Saturday, January 31, 2009

Tak Perlu Buat Baik Jika Ianya Bukan Sunnah?

Membaca artikel dan komen di blog seorang rakan membuatkan timbul rasa kemusykilan dalam diri aku. Menurut artikel tersebut walaupun sesuatu perkara itu baik atau elok tetapi disebabkan tiadanya dalil perkara itu sunnah maka tak perlulah kita buat dan elakkan kerana ianya hanya satu bidaah...ye...aku bersetuju..tapi timbul pula kemusykilan...adakah perlu aku tinggalkan bidaah2 baik ini...aku bagi contoh la...kalau nak ikutkan banyak..kalau nak bagi contoh boikot memboikot..demo mendemo...panjang citer pulak...tapi aku bagi 2 contoh yg mudah ajelah...yang dekat kat aku...

Contoh 1
Jiran2 di taman perumahan aku mengadakan majlis bacaan yaasin tiap2 malam jumaat secara bergilir2 di rumah masing2.
Persoalanya...perlukah aku tak campur dan tak meghadirkan diri dalam majlis tersebut dan mengelak apabila giliran di rumah aku sampai dengan alasan ianya bukan sunnah.Adakah perbuatan aku tak mencampuri jiran tetangga tu satu perkara yang baik? adakah menjadi kera sumbang dikalagan jiran2 itu baik? Biar tak campur orang asalkan tak buat perkara yg bidaah(iaitu majlis bacaan yaasin malam jumaat)...camner ek?


Contoh 2
Aku terbaca dalam paper baru2 ni ada seorang pelajar sekolah agama yg di hadapkan ke mahkamah kerana tidak memakai topi keledar semasa menuggang motosikal sebaliknya hanya berserban dengan alasan serban itu sunnah dan pakai topi keledar itu bukan.Beliau sanggup tidak membayar denda dan meringkuk dalam penjara demi menegakkan sunnah.
Persoalannya...adakah benar menjaga keselematan semasa menunggang (memakai topi keledar) tiada dalam sunnah nabi maka tak perlu itu semua...tak kisah kah membahayakan diri sendiri asalkan iannya sunnah?


Mintak maaf le kalau ada yg tersinggung...aku cuma meluahkan kemusykilan aku yg jahil ni ajer...tak boleh ker kalau kita ni yg sunnah buat...dan yang bidaah baik pun kita buat...tak perlulah berkira sangat walaupun hukumnya hanya harus...janji jangan buat bidaah jahat sudah...boleh ker?..

8 comments:

  1. soalan lu valid bro, memang ramai orang confuse bab bidaah dan sunnah ni so kena banyak tanya.

    1. Bida'ah tidak dibenarkan dalam agama walaupun nampak baik. Untuk jadi ibadah khusus, MESTI ada dalil dari Al-Quran dan al-hadith. Contoh mudah, nak solat macamana? Kena rujuk dua sumber tu la. Mana boleh pikir2 nak solat 7 rakaat atau tak baca Al-Fatihah?

    Dalam masalah lu ni, kalau gua, gua pergi atas sebab nak silaturrahim tapi dalam masa yang sama gua rasa tak sedap hati sebab gua join benda bida'ah. Kenapa nak baca Yasin in the first place sedangkan yang DISURUH (sunnah) ialah baca surah Al-Kahf. Apa yang menyebabkan baca yasin itu diperlebihkan dari Al-Kahf. Itu membawa kepada persoalan fatal: ADAKAH agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w. itu tidak lengkap hingga kita menambah-nambah? Perbuatan kita seolah-olah mengatakan Nabi s.a.w. itu tidak jujur dalam menyebarkan agama.

    Diperbolehkan baca Yasin, tak salah tapi jangan ditetapkan setiap Jumaat kerana ia seolah-olah menetapkan ia satu amalan agama yang dituntut. Mungkin ada yang bila tak baca Yasin malam Jumaat, dia rasa seolah-olah berkurang agama.

    Apa kata kalau aku cipta satu yang baik, tiap-tiap Jumaat kita berkumpul kat padang bola lepas tu hmmm... baca surah Ar-Rahman. Dah tentu baik sebab padang luas ramai orang boleh join. Sambil2 tu orang dating segan la sikit sebab ada majlis macam tu.

