Wednesday, February 24, 2010

A Live

Ini adalah salah satu kaset yang aku hampir2 lupa aku ada...terimakasih En Ijau...kerana ko suruh aku cari cdnya...baru teringat pasal album ni...Ramli Sarip A live...



Album yang diterbitkan pada tahun 1999 ni dikatakan dirakamkan secara live di Synchrosound Studio...tak sure pulak aku rakaman ni ala2 mini konsert ker apa...tak der info pulak kat kaset ni..tapi pemuzik2 pengiringnya memang antara yang terhebat kat Malaysia/Singapura..

Arwah Samad (lefthanded) - Guitar
Wan Ahmad (Sweet Charity) - Guitar
Hamid (Black Dog Bone) - Bass
Tom (Revolver),Yazit (Search) - Drums



Oleh kerana aku bukanlah follower tegar Ramli Sarip pada zaman solonya (aku cuma ada kaset Perjalanan Hidup...tu pun ntah dah hilang kemana kasetnya)..aku tak sure track list album ni di ambil dari album2 mana (mungkin En Portdy boleh tolong buat penjelasan)...atau mungkin jugak ada lagu baru...kalau lagu2 Sweet Charity tu aku tau la..

Side A
Tahun 2000
Jejak Ke Syurga
Munafik
Blues Felda Blues
Perjalanan

Side B
Irama Kasih
Akal Vs Jiwa
Blues Bee
Hujan
Tuhan Yang Tahu



Untuk entry ni aku telah cuba untuk mendengar semula lagu2 dari kaset ni...maklum la dah lama...dah tak ingat dah...sayangnya kondisi kaset ni dah tak berapa elok..dah la bunyi tenggelam..bunyi kriak kriok pulak...setelah 2,3 kali usaha aku mencuci head radio kaset aku tak berjaya...aku give up la..ni la masalah kaset kalau tersimpan lama...tu yg kalau ada mana2 kaset yg aku suka aku cuba upgradekan ke cd..

kalau ikut kata kat inlay kaset ni yang ditulis oleh Bob Lokman...album ni diterbitksn selepas Ramli Sarip menjadi tak rock dengan album Syair Timur...dah berkonsep nusantara..so album ni dibuat khas untuk membuktikan yang Ramli Sarip masih berjiwa rock n roll...kira rock sampai tua la tu...hehe



sayangnya...aku dah tak berapa ingat lagu2nya...tapi lagu yang paling lekat kat kepala aku dah tentu2 lagu "Blues Felda Blues"...maklum aku anak felda la kan...tambah2 pulak lagu ni dulu2 DJ Isma Halil Hamzah selalu bukak kat rancangan radio tengahmalam dia tu..radio THR eh?..lupa ahh...lirik dia tu kena betul kat anak2 felda macam aku...tapi lagu ni asalnya dari album mana ahh?..

Lain2 tu aku tak ingat la..so susah aku nak komen...kalau tak silap aku kalau nak dengar solo2 dasat Arwah Samad...boleh try dengar album ni..antara penyebab aku suka kaset ni dulu pasal arwah Samad la..

Untuk En. Ijau...bulan december lepas ada orang jual cd ni kat mudah.com...bulan lepas aku tanya dah sold out dah katanya...tak der rezeki ko la gamaknya..kedai cd sekitar jb memang tak jumpanya..

Last...kalau tak silap dulu Ramli Sarip ada pernah keluar boxset dalam dia ada 4 kaset kan...aku ada beli 2 daripada 4 tu...tajuknya Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus kot...yang lagi 2 tu lagu2 slow dan irama Malaysia aku tak minat...sayangnya tak jumpa pulak aku cari kasetnya..dah hilang kot.

19 comments:

  1. Ramli Sarip ni zaman2 keset dulu ada le aku buat koleksi...tapi semua dah dimakan zaman...

    ReplyDelete
  2. hehehe gua pung ada keset ni.... so tak jaki sgt, tapi kalau la ada cd dia....takbur....

    bro, layan lagu Irama Kasih bro feel dia memang best, antara lagu yg gua ingin sgt nak jamm.

    dalam hati selalu bilang knapa Ramli sarip tak bikin ini live jamm dalam bentuk visual eh?

    ReplyDelete
  3. Side A
    Tahun 2000 - lagu SC
    Jejak Ke Syurga - lagu baru
    Munafik - lagu baru
    Blues Felda Blues - lagu zaman SOLO
    Perjalanan - lagu SC

    Side B
    Irama Kasih - lagu baru (best wo lagu ni)
    Akal Vs Jiwa - lagu baru
    Blues Bee - lagu baru
    Hujan - lagu SC
    Tuhan Yang Tahu - lagu baru (pun best jugek)



    ni wa main ingat2 jek bro, tapi rasa-rasa kompem kot info ni.

    ReplyDelete
  4. aku album ni cuma ada mp3 je... tp aku mmg minat lagu "perjalanan" versi a-live ni, mmg keras drp versi asal... mcm unsur2 iron maiden pun ada hahaha. mati2 aku ingat mankidal yg main rupanya arwah samad

    yg kat mudah tu aku pun ada tgk, tp was2 nak beli

    ReplyDelete
  5. dengar sini kawan2...


    seriously, ini adalah album rock terbaik yg pernah gua ada... sapa2 yg jumpa, baik beli!!!!

    dan jika lu berjiwa seperti gua, lagu2 seperti...

    munafik,
    perjalanan,
    irama kasih,
    blues felda blues,
    hujan...

    merupakan satu variasi yg akan jadi runut bunyi hidup lu orang dari mula kita kenal dunia ni sampai bila2...

