Tuesday, August 11, 2009

1987

1984 dah..kini 1987 pulak..ada banyak album rock/metal yang best keluar pada tahun 1987 tu..antaranya Aerosmith - Permanent Vacation, Anthrax - Among The Living, Death Angel - The Ultra Violence, Def Leppard - Hysteria, Dokken - Back For Attack, Guns N Roses - Appetite for Destruction, Helloween - Keeper Pt 2, King Diamond - Abigail, Loudnes - Hurricane Eyes, Manowar - Fightning The World, Metallica - Garage days EP, Motley Crue - Girls 3x, Savatage - Hall Of The Mountain King, Testament - The Legacy, Twisted Sister - Love Is For Suckers, Voivod - Killing Technology, White Lion - Pride (ni antara yg aku minat dan teringat la..) dan tak lupa juga album ini..



album tak bertajuk atau lebih dikenali sebagai Whitesnake 1987..anda tak kenal David Coverdale?..iskh..kalau tak kenal anda memang tak rock laa..pemilik suara disebalik album2 klasik Deep Purple seperti Burn,Stormbringer dan Come Taste The Band..suara dia memang best ahh..antara vocalist rock yang aku suka tone suaranya..

Bagi aku ini adalah album terbaik beliau sepanjang karier solo beliau bersama Whitesnake..tambahan pulak memang ini la album beliau yang paling laris jualannya...Paling bestnya album ni pada aku terletak pada lagu Still Of The Night..pergh..gitar work John Sykes (ex Tygers Of Pan Tang,Badlands,Thin Lizzy,Blue Murder) dalam lagu ni memang terbaek ahh...all time favourite aku ni..


versi kaset apache pun aku masih simpan lagi..hehe..yang cd tu nama jer mid price...reganya RM30++ jugak

Tapikan..kalau tengok videoclip2 album ni..(yang bestnya dah tentu2 la "Tawny Kitaen' kan..nyummm..nyummm...tak kenal?..iskh..rugi..huhuhu...) tapi tak nampak pun muka John Sykes di posisi gitar kan..kerana semasa album ini diriliskan..kesemua pemuzik yang bermain untuk album ni termasuk John Sykes,Neil Murray(bass)dan Aynsley Dunbar (drums) telah dipecat oleh David Coverdale..aku pun tak sure kenapa..tapi tempat mereka telah digantikan oleh Vivian Campbell (gitar),Adrian Vandenberg (gitar),Rudy Sarzo (bass) dan Tommy Aldridge (drums)untuk road tour dan rakaman videoclips...so kalau tengok video clip Still Of The Night..nampak macam iyer2 je si Vivian dan Adrian ni bergaya menyolo...tapi sebenarnya hanya lah sebuah lakonan...hehe..part yg Adrian guna kayu biola gosok kat gitar tu pun tipu ajer..John Sykes tak guna gitar pun part tu..semua guna keyboard...buta2 aku tertipu satu masa dahulu...hehe..

Tapi dasat2 kan gitaris dan band member Whitesnake ni...at least Adrian ada gak la menyolo satu lagu "Here I Go Again" (ni lagu lama..direcycle balik dari album Saints & Sinners..edit bab solo jer)...yang lain tu tumpang bergambo je la...nasib memasing memang terbukti terer..kalau tak..dah jadi macam band2 leleh Malaysia yg tau bergambo kat majalah ajer la...rekoding orang lain main...hahaha..

Selain lagu "Still Of The Night"..lagu2 yang popular dari album ni termasuk la "Here I Go Again", "Is This Love" dan "Give Me All Your Love" (ni semua video clips dia nyum nyum nyum...Tawny Kitaen punya pasal..huhu)..selain tu aku suka jugak lagu2 heavy seperti "Children Of The Night","Straight For The Heart" dan "Dont Turn Away".



Bagi aku album ni bukan hanya pasal Coverdale...ni jugak album John Sykes..hampir kesemua lagu2 ditulis oleh beliau...bayangkan la kalau kombinasi Coverdale/Sykes ini berkekalan..dah tentu2 album mendatang Whitesnake akan sebagus album ni..tapi sayangnya...mungkin Coverdale tak mau Sykes overshadow dia...tu pasal pecat...agaknya la..apa2 pun..cuba dengarkan guitar work terutama gitar solo Sykes dalam album ni..nampak mudah..tapi dasat...memang terbaek!

