Salamat hari merdeka
sempena merdeka ni..berpatriotik sikit..aku review album yang tajuknya ada perkataan Malaysia...sebuah album lama..diterbitkan pada tahun 1987..dari band yang menamakan diri mereka Bumiputra Rockers (BPR) bertajuk Selamat Pagi Malaysia
rasanya ramai yang tak tau sangat pasal album ni..ni album pertama dorang..aku google kat internet pun tak banyak dapat apa2 info pun pasal album ni...artis2 malaysia ni masih ramai yang ketinggalan teknologi la...
versi cd yang aku ada ni adalah versi remastered..diterbitkan pada tahun 2003..yang ori memang tak ujud dalam bentuk cd...sayangnya versi kaset aku pun dah hilang...kalau tak boleh jugak aku tampal kat sini cover original kaset tu..cover ori dia bukan yang macam kat cd ni..ni gambo line-up album Kelab Jiwa Luka..cover ori dia gambo lukisan macam tugu negara tu..tapi dorang tak pegang senapang...pegang gitar...ni pun aku google tak berjaya jumpa...takkan tak der sapa pun lagi simpan versi ori ni ek...ntah la..
album ni adalah line-up asal band pengiring Ramli Sarip selepas Ramli jadi artis solo...nama pun dengar ceritanya Ramli Sarip yang bagi..anggotanya Awang (gitar), Yem C (gitar..mana pegi ntah mamat ni...aku suka rambut dia yang lurus mengurai tu..), Yem Bai (Bass), Enal (drums) dan Joey (vokalist)..
Tracklist
1-Gua Musang
2-Hilang
3-Selamat Pagi Malaysia
4-Istilah Cintaku
5-Juwie,Juwie,Juwie
6-Bersyukurlah
7-Untuk Apakah lagi
8-Tergendala
9-Mana
10-Maghrib
Yang menariknya..banyak jugak lagu2 yang dorang buat sendiri...tapi ada satu lagu yang paling aku suka dari album ni..iaitu lagu yg dicipta oleh penerbit album ni Raymond Lim dan liriknya oleh Joey..lagu bertajuk Gua Musang..bagi aku ini la lagu yang paling heavy sepanjang karier BPR...best..tapi lagu2 lain kurang heavy..bukan tak best...tapi kurang menepati citarasa remaja aku zaman tu yang suka lagu2 heavy...
kebanyakkan lagu2 yang rancak adalah berkonsep moderate...antara yang menarik perhatian adalah lagu yang menjadi tajuk album.."Selamat Pagi Malaysia" dan "Bersyukurlah" (lagu saduran yg sampai sekarang aku tak tau sapa penyanyi asalnya)..lain2 tu aku kurang skit...kecuali lagu "Juwie,Juwie,Juwie" aku tertarik dengan liriknya..sememangnya pada masa tu Mama Juwie (ada ker sapa2 yg tak tau sapa Mama Juwie ni?..pegi siasat sendirilah..malas aku nak tolong googlekan...huhuhu)banyak membantu mempromosikan band2 rock dekat ruangan dia di suratkabar Mingguan Malaysia dan majalah URTV...aku kenal Wings sebelum dorang buat album pun dari ruangan Juwie..yang aku ingat siap dapat poster berwarna Motley Crue dan Jef Pilson (Dokken) lagi kat suratkabar Mingguan Malaysia tu tau..sekarang tak jumpa dah suratkabar buat camgitu kan...poster Lisa Surihani adalah kot (ni Eddie suka la...huhu)
Berbalik pada BPR...lagu2 slow dorang aku agak kurang berminat..meleweh2 skit..dah ada iras2 rock leleh 90an pun yer...(maklumkan zaman penghujung 80an tu..jiwa aku tengah heavy metal..kalau slow pun kurang2 mesti stail macam Rusty Blade,Rockers tu kan)..kecuali mungkin lagu Hilang (ciptaan Ramli Sarip) tapi ada sebuah lagi lagu slow yang menarik minat aku kerana liriknya iaitu lagu Maghrib...lagu yg lirik ala2 nasyid ni..sapa kata rock tak boleh ingat tuhan kan...tambahan pulak lagu ni guitar work dan solo dia best..ni baru betul slow rock..tapi kalau tak silap aku lagu ni kena banned oleh RTM..ntah la tak tau naper Tok Mat banned..lagu rock tak boleh lirik nasyid kot...tapi kat Muzik Muzik TV3 pernah keluar..takat ni tak jumpa pulak kay youtube sapa2 rakam vc tu...
kesimpulannya..bagi aku album ni so so ajer la..aku beli cd ni pun semata2 pasal aku nak lagu Gua Musang dan Maghrib aje..kalau korang peminat BPR..mungkin boleh beli la sebagai pelengkap koleksi..aku rasa album "Bisa" lebih best...walaupun aku sebenarnya bukan minat sangat BPR ni...tapi showmanship Joey kalau live memang aku respek...ligat dan ribut oo..
ok..mari kita layan kedua2 lagu dari album ni aku sebutkan tadi...Gua Musang dan Maghrib..
memang best album pertama BPR ni...aku suka lagu maghrib tu...aku ada kaset versi cetak rompak ja album ni, tp entah mana udah, kena tapau mungkin...review band FRU lagi bro...aku minat sangat ngan band hattan tu terutama lagu 'antara kertas dan pena","...dan bulan pun retak"...
