FB pasal nak tau apa latest news pasalnya...
Mungkin budak2 rock/metal sekarang tak kenal pun sapa dia Jason Becker ni....tapi masa tahun 1988,1989...beliau adalah salah seorang gitarist/shredder yang disebut2 bakal menjadi bintang besar...pernah menang 'Best Young Guitarist tahun 1989' dari majalah 'Guitarist'...menjadi pengganti Steve Vai untuk David Le Roth dalam album A Little Ain't Enough (1991)....tapi segala2nya berubah bila dia kena penyakit ALS yang menyebabkan dia lumpuh dan tak boleh bercakap dan dah tentu2nya tak boleh lagi bermain gitar...(cerita lebih lanjut baca jer la kat wiki)....
Aku mula tau pasal beliau melalui kaset Cacophony - Go Off! (1988)...kepunyaan sorang kawan sekolah aku yang baru mula berjinak2 nak belajo main gitar...beli gitar dan baru start belajo gitar lepas abis periksa SPM...tapi lepas tu terer giler main gitar mengalahkan aku yang dari sekolah rendah dah pegang gitar tapi tak pandai2....dia ni cukup giler minat Cacophony...band yang diterajui oleh 2 bintang gitar muda yang sedang nak naik pada masa tu Marty Friedman dan Jason Becker....dan dialah antara yang frust bila Jason memilih untuk join David Lee Roth yang tak metal sedangkan Marty join Megadeth...
Walaupun diramalkan oleh doktor yang nyawanya tak akan panjang lepas kena penyakit ALS ni...tapi sehingga sekarang (22 tahun kemudian)...beliau masih bernyawa...masih terus berkarya walaupun beliau tak boleh bercakap dan lumpuh seluruh badan...hanya boleh berinteraksi menggunakan mata...dari situlah mulanya idea untuk pembikinan filem ni...
Siapa sangka...dengan teknologi terkini...dengan hanya mengunakan mata...Jason masih mampu mencipta lagu...masih menerbitkan album....semangat yang adanya padanya memang sangat2 la aku respek....tak sabo aku nak nengok dokumentari ni....
Antara masterpiece Jason...di petik dari album Collection (2008) - "End of the Beginning"...lagu ciptaan beliau ni asalnya dirakamkan oleh Michael Lee Firkins kerana pada masa tu beliau dah tak boleh main gitar....tapi versi demo ni dimainkan oleh beliau sendiri...pada ketika ianya dirakamkan...beliau telah pun menghidap ALS tapi masih diperingkat awal....nak dengar versi Michael Lee Ferkins cekidot >SINI<
Jason Becker bersama2 ngan Marty Friedman di zaman kegemilangan Cacophony....kalaulah dia masih boleh bermain...buat reunion pulak ngan Marty....memang pergh!!!!
My Guitar Hero |
perghh aku pun tetiba plak teruja sama nak tgk dokumetari ni haha..bro, amacam deal kita hari tu nak trade CD lemonheads tu hehe??
ReplyDeletelegend....
ReplyDeleteAdi...bagi list ko...kot2 ada yg aku berkenan...
ReplyDelete