Album gitar hero yang menyambut ulangtahun yang ke 20...
Yngwie J. Malmsteen - The Seventh Sign (1994)
Peringatan : bila bercerita bab Malmsteen pastinya saya bias.
28 tahun dulu ketika pertama kali saya mendengar album Marching Out, saya telah pun jatuh hati. Dia adalah antara pelopor shredder neo-klasikal heavy metal yang tidak pernah terkesan dengan apa jua zaman sekalipun. Walaupun beliau sedikit komersial di beberapa album sebelumnya. Tetapi dengan terbitnya The Seventh Sign, beliau kembali ke asal.
Tak kisahlah jika pada tahun semasa muzik rock menjadi Nirvana dan metal menjadi Pantera. Malmsteen tetap dengan neo-klasikal heavy metalnya seperti di tahun-tahun 80an. Kemasukan Mike Vescera (Loudness) sememangnya banyak membantu. Mungkin selepas Jeff Scott Soto, beliaulah suara heavy metal yang dicari-cari.
Track pertama "Never Die" benar-benar mengamit memori ketika zaman Marching Out. Manakala track kedua, "I Don't Know" membuktikan beliau boleh bermain blues dengan pengaruh Jimi Hendrix. Siapa kata beliau hanya tau laju dan laju. Manakala track ke 6, "Brothers" membuktikan beliau juga mempunyai jiwa.
Sedari dulu, saya agak kurang berminat dengan lagu-lagu perlahan beliau. "Forever One" dan "Prisoner of Your Love' tidak terkecuali. Tetapi lagu-lagu lainnya seperti "Seventh Sign", "Crash and Burn" dan "Pyramid of Cheops" membuktikan beliau adalah salah seoarng lagenda shredder terhebat.
Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila ada yang mengatakan Malmsteen di takuk yang lama dan tiada pembaharuan. Laju, laju dan laju. Tapi sedarkah mereka dia adalah pelopor benda yang laju,laju dan laju itu. Selamanya dia akan dikenali kerana itu dan selamanya dia harus bermain begitu. Kalau tidak...bukan Malmsteen lah namanya. Saya tidak pernah suka Metallica menjadi pop dan saya berharap Malmsteen tidak menjadi begitu.
Tak nak dengar banyak solo...sila layan Kurt Cobain. Ini Malmsteen...There is only one Yngwie Malmsteen...yang lain semuanya copy cat...heheh...
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Nativity in Black
Album tribute yang dah 20 tahun...
VA - Nativity in Black (1994)
Ketika saya cuba untuk menulis perihal album ini, saya merasakan seperti ianya satu deja vu*. Macam pernah buat. Rupa-rupanya memang betul...saya pernah membuat entri berkenaan album ini 5 tahun yang lalu. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Hampir-hampir terlupa dah.
Khas buat pembaca baru blog ini. Sila klik di >SINI< Abaikan gaya bahasa yang sudah berubah...heheh...
Sedih pula bila membaca di ruangan komen pasal ada antara kawan-kawan blogger yang dah tak aktif lagi berblog malah ada yang dah terputus hubungan langsung. (Mana pergi agaknya saudara Eddie Dewanaga...antara blogger metal awal yang mempengaruhi saya untuk menulis selain saudara Deaf dan Krenmaut...tabik!)
5 tahun dah berlalu sejak kali terakhir mendengar cd ini. Ternyata saya tetap merasa benda yang sama. Pada saya, ini adalah antara album tribute yang terbaik pernah dihasilkan. Rekomended!
*terimakasih kepada Iron Maiden kerana mengajar saya apa erti deja-vu ketika saya budak-budak dulu. Banyak jugak perkataan inggeris yang saya tau melalui lirik-lirik band heavy metal...Benda-benda lagha ni ada juga kebaikan dia...

Labels:
1994,
Black Sabbath,
cd,
rekomended,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Tuesday, February 25, 2014
@ Langkawi Cable Car
Sambung lagi sebelum terlupa... percutian ke Langkawi bulan december yang lepas...
Sambungan dari entri Oriental Village....
Banyak benda nak cakap yang aku dah terlupa...maklumlah dah 2 bulan berlalu...tapi yang pentingnya kalau pergi masa cuti sekolah...time sesak....aku nasihatkan korang peruntukan masa sehari khas untuk naik cable car ni...kalau tak konpem kelam kabut dan lari dari jadual asal...lainlah kalau korang sanggup bayar mahal ambik tiket express tak payah beratur panjang.
