Monday, June 18, 2018

Dehumanized



Punisher - Dehumanized (EP 2018)

Saya berada di zaman mereka. Walaupun bukanlah seorang yang terlibat di dalam pergerakan muzik bawah tanah tetapi banyak juga yang saya ketahui tentang mereka melalui rakan-rakan dan fanzine.

Penghujung 80an adalah tahun yang thrash dan muzik yang lebih ekstrem mula mendapat tempat di hati peminat muzik rock Malaysia. Dan pada ketika itu jugalah nama Punisher mencanak naik. Sayangnya mereka gagal untuk menghasilkan sebarang album.


Namun kini penantian selama hampir 30 tahun berakhir juga. Walaupun tidaklah semuanya anggota asal. Kemunculan semula Rosdan, Khalil dan Karim sememangnya dinanti nantikan.

Mungkin kerana lepas geram hampir 30 tahun, muzik mereka sememangnya apa yang mereka perjuangkan pada ketika itu. Jelas kedengaran pengaruh Bay Area thrash penghujung 80an dan awal 90an. Ada Exodus, Metallica dan yang paling ketara adalah Megadeth.

Jauh beza vokal Rosdan dari zaman Bloodshed. Pengaruh Mustaine jelas kedengaran. 5 lagu yang melodinya senang hadam. Riff dan solo yang menepati citarasa Bay Area thrash yang tidak terlalu teknikal. Tabik juga kepada drumer versatile, Ainol (Deja Voodoo Spell, Kristal, Prime Domestic dll) dengan permainannya yang jitu.


Lagu-lagu mereka mengembalikan nostalgia kegemilangan Bay Area thrash. Sesiapa yang hidup pada zaman tersebut atau yang sukakan muzik era tersebut pastinya tiada sebab untuk tidak suka kepada EP ini.

Best!



9 comments:

  1. Aku dgr prebiu nya vokalis baru kan. Main ngan central disposal.. aku harap dapatlah cd ni nanti.. ohya metalcamp pun dorang akan main tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cd ni masih Rosdan...dia keluar lepas EP ini siap...

      Delete
  2. Best betoi EP ni! Memang standard international dah.

    ReplyDelete
  3. Aku tak kira sabtu ni aku nak gi campbell carik cd ni

    ReplyDelete
  4. sorry saya dah dengar..mmg kurang kick!!!! dua kali dengar terus stop...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer...thrash yang biasa-biasa...tetapi jika sesiapa yang suka muzik sebegini...ianya memang tidak mengecewakan..

      Delete
    2. Kurang Kick tu dari segi ape, speed kah ? Keberatan kah? hehehe. Aku dengar kat FB punya preview, not bad. Kick or not kick, kena beli dulu CD ni. takde kesempatan lg nak gi kembell. hehehe

      Delete
    3. kurang speed/kurang berat dan ganas..hehehe rilisan central disposal lg power...ni pendapat peribadi la..hehehe

      Delete