Satu lagi..kalau korang perasan majoriti lirik dalam album ni pasal cinta..aku pernah terbaca interview Coverdale satu masa dulu pasal isu ni..jawapan beliau..beliau sengaja menulis lirik2 cinta kerana untuk membuktikan muzik2 keras juga ada yang romantiknya..love metal la tu..haha..

ok la..khas untuk sapa2 yang tak kenal Tawny Kitaen..nah..layan vc ni...huhu

19 comments:

  1. here i go again ni pun banyak version eh...

    rupanya yg greatest hits tu pun Dan Huff main eh gitar dia..

    dave coverdale ni semacam eh...
    dah tua tapi menten hensem gitu muka dia hahaha

    ReplyDelete
  2. tawny ni bini coverdale kan? Semua videoklip dia jadi model pehal hahaha...

    Gitar hero je dia amik. Dan pelik 2-2 gitaris tu gitar hero tak gado2 ke dalam band? Duit brader... duit!!!

    ReplyDelete
  3. 1987... mase nih aku darjah 5 siot...
    tapi yg pastinyer... kat bag aku.. aku tulis metallica, dio, loudness (siap matehari) dan tah ape ape band lagi ler... heheheh

    ReplyDelete
  4. album ni memang byk lirik kisah cinta..& album yg tak jemu utk didgr.. bad boy pon gerek huhuhu..aku ada LP nnt senang tampal hahah..cd ko ni ada lirik dia tak?

    ReplyDelete
  5. 1987 memang tahun rock. Tahun ni le aku paling banyak peruntukan ke keset duit gaji aku. Selain album ni aku minat album selepas ni..yg Steave Vai pulak. Whitesnake ni memang ramai gitar hero yg singgah sekejap.

    ReplyDelete
  6. auntie Tawny Kitaen ni merupakan salah sorang yg terlibat merenggut dara gua, beb... mana boleh lupa!

    album ni satu satunya album Whitesnake yg gua beli. semua lagu rabak!

    ReplyDelete
  7. aku suka album ni..zaman kaset dulu aku suka ni ngan Slip Of The Tounge.

    Whitesnake nye pop rock smua best2 time2 tu.

    beb, ko gi carik/dl John Sykes live nye cd. Bad Boys Live ke hapa.
    Dia bawak lagu Still OF The Night dan lain2 lagu2 best giler.

    ReplyDelete
  8. salam bro...macam tau tau je gua tgh layan album whitesnake dalam kereta. I had actually bought 30 years Whitesnake anniversary limited edition 3 discs album. memang "show" gila. boleh dengar coverdale punya music/vocal progress dari zaman purple, WS with sykes,jimmy page, vanderberg/campbell, vai/vanderbeg and now reb beach. memang best.

    Pasal 1987 album ni..for me this is among the best album ever produce in rock history and still the benchmark for whitesnake's other releases. on the other hand gua suka Vai's touch dalam album slip of the tongue especially of Judgement Day. you should listen to Sailing Ship unplugged version as well.

    ReplyDelete
  9. ular putih ni mcm hilang je dr ingatan aku. huhu. tgh ingt ni..err.. tak ingt la. aisey, patut la. 87 masa tu aku tak pernah buka kaset diorg ni rupanya, tgk gmbr je. huhuhu.

    ReplyDelete
  10. skang ni dah tahun 2009.. bila nak hapdate laman kvlt lagi mvlvs!?

    p/s potent ingredients pesan... kalau tidak dia nak panggil pekida dan awie.. buat kacau kat blog ni...

    ReplyDelete
  11. 1987 aku baru darjah 2... plng rock aku dgr lefthanded, headwind, bloodshed, search semua yg local... yg oversea koman2 dgr maikeljeksen, durian2, modentoking (abg takilala yg rajin layan ni)

    album2 whitesnake aku slalu jumpa murah2 kat ebay sama mcm album2 aerosmith dan van halen... tp pasal aku xminat, hehehe aku x bid (tp pantang nmpk dokken slalu je kalah bid)

    ReplyDelete
  12. Portdy..DC memang hensem..auu.huhu..


