Friday, February 28, 2014

The Seventh Sign

Album gitar hero yang menyambut ulangtahun yang ke 20...


Yngwie J. Malmsteen - The Seventh Sign (1994)

Peringatan : bila bercerita bab Malmsteen pastinya saya bias.

28 tahun dulu ketika pertama kali saya mendengar album Marching Out, saya telah pun jatuh hati. Dia adalah antara pelopor shredder neo-klasikal heavy metal yang tidak pernah terkesan dengan apa jua zaman sekalipun. Walaupun beliau sedikit komersial di beberapa album sebelumnya. Tetapi dengan terbitnya The Seventh Sign, beliau kembali ke asal.


Tak kisahlah jika pada tahun semasa muzik rock menjadi Nirvana dan metal menjadi Pantera. Malmsteen tetap dengan neo-klasikal heavy metalnya seperti di tahun-tahun 80an. Kemasukan Mike Vescera (Loudness) sememangnya banyak membantu. Mungkin selepas Jeff Scott Soto, beliaulah suara heavy metal yang dicari-cari.

Track pertama "Never Die" benar-benar mengamit memori ketika zaman Marching Out. Manakala track kedua, "I Don't Know" membuktikan beliau boleh bermain blues dengan pengaruh Jimi Hendrix. Siapa kata beliau hanya tau laju dan laju. Manakala track ke 6, "Brothers" membuktikan beliau juga mempunyai jiwa.


Sedari dulu, saya agak kurang berminat dengan lagu-lagu perlahan beliau. "Forever One" dan "Prisoner of Your Love' tidak terkecuali. Tetapi lagu-lagu lainnya seperti "Seventh Sign", "Crash and Burn" dan "Pyramid of Cheops" membuktikan beliau adalah salah seoarng lagenda shredder terhebat.

Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila ada yang mengatakan Malmsteen di takuk yang lama dan tiada pembaharuan. Laju, laju dan laju. Tapi sedarkah mereka dia adalah pelopor benda yang laju,laju dan laju itu. Selamanya dia akan dikenali kerana itu dan selamanya dia harus bermain begitu. Kalau tidak...bukan Malmsteen lah namanya. Saya tidak pernah suka Metallica menjadi pop dan saya berharap Malmsteen tidak menjadi begitu.

Tak nak dengar banyak solo...sila layan Kurt Cobain. Ini Malmsteen...There is only one Yngwie Malmsteen...yang lain semuanya copy cat...heheh...



12 comments:

  1. Dulu2 Live in Leningrad tu, you don't remember tu ada Nasik tambah instrumental tu...tercarik2 apa original lagu tu...oooo Love is Blue haha

    ReplyDelete
  2. Lama tak mengomen....masa keluar album Ekamatra, giler Malmsteen betul gitar work dia orang. Guna gitar Fender jugak...kalau gaya dress Man Kidal tiru...yang pasti memang tepat quote ini "There is only one Yngwie Malmsteen...yang lain semuanya copy cat"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrul Ekamatra mmg copycat abis...ingat lagi masa konsert dia kat panggung wayang lama Ulu Tiram tahun 1990 kot kalau tak silap...apa yg Malmsteen buat kat Live in Leningrad tu sebijik2 dia tiru...

      Delete
  3. Inilah album Yngwie pertama yg aku layan....aku tak tau sangat pasal muzik dia tapi album ni memang agak sinonim semasa aku membesar di dekad 90'an dahulu.

    ReplyDelete
  4. dulu2 rasanya aku pernah terlayan album magnum opus je kot...

    ReplyDelete
  5. Aku suka forever one..jiwang rock kental abes!

    ReplyDelete
  6. Patut kena ada guitar hero malmstem edition. Tgk terkehel ke tak jari

    ReplyDelete
  7. aku tahu dia ni pemain gitar hebat...

    ReplyDelete
  8. perghhh ayat jiwaqng lhoo Prisoner of Your Love,,, yg aku hairan semua nyanyi untuk dia suara lebih kurang sedapnyaaa,,

    ReplyDelete