Ini berlaku kat aku...gara-gara nak naik cable car punya pasal...terpaksa extend lagi satu malam. Yang buat lecehnya kena dua kali beratur. 1st kena beratur untuk beli tiket...kemudiannya beratur untuk naik cable car.
Satu lagi solution kau tinggal jer kat hotel di Oriental Village...senang...pagi-pagi terus beratur beli tiket...jimat masa..
aku lupa dah berapa harga tiket...ikut google macam ni....
Adult = RM30 (with Mykad = RM15)
Child = RM20 (with Mykad = RM10)
Bila dah beli tiket...bukannya terus boleh naik...kena tengok pulak tiket ko tu untuk pukul berapa...cam aku tu hari beratur beli tiket pukul 11...tapi dapat tiket untuk pukul 1.30....kena la tunggu...nasib juga Oriental Village tu cantik kawasannya...tapi cuaca memang panas la...
Dah masuk dalam station ingatkan boleh terus naik...rupa-rupanya kena beratur panjang lagi...(lebih kurang gak macam nak naik cable car Genting Highland time cuti sekolah...panjang giler beratur...). Dia ada point-point-point tempat beratur tu ko boleh tahu lebih kurang berapa minit lagi ko boleh naik cable car...1 jam...45 minit...30 minit...gitulah seterusnya...
(aku lupa nak ambil gambar kat base station...penat beratur lupa semua benda dah...)
Dia ada 2 station. Yang pertama dipanggil Middle Station. Kalau tak silap jarak dari base station ke middle station ni lebih kurang 1,700 meter dengan ketinggiannnya pula ialah 650meter dari aras laut...boleh tahan gayat oo..
Tapi aku tak turun pun kat situ...masa dah banyak terbuang...terus naik Top Station. Jarak Middle Station ke Top Station tu lebih kurang 450 meter dengan ketinggian 708 meter dari aras laut...lagi gayat ooo...
Kat atas puncak Gunung Matchincang (Top Station) tu ada dua 360 degree viewing platform belah kanan dan kiri. yang belah kiri ada tempat makan-makan....dan standard la kalau mahal...ko ingat senang ker nak bawak naik maggi kat atas tu...
Ok...layan gambar la pulak...dah tak tau point apa lagi nak menceceh...
Sorry la...ada banyak lagi gambar...tapi tak larat pulak aku nak pilih satu-satu...lagi pun takat pakai kamera handphone ajer pun....tak cantik mana...ni mana yang terjumpa aja la...
bersambung lagi....

![]() |
| Ikut yang aku google...perjalanan sampai atas tu lebih kurang 2.2 km...boleh tahan tinggi oo... |
Dia ada 2 station. Yang pertama dipanggil Middle Station. Kalau tak silap jarak dari base station ke middle station ni lebih kurang 1,700 meter dengan ketinggiannnya pula ialah 650meter dari aras laut...boleh tahan gayat oo..
Tapi aku tak turun pun kat situ...masa dah banyak terbuang...terus naik Top Station. Jarak Middle Station ke Top Station tu lebih kurang 450 meter dengan ketinggian 708 meter dari aras laut...lagi gayat ooo...
Kat atas puncak Gunung Matchincang (Top Station) tu ada dua 360 degree viewing platform belah kanan dan kiri. yang belah kiri ada tempat makan-makan....dan standard la kalau mahal...ko ingat senang ker nak bawak naik maggi kat atas tu...
![]() |
| Maggi dan tempat tinggi adalah satu kenikmatan...heheh... |
Ok...layan gambar la pulak...dah tak tau point apa lagi nak menceceh...
![]() |
| Sayangnya time aku pergi ni, Sky-Bridge di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan....rugi betul la tak dapat naik jambatan gantung ni... |
Sorry la...ada banyak lagi gambar...tapi tak larat pulak aku nak pilih satu-satu...lagi pun takat pakai kamera handphone ajer pun....tak cantik mana...ni mana yang terjumpa aja la...
bersambung lagi....
Monday, February 24, 2014
Sudah sampai sini : Pantai Pasir Hitam
Lagi pasal Langkawi...
