Friday, January 30, 2009

Sweet Charity

"Lagenda"...satu perkataan yg terpikir kat kepala otak aku bila sebut pasal Sweet Charity...teringat2 zaman sekolah rendah dulu band2 yang popular pada zaman tu Kembara,Carefree,Black Dog Bone,Blues Gang,Flybaits dll...tapi Sweet Charity ni amat berlainan...kenapa?..pasal mereka rock ...ketika Carefree,Black Dog Bone berambut afro...Ramli Sarip and the gang berambut panjang...mereka memang berlainan dari band2 popular pada masa tersebut...aku tak sure band manakah yg terawal sekali main rock ni...tapi yg pasti Sweet Charity lah yg paling berjaya..walaupun ketika itu aku belum rock lagi tapi terpengaruh jugak dgn Sweet Charity sikit2 bila mendengar kaset2 yg abang aku bawak balik..budak2 remaja tempat aku ketika akhir2 70an dan awal 80an tu dah start layan rock...scorpions,purple tu semua...lepak simpang...mmg jamming gitar tong lagu Sweet Charity...aku?...hmmm...tak tau apa2 lagi...budak sekolah rendah la katakan...cuma pandai conteng logo2 band rock ni kat beg "swan" sekolah agama aku ajer...hehe...

kenapa yer band2 rock 70an dulu kebanyakannya berasal dari Singapura (correct me if i'm wrong)...kemudiannya melarat ke JB...adakah sebelah selatan lebih advance ketika itu...ntah la..aku masih ingat band2 macam The Unwanted dan Kingdom In Rock yg juga berasal dari Singapura...



Ini adalah album pertama Sweet Charity dan album yg paling aku tak tau..(yg aku tau mula dari Pelarian)..cd ini adalah edisi khas yang dikeluarkan semula oleh WEA pada tahun 2004. Sayangnya tidak seperti di negara2 barat yang mana album re-issue biasanya mengandungi biodata lengkap sejarah band dan lagu2 bonus...tapi re-issue kat Malaysia ni macam melepaskan batuk di tangga...nampak sangat syarikat rakaman di Malaysia hanya mementingkan keuntungan semata2...tapi nak buat camnerkan...daripada takder tu...baik ada...harga pun murah :p (harap2 sangat lah daripada syarikat2 rakaman tu buat album kompilasi leleh...ada baiknya dorang release balik full album band2 lama ni...kan lagi bagus...)

Aku terpaksa menyelongkar di internet untuk mengetahui bila album ini diterbitkan...mengikut wiki bahasa melayu album ini diterbitkan pada tahun 1979..ikut line-up tulis kat cd ni cuma 4 orang...tapi gambar cover tu 5 orang...iskh...kena siasat lagi...hasilnya kalau tak salah la yer..ini la line up untuk album ni

Ramli Sarip - Vokalis Utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - Bass
Rahman Sarbani - Drum
Ahmad Jaafar - Keyboard @ Vokalis Kedua




Tracklists

1. Bingung (copyright controlled/A Hussaini Ajmain)
2. Bertemu Dan Berpisah (M.Nasir/A Hussaini Ajmain)
3. Bersenda (A Hussaini Ajmain)
4. Tak Sepertimu (copyright controlled/Adlim Es)
5. Masalah (Adlim Es)
6. Seniman Di Rantau (Sweet Charity,A Ali,A Hussaini Ajmain)
7. Bayang Bayangku (copyright controlled/Adlim Es)
8. Sama Sama Merasa (A Hussaini Ajmain)
9. Anak (Balada Seorang Ibu Tua) (Freddie Aguilar/A Hussaini Ajmain)
10.Hujan (Sweet Charity & M.Nasir/A Hussaini Ajmain)
11.Teratai (copyright controlled/Chacken B
12.Angan Angan Saja (copyright controlled/Kamali Hudi)



Ketika membeli cd ni beberapa tahun yang lalu...baru aku tau yg lagu Teratai ni dari album dia org yg pertama..dan baru jugak aku tau yang lagu ni bukan lagu asal Sweet Charity...satu yang musykil...kenapa ek album2 lama zaman 70an suka ambik lagu2 saduran (lagu yang dinyanyikan semula)..contoh album ini sahaja..separuh dari lagu2nya adalah lagu saduran...kurang yakin dengan lagu sendiri?...atau mungkin memang trend pada masa itu mengambil lagu2 yg telah popular...banyak pulak lagu2 Indon yang dinyanyikan semula oleh Sweet Charity ni..sapa tau lagu Teratai ni sapa penyanyi asalnya (siasatan aku di internet gagal...iskhhh)



Secara amnya...album ni bukanlah berkonsep heavy rock macam Black Sabbath atau Deep Purple walaupun bunyi keyboard ala2 John Lord disana sini...tapi rasanya lebih macam Santana kot...lagu yg paling heavy pun cuma satu lagu aje iaitu Bayang Bayangku (Mael Real X pun pun pernah cover lagu ni...lagu asal dari kumpulan Foreigner iaitu Double Vision)..terdapat jugak lagu joget iaitu Bersenda (rasanya inilah lagu selain teratai dan Anak yg aku pernah dengar sebelum ni...kat mana tak ingat...kat radio masa aku kecik2 kot...)