    Lepas tu selain gua ada la mamat lagi sorang tambah lagi, contohnya sebelum makan nasi selain baca bismillah (yang sunnah) dia tambah bacah surah An-Nas. Bagus la tu sebab sebelum makan, baca Al-Quran.

    Boleh le tambah lagi...

    Get the idea?

    2. Pakai helmet atas sebab nak menjaga nyawa itu satu KEWAJIPAN (nyawa yang Allah s.w.t. bagi kita WAJIB dijaga - tu pasal tak boleh rosakkan diri ie hisap dadah, minum arak, bunuh diri etc). Pakai serban itu SUNNAH. Maka bila bertemu dua perkara, KEWAJIPAN lebih afdal.

    Budak tu salah pilih la tu. Tersemangat lebih.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    untuk contoh 1st,
    Jika tuan nk hadir,tuan hadir la..Tapi dgn niat menjaga hati mereka..Mengeratkan silaturrahim..bkn niat nk wt bid'ah tu..begitulah menurut guru gua bila gua tanye psl ni..dlm mase yg sama,tua kne ajak mereka amal sunnah..ajak mereka dgn hikmah..bkn ajak time majlis tu..time lain la..time majlis tuan ke,tuan wat yg ikut sunnah..syiarkn ia sunnah..

    bende baik mmg byk..
    watla bende baik yg Allah&nabi suh dulu..nk bace quran,bace r dirumah..smpi puas..ia sunnah..gua tertarik dgn kata2 ustaz fathul bari..dia ckp, bid'ah tu citarasa..gua sgt stuju..kerana kebanyak bid'ah "baik" ni mmg ikut nafsu..

    Cth,
    Majlis tahlil
    Sebenarnya yg sunnah zikir la sorang2..tp sbb xsyokkn zikir sorang2..nk rmi2 gk..sronok2,mkn2,sembang2..ia mngikut nafsu sniri..

    untuk contoh 2nd,
    ia khilaf..22 ada dalil..wa..

    aLiph aL-Turkistani

    ReplyDelete
  3. Ahhh. Tak yah nak sambung, ah. Dah 2-2 (MM & Aliph) explain baik punya.

    ReplyDelete
  4. pasal helmet, utamakan keselamatan...
    jgn kerana nak mengejar sunnah (atau mungkin nak menunjuk yg kononnya kita ni jemaah tertentu, kita langgar undang2)

    pasal bacaan yassin di mlm jumaat...
    bentara dah jelaskan.

    ReplyDelete
  5. yang baik tu jadikan tauladan
    yang buruk jadikan sempadan

    ye kot huhu

    ReplyDelete
  6. kalo nak baca yasin sorang2 memang lemah. macam2 alasan! pasal tu gua join jemaah kat surau. ada rezeki ada makan2. hehe..

    zaman rasullulah s.a.w. dulu masa perang pakai baju dan topi besi untuk keselamatan.

    WAJIB menjaga dan menyayangi diri dan nyawa.

    ReplyDelete
  7. kadangkale.. manusia merase diri nyer lagi mulia dari orang lain.. kadangkale manusia hanye memikirkan sesuatu dari satu sudut saheje tanpe mamandang dari rujukan lain.. kadangkale manusia nak jadik terlalu baik dengan mengikot yang baik tanpe ade rujukan.. kadangkale org kat melesia nih rase keislaman mengikut ajaran islam mazhab syafie lagi tinggi darjatnyer dari mazhab yang lain...

    dan kadangkale aku rase pelik dgn org yg cakap kat aku 'kite kene/mesti/wajib ikot mazhab syafie' tak memikirkan mengenai mazhab lain.. dan dorang bayor zakat fitrah pakai duit jerk (mazhab syafie soh bayar pakai makanan ruji x leh pakai duit)

    ReplyDelete
  8. secara jujur, saya tak suka baca yassin ramai ramai, sebab nafas saya pendek (gemok) dan dorang laju laju. saya selalu tertinggal harkat dan bait.
    ada jugak yang saya miming je...
    serious...

    ReplyDelete