    Abang Ben..kalau tengok senarai gitaris dia memang dasat2..John Sykes,Adrian Vandenberg,Vivian Campbell,Steve Vai,Warren DeMartini,Doug Aldrich,Reb Beach…pergh..


    Muor…standed la tu..bebudak melayu zaman tu kalau nak nampak macho mesti beg lukis lambang2 band..padahal tak pernah dengo pun..haha..

    ReplyDelete
  13. Matakucing..LP ni pun buat gantung kat dinding eh?…hahaha…ada..cd ni ada lirik..Cuma inlay takder gambo apa2 la..just lirik.


    Skid..Slip Of The Tongue pun best gak tp tetap tak leh celen yang ni la..


    Eddie…dulu gua ada VHS videoclip album ni…hari2 wa bukak pasal nak tengok auntie Tawny ni la…hahaha..

    ReplyDelete
  14. Deaf..thanks for info..nanti aku sedut..


    Rocksport..salam...gua baru semalam ternampak Stormbringer "35th Anniversary Edition"..siap ada bonus dvd…dah gatal jer tangan macam nak beli..teringat duit kat kocek nak buat beli baju raya anak…terus kansel…haha..
    Ok..nanti gua cari Sailing Ship unplugged version tu..


    Takilala..x per..gua paham..tahun 87 tu lu tgh layan Zaition Sameon kan…huhuhu..

    ReplyDelete
  15. Kipaslipas…alamak..boss sudah sound…abis la duit royalti gua kena potong bln ni..haha..

    p/s..ampunnn ayahanda 3 line potent..tolong jangan panggil awie…takutttttt…sambil meghulur salam buah (huhuhuhu)


    Ijau..dah komplit dokken dan poison (au..huhu)..leh try 1987 dan Slip Of the tongue pulak..rekomended…pastu suh Takilala rebieu modentokin LP version…hehe..

    ReplyDelete
  16. 12-Aug-09Whitesnake Cancel The Rest Of Their Tour Dates With Judas Priest
    Submitted by: Dana


    Whitesnake has released the following statement:


    "Unfortunately, last night {August 11] at the Red Rocks Amphitheater, Denver, Whitesnake had to cut their performance short due to Mr. [David] Coverdale experiencing considerable pain in his vocal cords. He was immediately taken to a specialist for examination. The specialist discovered that David was suffering from severe vocal fold edema and a left vocal fold vascular lesion. He was instructed to cancel all performances for the next two weeks and then undergo a further examination. The doctors told us we were fortunate this was caught at a stage where no apparent permanent damage has been caused. We therefore regretfully have to announce that Whitesnake will not be appearing on the remainder of the U.S. tour with Judas Priest. Whitesnake sincerely regrets any disappointment this may cause."


    Whitesnake and Judas Priest previously toured together in South America during 2005 to great critical and commercial success and maintain a great friendship.


    Whitesnake's appearance at U.K.'s Download festival in June coincided with action-packed re-releases of the multi-platinum albums "Slip Of The Tongue", marking its 20th anniversary, and "Slide It In", which celebrates its 25th anniversary this year.


    Whitesnake's June 14th show at Download marked the fourth time the band has performed at Donington Park (previous appearances took place in 1981, 1983 and 1990).


    source: blabbermouth.net




    RSS Atom

    Translate:

    ReplyDelete
  17. whitesnakes my peberet...lagu is this love mmg asyik dan layan...

    i folo dis blog ek.?

    ReplyDelete
  18. hohohoho ada lagi lu eh simpan versi apache tu! hadoiiii nostalgia betullah cap apache tu!

    ReplyDelete
  19. Rocksports..thanks for info..banyak la konsert lu dapat tgk kat sana ek..best aa..

    rock metaller..welcome to the club :)

    gengmetal...ada la skit2 yg terselamat..pasal nostalgia tu la yg simpan..

    ReplyDelete