Terdapat jugak 2 lagu yang aku rasa antara ciptaan terawal M.Nasir...lagu slow Bertemu Dan Berpisah tu layan jugak...kalau dirakam semula ada kemungkinan boleh popular...dan jugak ada lagu A. Ali (menurut wiki bahasa melayu...A.Ali jugak pernah join Sweet Charity sebelum Kembara)..dan tak ketinggalan lagu Anak (lagu popular penyanyi folk Filipina Freddie Aguilar)..tak banyak lagu2 ciptaan Ramli Sarip atau Sweet Charity...tak tau kenapa...

Rasanya jugak...ada lagu dari album ini yg bukan dinyanyikan oleh Ramli Sarip..kalau tak silap aku ada 2 lagu (Masalah dan Seniman Di Rantau)...aku agak2 lah...suaranya agak lain bagi 2 lagu ni...rasanya Ahmad Jaafar kot yg nyanyi pasal aku tau Ahmad Jaafar memang ada menyanyi contohnya lagu Terharu...apa nak buat maklumat di cd tak lengkap...

bagaimanapun...secara keseluruhannya..ok la..kalau nak layan 70's rock melayu yg ala2 Santana boleh la layan album ni.

20 comments:

  1. Ipar-ipar gua & gitaris gua (Stoet) je yang gila ngan Sweet Charity nih. Bukan zaman gua, kot?

    Tapi, teros-terang, lagu-lagu dorang nih ada hantu, ah. In fact, tunggu kitaorang nye album nanti. Ada 1 lagu amek feel Sweet Charity. Solo ala-ala Rosli Mohalim. <--- Promosi, siak. :)

    Gua ingat zaman tuh, memang trend buat lagu cover. Time tuh, mana kesah pasal royalti, tak? Kalo nak ikotkan Kamelia & Zakiah tuh pon lagu cover. Penyakit lagu cover tuh sendiri melarat ke Search & Lefthanded.

    Ismail Haron? Jangan kutuk, ah. Gua fanatik. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Memula dulu aku pon ingat album pelarian tu album first, tp salah. "Hujan" tu merupakan lagu pertama ciptaan M.Nasir. Pada asalnya lagu tu sepatutnya dimuatkan untuk album first M.Nasir "Untuk Pencita Seni". Tapi lagu tu tak sesuai & bila ralmi sarip dengar dia rasa lagu tu sesuai untuk sweet charity.

    Pasal lagu cover tu mungkin trend ketika tu. Carefree, BDB pon banyak lagu2 cover. Dalam temuramah kat ROTTW dulu Godbless (band rock indon) pencetus SC buat album.

    ReplyDelete
  3. RST...
    cdr Ismail Haron yg lu kasi gua tu masih tersimpan elok..Ismail Haron rulezzz..
    tapikan Ismail Haron pun banyak lagu cover jugak...Sudi Sudikah Di Kau (di cover Oleh Lefthanded) tu pun lagu cover jugak..Gimme Gimme Good Lovin' dari Crazy Elephant..

    memang dulu2 lagu cover berleluasa..

    ReplyDelete
  4. gua punya teori... sebabnya masa tu muzik rock baru sampai. Mat2 rock tak banyak reference untuk buat lagu sendiri (mana ada mp3 site download). Nak buat lagu sendiri, takut jadi lagu joget pulak. Nak beli rekod banyak2 bukan ada duit.

    So cover version la jadinya.
    Amacam boleh pakai tak teori gua ni?

    ReplyDelete
  5. dorang legend..
    tapi tu hari aku nampak Ramli Sarip , bila dia semayang kat mesjid, saf depan blakang imam, ngan kopiah putih, ngan rendah diri dia...ngan abis semayang budak2 madrasah ambik gambo ngan dia kat luar dewan utama..then aku rasa tu dia lebih dari legend hehe

    ReplyDelete
  6. Sweet Charity adalah jiwa gua...

    gua boleh nangis dengar lagu Haji, gua boleh ketawa dengar lagu Jalan Malam, gua boleh joget layan lagu Syarifah Aloyah, gua boleh feeling layan lagu Dekat Padaku dan gua boleh headbanging dengan lagu Penunggu...

    Ramli Sarip adalah antara hero gua, dia very humble, dia boleh buka puasa layan kebab tepi Kotaraya dengan budak2, dia cuma cakap...

    "pasni kita maghrib sama2, boleh?"

    semua budak2 tinggalkan stall, ikut berjemaah skali...

    gua speechless!

    ReplyDelete
  7. matakucing..
    gua rasa SC kot yg pertama nyanyikan lagu M.Nasir..agaknya la..

    abang ben..
    teori lu tak leh pakai..pasal zaman tu bukan band rock ajer...semua pun buat lagu cover..sharifah aini pun kot...haha

    deaf angel..
    Ramli Sarip ni selalu benar aku terjumpa kat Kebayan, Kotaraya...sempoi je makan kat situ...tak der nak jaga standard artis pun..memang down to earth punya orang...pernah tanya dia...abang buat aper kat sini...dia jawab...beli tonik rambut la...hehe..