ReplyDeletegua lucky dpt tgk cover 1st album ni. huhuhu. bukti?? tu brader gua komen kat atas tu. huhuhu.
ReplyDeletepada aku bpr yang paling aku suka ialah kaset ' kelab jiwa luka '.
ReplyDeletelain2 tu aku tak paham sangat haha.
album Bisa lebih berbisa tapi lagu Maghrib terdapat satu cerita yg seram yg gua lalui ketika itu masih menghuni hostel puaka dulu...
ReplyDeletemmg ngko la yang paling rock!!! boleh buat review dedication untuk lagu kegemaran aku ka? lagu silaturahim (BPR) hehehehehehe kalau p karaoke tak payah tengok monitor pun boleh nyanyi ni hehehehehe
ReplyDeletefeveret gua album Bisa.
ReplyDeletefeberet track - inikah perjuangan!
BPR lebih terkenal dengan lagu yang sedikit melankolik. Tetapi yang heavy2 boleh tahan penangannya.
ReplyDeleteSalam Merdeka
rare! rare! rare!
ReplyDeletetakilala, cimca, jairo... nnti aku cuti raya kita ronda kk cari cd2 rare
aku suka tone sore joey, dia sebut perkataan jelas nyata & terang (sifat izhar halqi) hehehe anyway bpr byk lagu dia sedap2..aku suka. maghrib ni mmg terbaik guitar work & susunan muzik dia..lirik dia pon best
ReplyDeleteBPR..lagu yg dok aku selalu dengor...aku hanya serangga jer...hehe
ReplyDelete2 tahun lepas, aku tertengok tv2..rancangan zoom in bersama BPR....adeih...persembahan diorg teruk betul....joey suara tak sepower dulu...seksa betul tgok dia nyanyi....dahler kualiti sound kat rtm teruk...mmg hancus laaa..
lagu 'maghrib' kena baned?
ReplyDeleteni satu yang buat gua hilang akal memikirkannya sampai la ni. tak faham gua kenapa lagu tu kena banned. lagu suruh/ingatkan orang pasal solat kena banned? sama nasib cam lagu 'selimut putih'. kena banned gak!
yeah! lagu 'gua musang' seperti 'penunggu' dan lebih dahulu dari 'langsuir liar 'rusty blade.
Cimca...aku FRU tak follow la..so aku tak tau..tapi kalau Hattan aku suka album "Anthem"..ni kalau ada keluar cd pasti aku beli
ReplyDeleteTakilala...untung la ko ada brader sekepala...aku pun camtu jugak...cuma time aku gila rock dia dah blah KL..so tak banyak la aku dapat tapau kaset/cd dia..huhuhu..
Deaf...aku pulak "kelab jiwa luka" yang aku tak paham...haha
Eddie..lu jumpa hantu ker apa?..dulu masa gua duk hostel..ada satu member mmg pantang org citer nampak hantu..malam tu jugak mesti dia pergi cari...tp tak der la pulak dia terjumpa hantu tu...ntah2 hantu yg takut kat dia agaknya..
ReplyDeleteJairo..Silaturahim tu aku tau lagunya..tapi tu dari album mana ek..zaman tu aku dah tak follow la..ko boleh try masuk program "Jgn Lupa Lirik"..haha..
Portdy..Inikah Perjuangan?..ingat2 lupa dah lagu ni..nak kena dengar balik "Bisa" ni..
Speedrider...betul betul betul..
ReplyDeleteIjau..cari jangan tak cari..Dokken dah complete lum?...hehe..
Matakucing...Joey ni showmanship pun best...ribut oo.
Ajie...tu hari tengok kat Rock Prima pun sama hancus...standed la..dah tua...hehe
ReplyDeleteGayour...tu yg gua pelik tu...lirik dakwah pun kena banned..zaman Tok Mat memang macam2 hal..
Thanx 4 da review. Aku ade sume album diorg kecuali yg dgn vox Alif tuh je..x minat nk dengar pn.hehe.
ReplyDeleteBPR nih mmg bunyik melayu tul...aku suka riff2 Awang & respek bassline Yem Bai....cekidaut track Sekadar Ambisi, mmg berbunga2 abis. Aku lyn track2 yg underrated cam Kota Syurga Impian, Setitis Madu & antara lagu paling heavy selain G.Musang, Angkara..best wooo..:)