Monday, June 3, 2013

Jason Becker: Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

A documentary film about the extraordinary life of a famous, musical prodigy who has been battling against Lou Gehrig's Disease for 22 years. A paralyzing, terminal illness with no real treatment or cure, it has trapped Jason inside of his body for over 15 years; unable to move, unable to speak, and unable to play the instrument which propelled him to international stardom at just 19 years of age. Using an eye communication system invented by his father, Jason is able to escape the confines of his own body and release the music that is trapped inside of his mind"


Lama dah tunggu dokumentari ni sejak-sejak tau ianya akan diriliskan. Akhirnya berjaya juga dengan versi sedut.

Untuk yang tidak mengenali siapa beliau, Jason Becker adalah salah seorang gitar hero di zaman-zaman penghujung 80an. Pemilik Shrapnel Records, Mike Varney yang banyak mencungkil bakat2 baru gitar seperti Yngwie Malmsteen, Paul Gilbert, David T. Chastain, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan berderet-deret lagi gitar shredder hebat adalah orang yang bertanggungjawap mengenalkan Jason Kepada Marty Friedman. Bersama-sama Marty, Jason menubuhkan Cacophony yang sempat menghasilkan 2 album Speed Metal Symphony(1987) dan Go Off! (1988) yang berkonsepkan neo-classical metal.


Jason dan Marty dalam Cacophony

Selepas masing-masing menghasilkan album solo, Marty dengan Dragon's Kiss (1988) manakala Jason dengan Perpetual Burn (1988), Bintang mereka berdua memang sangat cerah. Marty dilamar Megadeth manakala Jason pula dipelawa untuk bersama David Lee Roth. Bukan calang-calang orang nak dapat main dengan David Lee Roth. 2 orang gitarist sebelum beliau, Eddie Van Halen dan Steve Vai menjadi nama besar. Sudah semestinya dalam usia beliau yang baru sahaja mencapai 19 tahun, beliau juga akan menjadi "the next big thing".

Sayangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Ketika rakannya Marty menjadi seorang bintang terkenal bersama Megadeth, beliau pula disahkan mengidap Lou Gehrig's Disease (ALS). Penyakit yang membuatnya menjadi lumpuh. Walaupun dalam kepayahan, beliau sempat juga menghasilkan album A Little Ain't Enough (1991) bersama David Lee Roth. Sayangnya beliau tidak sempat untuk mengikut road tour kerana penyakitnya menjadi semakin serius.

Memang sedih menonton dokumentari ni. Bayangkan dari seorang yang aktif, beliau kini tidak mampu lagi mengerakkan apa-apa anggota badannya kecuali kelopak mata. Dokumentari ini, seperti tajuknya di buat (sebahagian besarnya dibiaya oleh peminatnya melalui derma secara on-line) adalah untuk mengingatkan dunia yang beliau masih bernyawa. Masih bersemangat untuk terus hidup dan terus berkarya dalam muzik.

Jason...sekarang

Tetapi yang lebih menyentuh perasaan rasanya adalah pengorbanan kedua ibubapa beliau. Semangat mereka memang sangat mengagumkan. Contohnya bapanya sendiri yang berjaya mencipta alat komunikasi yang mengunakan kelopak mata. Ibunya, bekas tunangnya yang sentiasa disisi. Rasanya tak ramai yang sanggup bersusah payah begini.

ALS adalah sejenis penyakit yang masih belum ada penawarnya. Dokumentari ini bukan sahaja mengenai Jason Becker, tetapi menyedarkan kita bahawa tidak semua manusia ini mempunyai nasib yang baik. Kejayaan yang hampir didepan mata pun belum tentu terjadi jika tidak dengan izin Nya....bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Wajib tonton bukan hanya kepada peminat Jason atau gitar shredder (ada Steve Vai...ada Joe Satriani) tetapi atas nilai-nilai kemanusiannya.


REKOMENDED!






8 comments:

  1. Eh,dah ada versi sedut eh.dia dah lumpuh pun tetap berkarya.kuat betul semangat dia

    ReplyDelete
  2. PC Kokak...sabtu lepas aku keje...month end closing...kalau tak konpem aku datang....

    btw...29hb...Insya Allah...

    ReplyDelete
  3. kena sedut jugak filem dokumentari ni...

    Btw, tahniah JDT! Kuasa anda semakin meluas hahah

    ReplyDelete
  4. yaaa...aku pon dapat versi sedut. beliau ni mmg kuat ssemangat .mmg tacing.ade gak part yg masuk habuk dlm mata 2-3 kLI.HEHEHE. kerana beliau la aku blaja macammana nak sweep picking. long live JB.

    ReplyDelete
  5. legend mamat ni....dalam sakit pun masih ada masa untuk muzik

    err.. apesal komen atas aku pasal bola ek??

    ReplyDelete
  6. Untung dia dapat loves ones yang terbaik

    ReplyDelete
  7. True stories, kemanusiaan, human survival mmg favorite saya juga. Tks for the info dan reviews.

    29 Jun Bukit Jalil laaaa...
    Bole baca review awak hehehe..

    ReplyDelete