Friday, February 20, 2009

Samarkand




Cd ini adalah album kedua dari Bloodshed...sebuah band yang berasal dari zaman Battle Of The Band...diterbitkan pada penghujung tahun 1987...ingat lagi dapat free poster kalender thn 88 masa beli kaset ni dulu...bertahun jugak la poster kalender tu tertampal kat bilik aku kat kampung sehingga la bilik tu bertukar tangan jadi bilik adik aku...




masih tersimpan elok kaset ni...dah dekat 22 tahun dah usia kaset ni...kalau anak dara dah boleh masuk meminang...haha..

Walaupun aku lebih suka 1st album Ilusi Sebuah Mimpi...lebih raw..dan gitaristnya Hamdan yang trademarknya gitar warlock ala Blackie Lawless dan yg main ala2 George Lynch tu...aku memang respek ar mamat ni..sayangnya Ilusi Sebuah Mimpi tak keluar dalam bentuk cd...aku hanya ada kaset je...tu pun pirate...



Aku tak ingat bila aku beli cd ni...thn 97 kot...di keluarkan dalam bentuk cd pun kalau tak silap aku pasal ada wartawan dalam Harian Metro komplen susah nak cari album ni..aku tak ingat sapa wartawan tu..tapi dia list kan album Samarkand ni sebagai album no 1 dari senarai 10 album rock melayu terbaik sepanjang zaman..kiranya nasib aku la terjumpa cd ni..

Tracklist:
01. Samarkand (Hamdan/Man Boron)
02. Srikandi Cintaku (M.Nasir/Nasir Jani)
03. Carilah Wajahmu (M.Nasir/Siso)
04. Tangisan Salju Di Khatulistiwa (Hamdan/Man Boron)
05. Tanah, Air Dan Angin (M.Nasir/Usop)
06. Marilah Berjuang (Bloodshed)
07. Kota Itu Illusi (M.Nasir/Usop)
08. Satria Mega (Hamdan/Man Boron)
09. Dibendong Kasih (Bloodshed/Man Boron)
10. Panah Arjuna (M.Nasir.Usop)



Sound Samarkand agak berlainan dari Ilusi Sebuah Mimpi...lebih clean..penerbit pun M.Nasir kan..banyak pengaruh M.Nasir dalam ni...contohnya lagu Tanah, Air, Api dan Angin..dengar melodi pun dah agak tu M.Nasir punya lagu...separuh dari lagu2 dalam cd ni pun M.Nasir yang cipta...kombinasi lagu Hamdan/Man Boron (nama Man Boron ni kvlt sungguh zaman sekolah aku dulu...naper?..tu citer lain..nanti2 la citer...hehe...) masih ada..dan terhasil lagu yang bagus macam Samarkand dan Satria Mega...dan pengganti Hamdan di posisi gitar pun hebat jugak...gitarist tangan kidal dari Kumpulan Scandal (Juara Juara Rock)...Opie..boleh tahan jugak mamat ni...ntah mana pegi la sekarang ek..

Album ni jugak adalah album last vocalistnya Rosdan bersama Bloodshed...kerana lepas daripada itu beliau dah menjadi mat thrash bersama Punisher...sungguh trendy beliau ketika itu...kerana sama macam aku...lepas dari tahun 87,88...semua dah jadi mat thrash...hahaha..



hanya satu lagu aku tak suka dari cd ni..Tangisan Salju Di Khatulistiwa...ngantuk...yang lain2 ok...boleh layan la..macam Samarkand, Marilah Berjuang, Satria Mega tapi tak leh lawan lagu2 heavy Ilusi Sebuah Mimpi macam Pertumpahan Darah dan Peristiwa..

sayangnya selepas Samarkand..Bloodshed terpaksa tukar nama kepada Blackshed...dah akhirnya hilang tah kemana...(dengar citer dorang dah kembali buat reunion)...begitu jugak dengan nasib Rosdan dan Punishernya...setelah begitu digembar gemburkan akan menjadi opening act Metallica akhirnya tak jadi dan juga terus lenyap begitu sahaja...kempunan aku nak dengar thrash melayu zaman tu...hehe..

err..ada member di forum metal terus nak beli cd ni...tapi aku tak nak jual..sekali sekala aku nak riak cdwi...hahaha...

12 comments:

  1. simpan beb...simpan semua sekali tu...
    best woo feeling kalau sekali2 ada koleksi rare.

    ReplyDelete
  2. Bukan ko beli CD ni kat Tower Record kat Jln Bkt Bintang???...rasanya leee....

    ReplyDelete
  3. deaf...
    memang simpan...not for sale...hehe...

    sham...
    bukan la...x silap aku kat Giant Wangsa Maju..dulu kedai kaset amoi tingkat atas tu boleh tahan jugak koleksi dia..

    Tower Record tu aku banyak beli cd omputeh jer..sekarang dah tak ujud kan Tower Record KL Plaza..situ dulu siap ada section untuk cd metal..sayang duit je tak cukup..hehe...

    ReplyDelete
  4. bukan giant wangsa maju lah...giant tmn permata..hehehe..kedai kaset tu pon dah lenyap.

    ReplyDelete
  5. aku ada kaset & LP (tu pon bukan full print cover tampal cover kaset)jer ada hahaha..tu jam tak mampu nak beli cd..re-issue keluar tahun 1997. Kaset yang asal 1988 aku cuma dapat simpan cover jer kaset dah ilang.

    Bloodshed arrrghhh rules!!

    ReplyDelete
  6. the unknown..

    a'aa la...tmn permata...lupa la..maklumla..dah 10 thn lebih tinggalkan kl...er..macam kenal ajer ni..hehe..

    matakucing...

    LP pun ok per...rare tu..aku tak der player dia ahh..tu yg malas kumpul LP..

    ReplyDelete
  7. sekarang ni kalo buat reunion ssh bro,budak2 zaman sekarang ni minat lain..otai2 aje yang masih setia.

    ReplyDelete
  8. antara band rock tanahair yang hebat dari zaman emas rock. masa konset THRASH PERTAMA kat stadium negara ( empat band thrash pada 1988/89. tak ingat dah tahun yang mana ), gua ada di situ menyaksikan rashdan meroboh stadium negara dengan 'keganasan' muzik thrash metal bawaan the punisher! sakit tengkuk gua. heh!

    20 tahun telah berlalu...

    ReplyDelete
  9. any idea when i can buy this CD again?

    ReplyDelete
  10. ha'ah sama... aku pun nak cari gak cd ni

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete