Wednesday, March 18, 2009

Jeti Anjung Batu : Ke Melaka Lagi pt 3 (last)

last entry untuk perjalanan aku ke Melaka...untuk yang tak tau..Umbai terletak berdekatan dgn pantai..dan jangan konpius..di Melaka juga ada Pulau Besar selain di Mersing, Johor..

Kali ni aku bawa korang ke Jeti Anjung batu...terminal ferry untuk ke Pulau Besar..kat mana jeti ni?..tu korang baca signboard...sure jumpa ahh...hehe...terminal ni tak la besar mana...cuma terdapat sebuah restoran dan dua buah kaunter tiket ferry...(aku lupa pulak nak ambil gambar terminal ni...anak2 dah sibuk nak tengok laut..terus lupa...hehe..)

Aku pun tak sure apa ada kat Pulau Besar ni...tiket ferry cuma RM14 untuk dewasa...lebih kurang 3km jauhnya dari pantai..dengar cerita org kampung kat sini...pulau tu takder penghuni...dibangunkan memang khas untuk tempat pelancongan...ada resort serendah RM70 semalam hinggalah banglo RM500 semalam..

Menurut kakak jual abc berdekatan jeti tu...golongan india muslim merupakan golongan yg paling banyak berkunjung ke pulau ni...padanlah masa aku kat situ ada 2 bas rombongan kaum tersebut...tak tau kenapa...tak sempat nak tanya...sedap pekena abc punya pasal...haha...tapi cerita2 yang aku dengar...di pulau ni terdapat makam salah sorang Wali Songo...iaitu Sultanul Ariffin Syeikh Ismail seorang ulama besar keturunan ke 18 Rasullulah S.A.W...yang pengikutnya kononnya kebanyakan terdiri dari golongan india ataupun mungkin kerana Makam Tujuh...yang kononnya makam tujuh orang puteri dari India...

Ntahla..mungkin kena google kot nak tau citer lebih lanjut...tapi apa yg aku tau Pulau Besar ni memang satu pulau yg penuh misteri..banyak lagendanya...banyak makam golongan2 sufi...dengar ceritanya pulau ni dulu jadi pusat penyebaran Islam...dan jangan lupa makam nenek kebayan dan batu belah pun ada kat sini tau...



inilah jetinya...tak besar mana kan...


dibelakang tu lah Pulau Besar...tak jauh sangat...dalam 30 minit perjalanan kot


inilah ferrynya...kecik je...tak lah besar macam ferry langkawi tu..


Dibawah pula gambar2 disekitar jeti...mendamaikan lepak kat sini petang2...






sayangnya perjalanan aku ke sini tidak dirancang...tak cukup masa...kalau tak sudah tentu aku akan ke Pulau Besar ni...mendengar cerita2 misteri pasal pulau ni buat aku teruja untuk ke sana...Insyallah...satu hari nanti...

10 comments:

  1. ramai jugak ke pulau besar ni utk gi bertapa or menurun klik nuffnang, opppssss, nombor ekor. itu yang aku tau la, hehe. adeh, lu sebut umbai wa lapor la plak pepagi buta ni, lama tak meratah seafood kek sana. hehe

    ReplyDelete
  2. wasted ko tak dapat pegi, boleh aku tumpang nengok gambo, aku selalu dengar cerita2 misteri pulau besar ni..

    ReplyDelete
  3. auks..
    nanti dapat duit nuffnang boleh gi umbai makan ikan bakar...haha..

    sana dah komersil la..mahal dan x macam dulu...

    deaf..
    tu arr..rasa rugi plak...insyallah...satu hari nanti sampai..

    ReplyDelete
  4. gua ada sorang member, mak dia penah naik pulau tu, dia bilang mcm aktiviti kat makam habib noh kat singapore... majlis ugama islam melaka tgh pantau elak sebarang perkara2 syirik diorang bikin...

    mcm biasa la kot, tempat2 mcm ni org menurun mintak 4D, mintak mcm2...

    ReplyDelete
  5. Brother! asyik cita Melaka je, gi lah Ganu ke apa ke .... block leave tu hahaha

    ReplyDelete
  6. zoom malaysia!tempat misteri, mistik, puaka dan berhantu memang menjadi tempat pelancongan skang ni. lagi mengerikan tempat tu lagi orang suka. orang tak nakot lagi dah dengan hantu puaka ni. serbuuuu!
    hantu setan plak yang nakot tak tau mana nak pegi.

    nasib...

    ReplyDelete
  7. tak nah lagi gi pulo besor... hanye melihat jerk dari tanjung emas... huhuhu

    ReplyDelete
  8. slm bro.aku dr kg minyak ni........
    sebenarnya byk lg tempat yg menarik kat pulau besar ni.
    ada pokok yg kena sula,tapak sulaiman,bt temu jodoh dan dll.
    cubalah dtg beramai2.
    sekian
    izan

    ReplyDelete