    ReplyDelete
  6. gua beli album ni pada tahun 1999. memang best!

    "perjalanan" pergh! gile best! lebih dahsyat dari album rakaman studio.
    "irama kasih" yang meruntun jiwa.

    allahyarham samad belasah habis2san menyolo dan riff2 kejam!

    " aaaa! tak kira dari pontian ke, segamat ke, mentakap ke, alor star tak kira asal kerja felda sudah la bebbbb...!

    ReplyDelete
  7. haaaa Pontian masuk tuuuuuuu!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Blues Felda Blues
    dari album Ramli Sarip - Rentak Hidup

    ReplyDelete
  9. Pembetulan bro..
    Dalam album ni, semua solo dimainkan oleh Wan Ahmad. Arwah Samad sebagai 2nd guitarist merangkap rhythm guitar (disahkan oleh abang ramli sarip 3 minggu lepas masa wa jumpa dia kat rumah manager dia..Jalan Gasing)

    Live ni dirakam di dalam studio Syncrosound, PJ disaksikan oleh lebih kurang 50 penonton bertuah. Memang misi dorang nak hentak rock n blues untuk album ni.

    Solo terbaik pada wa, Blues Bee & Irama Kasih. Pada wa memang layak Wan Ahmad digelar "Raja Tone" untuk guitarist nusantara...David Gilmour Nusantara

    ReplyDelete
  10. Portdy dan Zan...

    Thanks for the info..

    tu la..album2 kat malaysia ni memang jarang ada info yg lengkap kat inlay dia..selalu buat peminat tertanya2..syarikat rakaman yg kedekut atau mmg artis tu sendiri yg tak ambik tau pasal post production ni...ntah la..

    Emm...adakah Wan Ahmad jugak ada menyolo dalam lagu2 Sweet Charity?...

    ReplyDelete
  11. Wan Ahamd dengan SC ada 2 album je kan kalau x silap? Batu dengan Dunia Perlumbaan.. Kalau solo duet tu memang confirm la ada tapi untuk solo Wan Ahmad saje, rasanya xder kot. Dia mula menonjol lepas SC berpecah, dalam album2 solo Ramli Sarip.. Dalam ALive ni memang ketara bro semua solo bunyik Fender..arwah Samad punya sound n tone memang bukan macam tu..heheeh

    Box set Ziarah Seni tu harga dia melampau2 sekarang. Deaf ada boxset tu kalau x silap. Member wa angkat pun nak dekat RM 400 kat Amcorp Mall. Complete 4 disk dalam tu..

    ReplyDelete
  12. betul la Zan...baru aku teringat...Wan Ahmad main untuk satu album je kot...Batu..tu pun dia main keyboard sekali...bila AJ join balik SC baru dia kosentret gitar..kalau aku tak silap la...ada dulu terbaca kat mana ntah tak ingat...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Aku setuju dengan hang lah Zan, tone Tok Wan memang best. Ada sikit cam David gilmore.

    Kalau tak silap album Solo Ramli Sarip pasca Sweet Charity pun selalu guna Wan Ahmad.
    Solo lagu KASIH TAK KESAMPAIAN album WARISAN pun rasanya Wan Ahmad yang main.

    Zan, aku ada 2 soalan.
    1. Ada info pasal album "Sweet Charity 88" tak? (ni kena tanya Rosli Mohalim kot)
    2. Kenapa Tok Wan Ahmad tak main dengan SC masa kat esplanade?

    Senang-senang jumpa Legends ni hang tanyakan eh bro.

    ReplyDelete
  15. err sori bro-teromber bikin post ni macam kaunter pertanyaan pulak huhuhu

    ReplyDelete
  16. SC8 yang vocalist pompuan tu kan...Zaitun ker apa nama dia...dulu kat radio Spore popular lagu dia tajuk "Cinta dan Cipta"...

    Satu lagi yang aku tau Ramli Sarip cukup bengang dgn Rosli Mohalim pasal guna nama Sweet Charity utk album tu..(ni dengar kat rancangan Arwah Adnan Maswan Pop Rock kalau tak silap)

    ReplyDelete
  17. Port..
    Pasal SC 88 aku takde info la.. Lagu2 dia pun aku tak pernah dengar..

    Pasal kenapa Wan Ahmad tak perform masa kat esplanade itu ari ek? erm..boleh ke citer kat sini? risau wo kalau2 kecoh satu malaya..hahaha. ikut kata manager dorang, uncle wan x berapa nak setuju main kat situ. format esplanade kan formal. kena layan duduk so dia macam memberontak la. kata nak celebrate 40 tahun tapi tempat terlalu formal. dia prefer open space cam stadium ke..ape ke..

    Kira dia protes la masa konsert tu..tu yang dia tak main..

    ReplyDelete
  18. oh I see,
    harapnya merajuk kejap jek la.
    Nanti show2 atau aktiviti lain dia dapat join, New album perhaps? (mana lah tau kan? walaupun susah)

    Tok Wan ni eye candy la, seronok woo tengok dia kat atas stage. Cool jek.

    tenkiu zan 4 the info.

    Anyway gua suka lagu Cinta dan Cipta tu.

    ReplyDelete