Langkawi memang banyak pantai yang menarik. Untuk yang kaki mandi laut memang syiok la. Tetapi ada satu pantai kat sini yang terkenal bukan kerana tempat untuk bermandi manda...
kenapa boleh jadi warna hitam?
tapi walaupun begitu...fenomena begini cuma berlaku di Langkawi...untuk lebih info rujuk >SINI<
tapi yang pastinya tempat ni cantik untuk bergambar.....
ada lagi sambungnya nanti.....

| Pantai Pasir Hitam |
![]() |
| kenapa namanya pasir hitam?... |
![]() |
| sebab...sememangnya pasirnya berwarna hitam |
kenapa boleh jadi warna hitam?
![]() |
| cerita orang zaman dulu-dulu |
![]() |
| fakta sebenar |
tapi walaupun begitu...fenomena begini cuma berlaku di Langkawi...untuk lebih info rujuk >SINI<
tapi yang pastinya tempat ni cantik untuk bergambar.....
ada lagi sambungnya nanti.....
Friday, February 21, 2014
Wira Cyborg
Album rock melayu yang menyambut ulangtahun ke 20
MAY - Wira Cyborg (1994)
Secara jujurnya tahun 1994 adalah antara tahun-tahun yang saya tidak mengambil tahu perihal rock melayu. Seingat saya memang tidak pernah mendengar apatah lagu memiliki album ini dulunya. Lagu-lagu dari album ini saya dengar beberapa tahun kemudiannya selepas saya memiliki cd kompilasi MAY Metal.
Namun begitu lagu slow meleweh "Suci" memang agak kerap juga di dengar di radio. Lagu-lagu seperti inilah antara yang menjadi punca mengapa saya tidak lagi mahu mengambil tahu perihal rock melayu pada ketika itu. Sedih bila band segah MAY pun berjaya di"Saari Amri"kan oleh syarikat rakaman.
Pada saya tidak menjadi masalah jika mereka mahu manyanyikan lagu-lagu ciptaan Saari Amri. Tetapi sepatutnya susunan muziknya biarlah tetap berbunyi seperti MAY bukan hampir sama sahaja dengan band-band 90an seperti Spring,Spoon,Scoin dan ntahapahapa lagi yang seangkatan dengannya. Maaf lagu "Suci" memang saya skip.
Oleh kerana ini adalah kali pertama saya mendengar keseluruhan album ini, saya cuba juga mengoogle untuk mencari ulasan dan pandangan orang lain tentangnya. Sayangnya...Ntah kenapa susah betul nak baca ulasan pasal album-album melayu di internet. Kalau album inggeris sekali google berderet boleh baca. Ni yang melayu balik-balik link MP3 sahajalah yang kita akan jumpa. Tak apa la..mungkin orang kita tidak berapa minat menulis.
Ini adalah album ke 2 Yantzen bersama MAY. Saya ingat-ingat lupa bagaimana bunyinya album Ziet Giest (yang ni saya ada kasetnya dulu). Tetapi untuk Wira Cyborg ianya memang berbeza dari zaman Mus. Bukan sahaja bab lagu slow, lagu heavynya pun agak berbeza. Mungkin ada pengaruh Rusty Blade yang cuba di bawa masuk oleh Yantzen tetapi yang pastinya lagu-lagu slow mereka kedengaran seperti lagu-lagu dari album solo Yantzen. Satu lagi yang saya perasan sound gitar Abu juga agak berbeza dari MAY yang dulu.
Paling ketara perbezaannya adalah lagu-lagu berbahasa inggeris. Sebagai orang Singapura sudah tentu Yantzen boleh menulis lirik berbahasa Inggeris dengan baik. Selain "Wira Cyborg", lagu-lagu berbahasa Inggeris seperti "Exorcism" dan "Steel Warrior" memang saya suka. Terdapat unsur-unsur speed metal dan thrash di dalamnya. Vokal Yantzen juga agak sesuai dengan lagu Inggeris. Tetapi ntah kenapa bahagian awal lagu "Exorcism" sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada lagu-lagu Loudness.
Selain "Suci", memang saya tiada komplen untuk album ini. Apatah lagi 7 dari 10 lagunya adalah lagu-lagu berentak rancak. Boleh tahan. Dan saya tertarik juga dengan lagu "Kau Ingat Kau Siapa" lagu ciptaan Arwah Samad yang mempunyai kelainan dari lagu-lagu biasa MAY.
.