    Eddie..
    aku pun respek abis kat Ramli Sarip ni..pernah wife aku citer..dia shoping kat Coop, Komtar..line up panjang nak bayar...disebabkan dia nampak wife aku bawak barang banyak...dia bagi wife aku bayar dulu..dan sangat ramah dan berhemah orangya wife aku cakap...kalau artis lain....hmmm...susah la..

    ReplyDelete
  8. sejak dari dulu lagi orang selatan lebih maju dari yang lain,betul x?tengok masa studio jln ampas top,bnyk filem melayu meletup.lepas tu timbul pulak genre muzik yg diminati ramai..pendukung & pengikut2nya pun ramai dari selatan.pendek kata..memang betul mcm lu ckp,orang sebelah selatan ni lebih advance dan maju.

    ReplyDelete
  9. rajarockapak...
    tu la pasal..
    JB kan Rock N Roll City..hehe..

    ReplyDelete
  10. rajarockapak.
    tapi kalo takdak 'hero dari utara' sorang tu, studio jalan ampas bole top ka? hehe.

    dengar cerita SC nak berkonsert tak lama lagi.

    http://rawkcarpark.wordpress.com/2009/01/27/sweet-charity-kembali-sempena-40-tahun/

    ReplyDelete
  11. tertarik dgn kisah2 org yg pernah jumpak dgn Ramli Sarip..

    igtkan lagu kamelia ja lagu org lain..rupa2nya ada lagi..hmmmmm..

    BTW, selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  12. Aku minat SC sejak 1977 sekolah darjah 4 bapak aku beli catridge pelarian. Semua lagunya ada dlm koleksi aku. Mmg trend masa tu bnyk lagu saduran antara sebabnya masa tu tak banyak composer rockers dan market pulak memang banyak permuntaan lagu-lagu macam tu.

    SC sebenarnya telah mempopolarkan beberapa lagu yang disadur ke dalam bahasa melayu, ini sedikit sebanyak membantu penyanyi asalnya turut dikenali di Malaysia/Singapura. Mcm kumpulan SAS dari Indonesia memang tak dikenali di Malaysia. Tapi bila SC menyadur lagu mereka berjudul Larantuka dengan gaya SC dgn selera Malaysia/Singapura, maka jadilah lagu Berita Gempa dan peminat seni rock pun turut mengenali band SAS.

    Irama SC sebenarnya memenuhi citarasa semua golongan masyarakat. Lagu bulat-bulat digemari kanak-kanak. Lagu Jangan tunggu lama-lama diminati golongan veteran ketika itu. Lagu datang dan pergi digilai golongan remaja bercinta.
    Banyak genre muzik mereka dalam album2 mereka. Irama ketuhanan (Haji), joget (bersenda), jenaka (langsung tak faham) dan banyak lagi. Mereka diterima oleh generasi kanak-kanak, temaja, golongan tua, surirumah, wanita bekerjaya, penggemar nasyid, lagu rakyat, mat metal dab sebagainya. Itulah yang membuat SC melekat di hati pencinta muzik nusantara.

    ReplyDelete
  13. kpd peminat2 sweet charity, bila banjir besar kita ingat Allah. sesekali tringat jua lagu MUSIBAH. bila dgr ada brlaku gempa bumi kita ingat Allah, dan adakalanye teringat jgk lagu BERITA GEMPA. time ribut kita segera ingat ALLAH, tapi terdgr2 jgk di telinga lagu RIBUT 10:59 PAGI. dtg pelarian rohingya tringat lagu PELARIAN. skrg ni bln puasa teringin jgk nak dgr lagu RAMADHAN. zaman moden ni JALAN MALAM pegi surau dah xtakut lagi dg PENUNGGU. dan lps ni x lama lagi boleh pulak pasang SERI HARI RAYA wpon agak TERHARU utk BERTEMU DAN BERPISAH dg ramadhan meskipon DATANG DAN PERGI setiap tahun. lepas raya nnt org pegi makkah dgr pulak lagu HAJI. sedikit pesanan, lagu, lagu jgk tp istighfar, zikir dan quran jgn lupa. MENGAPA SANGSI dg ARAHAN dari Allah. andai kita lupa LAHIRMU BUKAN UTK DUNIA, kelak kita akan mnyanyi sndiri lagu NADA PENYESALAN.

    ReplyDelete
  14. Munif pencipta lagu Haji
    Tapi Munif tu siapa

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. siapa tahu asal usul lagu Haji Sweet Charity ini
    bertahun tahun aku siasat tapi gagal
    aku check siapa itu munif hijjaz tapi takde info tentang lagu haji. aku juga check sama ada achmad albar nyanyi lagu itu .. pun takde info .. pelik lah lagu haji ini takde info langsong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya penyanyi asal lagi tu,Dari Indonesia. Kan dekat inlay CD tu ada tulis nama penulis lagu.search kt google. 😁

      Delete