Wednesday, February 11, 2009

Act 111



Kalau aku diberi peluang untuk buat satu dokumentari tentang thrash metal...lagu tema dokumentari tersebut sudah semestinya Seemingly Endless Time dari Death Angel.

kenapa?....
jawapannya...beli/download/pinjam cd Act 111...dengar sendiri...anda bukan mat thrash la kalau tak tau lagu ni...hahaha..





Act 111 di terbitkan pada tahun 1990 adalah album ke3 dari Death Angel... kump yang berasal dari Bay Area San Francisco yg cukup terkenal dengan thrash movementnya...tetapi Death Angel agak berlainan dgn band2 bay area yg lain ...ada 2 sebab...pertama bad membernya yang berdarah filipina dan muda2 belaka pulak tu...hanya belasan tahun pada ketika itu...keduanya..element2 rojak metal,punk,funk,fusion dan klasikal dlm muzik mereka membuat meraka agak berlainan...terutamanya album Act 111 ni...mungkin kah mereka ni pioneer funk metal...aku pun tak pasti ahh...tapi cuba dengarkan lagu2 macam Stagnate dan Discontinued (lagu yg agak pelik tapi sedap) sememangnya bercirikan funk metal..

Aku tau ramai yang cakap dorang sold-out...jadi lembik dgn album ni..Ultra-Violence lagi berat...tapi pandangan peribadi aku tak begitu...mereka hanya melebarkan skop muzik mereka...mungkin Act 111 bukan thrash ikut buku...tapi lagu2 macam Seemingly Endless Time,Stop,Disturbing The Peace dan The Organization tetap thrash...

Satu lagi yang menariknya tak sangka band thrash cam dorang boleh menghasilkan lagu ballad yg feeling abis...A Room With A View dan Veil Of Deception...tak kisah la korang cakap aku poser ker apa ...tapi aku memang suka arr 2 lagu ni...acoustic gitar dia memang layan...



Sayangnya selepas album ni dorang menyepi...kemalangan drummer mereka Andy Galeon sebelum sempat mereka menyertai siri konsert thrash terbesar Clash Of The Titans dan timbulnya Nirvana dan grunge akhirnya menyebabkan mereka berpecah.Walaupun mereka muncul kembali dengan The Art Of Dying pada tahun 2004 tetapi tidak dapat menyamai zaman2 Act 111 mereka...sayang sungguh...

10 comments:

  1. dorang ni muda sekali tau mula2 dulu Frolic In The Park.

    Late 80s kot kaset tu.

    terkejut beruk aku first song Welcome To The 3rd Floor.

    tapi Cold Gin, maintain speed Kiss hahaha. Lawak lak. Dorang tak usik.

    ReplyDelete
  2. Agreed ngan deaf opening song 3rd Floor tuh. Gua tak jadi beli kaset dia beli bila 1st dengar. Instead, angkat Metallica AJFA.

    Lepas tuh, makin nak dengar yang laju plak. Teros gila masa muda remaja dulu. (Sekarang pon, muda belia, gak)

    Kasi review Floric Through The Park, ah. Baru thresshhhh!

    ReplyDelete
  3. frolic in the park..
    those were the days eh, zaman rok jenis thrash

    best la perkembangan muzik zaman tu..
    enjoy abis.

    tapi death angel ni ada kawan aku lak suka Ultra violence nye album.

    so mungkin ni masing2 selera.

    ReplyDelete
  4. deaf..
    bagi aku Act 111 > Ultra Violence > Frolic :D

    tapi naper la banyak2 lagu Kiss..dia orang cover Cold Gin..macam tak kena gitu..hehe..

    RST..
    tu la...semenjak 2menjak semakin muda belia ni...telinga ni lebih senang nak hadam Act 111..

    dedulu lain...nak ganas..nak laju...haha..

    ReplyDelete
  5. band ni memang happening! diorang membawa kelainan dan membuka mata peminat hardcore thrash dunia dengan muzik rojak dalam album ni. seperti gak sacred reich dengan lagu funk 31 flavour dalam album 'the american way' diorang. pheww!

    dah dengar album tebaru budak2 filipina yang dah besar skang ni - killing season

    ReplyDelete
  6. death angel...smpi skrg ada time2 kalo gua nak tido berangan nak buat lagu..mesti riff2 album 'frolic..' yg menyelubungi gua... infectious ah!

    ReplyDelete
  7. death angel...

    gua suka era 'frolic' jugak...
    mcm mind rape, 3rd floor.. (creepy huh!) lagu bored dan shores of sin yg gila seram tu...

    gua baru tau 1st demo diorang, kill as one tu diterbitkan oleh kirk hammet...

    ReplyDelete
  8. bro gayour..
    Killing Season memang rekomended..catchy thrash...tak macam Art Of Dying yg menghampakan..

    Day Dreamer..
    gua frolic suka lagu Bored..layan ah..

    Eddie..
    sama la...gua pun baru tahu pasal demo tu...yer la..dulu tak der internet...

    iskh...naper la korang tak minat Act 111 dan Ultra Violence?...hehe

    ReplyDelete
  9. DEATH ANGEL gua tak leh masuk.

    Anyway, bro this is for you to DROOL!
    http://koleksirockmetal.blogspot.com/2009/02/scorpions-tokyo-tapes-cd.html

    ReplyDelete
  10. just got a copy of ActIII cd. memang refresh balik first time layan lagu veil of deception. unik album ni..

    ReplyDelete