May,
rock melayu,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, February 20, 2014
Sirens/The Dungeons Are Calling
Last dari draf yang terperuk dari tahun lepas...(yang lain...delete jer la...)
album dan EP yang kalau versi asalnya dah mencapai usia 31 dan 30 tahun
Savatage - Sirens And The Dungeons Are Calling - The Complete Session (2011)
Sebenarnya teringin nak ada cd versi asing-asing antara "Sirens" (1983) dan EP "The Dungeons Are Calling" (1984) terutamanya yang Sirens 2002 Silver Anniversary Edition. Tapi sayangnya agak susah nak dapat dan kalau ada pun harganya mahal dan selalu kalah bid. Dapat cd yang campur kedua-duanya ni pun dah kira ok lah. Siap ada bonus track "In the Dream" (acoustic version).
"Sirens" dan "The Dungeons Are Calling" ni sebenarnya dirakamkan serentak. Asalnya untuk diriliskan dalam satu album. Tetapi memandangkan terlebih lagu...tak muat nak sumbat dalam satu LP. Maka dipecahkan menjadi dua. Satu album dan satu EP. Nak cerita lanjut pasal rakaman album ni boleh baca cerita bergambar yang ditulis oleh Jon Oliva kat bawah.
Saya sememangnya peminat tegar Savatage terutamanya zaman rock opera mereka. "Sirens/The Dungeons Are Calling" adalah zaman-zaman innocent mereka. Low budget production. Muziknya gaya heavy metal 80an dengan sound yang raw dan lagu-lagunya pula agak straight forward. Tiada unsur progressif power metal mahupun rock opera yang menjadi trademark mereka di kemudian hari. Tetapi yang nyatanya kehebatan Criss Oliva dah nampak semenjak dari sini. Tak payah la cerita pasal dia. Sudah semestimya saya akan bias. Mendiang sememangnya gitar hero saya...tabik!..
Saya suka kesemua lagu-lagunya terutamanya "Sirens", "Holocaust", "I Believe", "Twisted Little Sister" dan "Out on the Streets" dari album "Sirens" manakala "The Dungeons Are Calling", "By The Grace Of The Witch", "Visions" dan "City Beneath the Surface" dari EP "The Dungeons Are Calling".
Cuma sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar album ini. Savatage saya cuma bermula dari zaman opera mereka bermula dari album "Gutter Ballet". Maklumlah zaman tu mana nak jumpa. Takper lah...bak kata orang Ulu Tiram "Better late than never".
Khas untuk mereka yang sukakan sound raw heavy metal 80an. This is heavy metal and it rules!!!
Terbaik!
album dan EP yang kalau versi asalnya dah mencapai usia 31 dan 30 tahun
Savatage - Sirens And The Dungeons Are Calling - The Complete Session (2011)
Sebenarnya teringin nak ada cd versi asing-asing antara "Sirens" (1983) dan EP "The Dungeons Are Calling" (1984) terutamanya yang Sirens 2002 Silver Anniversary Edition. Tapi sayangnya agak susah nak dapat dan kalau ada pun harganya mahal dan selalu kalah bid. Dapat cd yang campur kedua-duanya ni pun dah kira ok lah. Siap ada bonus track "In the Dream" (acoustic version).
"Sirens" dan "The Dungeons Are Calling" ni sebenarnya dirakamkan serentak. Asalnya untuk diriliskan dalam satu album. Tetapi memandangkan terlebih lagu...tak muat nak sumbat dalam satu LP. Maka dipecahkan menjadi dua. Satu album dan satu EP. Nak cerita lanjut pasal rakaman album ni boleh baca cerita bergambar yang ditulis oleh Jon Oliva kat bawah.
![]() |
| Click to enlarge |
Saya suka kesemua lagu-lagunya terutamanya "Sirens", "Holocaust", "I Believe", "Twisted Little Sister" dan "Out on the Streets" dari album "Sirens" manakala "The Dungeons Are Calling", "By The Grace Of The Witch", "Visions" dan "City Beneath the Surface" dari EP "The Dungeons Are Calling".
Cuma sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar album ini. Savatage saya cuma bermula dari zaman opera mereka bermula dari album "Gutter Ballet". Maklumlah zaman tu mana nak jumpa. Takper lah...bak kata orang Ulu Tiram "Better late than never".
Khas untuk mereka yang sukakan sound raw heavy metal 80an. This is heavy metal and it rules!!!
Terbaik!
Labels:
1983,
1984,
2011,
rock omputeh,
Savatage,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, February 19, 2014
Pictured Life
Subscribe to:
Comments (Atom)