Thursday, September 17, 2009

Seri Hari Raya

Dah dekat2 nak raya ni cerita pasal lagu raya la pulak...

Dulu2 zaman aku kecik2 dalam tahun 80 atau 81 ada satu kompilasi lagu2 raya yang orang tua aku beli katrijnya *….Hasil carian aku di internet kalau tak silap kompilasi tersebut bertajuk “Aidilfitri, Bermaaf-maafan” dari gabungan artis2 WEA Malaysia dan Singapura…antara artis yg terlibat adalah Othman Hamzah,Azean Irdawaty,Uji Rashid,Hail Amir,Khaty Ibrahim,Jamal Abdillah,Ahmad Nawab,Sweet Charity dll…

Dalam banyak2 lagu tersebut..ada satu lagu yang benar2 aku suka...apa lagi kalau bukan lagu dari Sweet Charity bertajuk “Seri Hari Raya”…bukan pasal dorang band rock...masa tu aku mana la aku rock pun…bebudak lagi kan...tapi macam yang aku pernah cakap dulu…dari kecik aku lebih cenderung pada lagu2 yang guitar oriented…kena pulak lagu ni guitar work dia memang sedap…power…tu yang buat aku minat tu..

Apatah lagi duduk di JB...pengaruh radio dari Singapura cukup kuat..lagu ni memang antara lagu raya yang cukup popular kat sana selain "Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar” (siap masuk carta lagi) tapi jarang2 main kat radio Malaysia..tu pasal beberapa tahun lalu bila aku cakap aku suka 2 lagu raya ni...member dari negeri selain Johor blur...tak tau...

Rupa2nya ini adalah lagu pertama bertema raya yang dihasilkan dalam irama rock..memang klasik arr…kenapa la band2 rock lain tak nak buat lagu raya..kalau ada yg buat pun lagunya tak rock pun…(contoh Wings Puisi Aidilfitri)….tapi kan…ada lagi satu cerita pasal lagu ni yang beberapa tahun lepas baru aku tau dan buat aku rasa tertipu selama ini…Porty pun pernah tulis pasal ni kat sini

Iyer..rupa2nya lagu ni bukanlah lagu ciptaan Sweet Charity…lagu ciplak rupanya..cover version dari Pat Benatar…lagu bertajuk “I’m Gonna Follow You” dari album Crimes Of Passion terbitan tahun 1980…ceh..bertahun aku tertipu..haha…artis zaman dulu2 ni memang suka betul la cover lagu omputeh…padanlah beberapa tahun yg dulu pernah ternampak lagu ni ditulis penciptanya Copyright Control/S.Milda…dengar rancangan Rock Ria Rock radio Singapura baru tau…memang konpem lagu ciplak..sebijik…tak caya..sila layan youtube dibawah..

Aku memang teringin nak tanya Ramli Sarip pasal ni..tapi dah 2,3 kali terserempak kat Kotaraya…asik la tak teringat…iskh..padanlah tak pernah nampak dorang bawak live lagu ni…hampeh...tak per la..janji lagunya sedap..ciplak pun ciplak la...layan..







*Katrij..atau bahasa omputehnya cartridges..aku rasa bebudak zaman sekarang sure tak pernah tengok punya kan?..dulu tahun2 70an dan awal 80an..sezaman era piring hitam..ada la popular sekejap penggunaan katrij ni sebelum kaset dan cd bermaharajalela...dia pakai tali tape macam kaset tu..tapi dia besar..ada la player dia sendiri..tu jam kereta pun pasang...ala dah tak der simpan la nak tunjuk macamana...korang tanya je la makbapakabangkakak korang yang pernah hidup kat zaman tu...atau baca kat sini je ahh...

18 comments:

  1. lagu sepasang kurung biru ttp menjadi lagu raya pujaan hatiku

    ReplyDelete
  2. "..kau berbaju biru, bertambah ayu..."

    - Seri Hari Raya.


    "..hanya sepasang kurung nan biru, menjadi teman pengubat rindu..."

    - Sepasang Kurung Biru.



    "..blue is the color, football is the game..."

    - Blue Is The Color.




    *ala relax ah... jgn bikin muka ketat, diorang champion apa tahun ni...!!!

    selamat beraya untuk lu dan famili, maaf zahir batin, bro...!

    ReplyDelete
  3. sound gitar distort tak cukup tu memang best le...

    ReplyDelete
  4. ijau...tu lagu fav. org rumah aku

    skid...haha..bertahun tipah tertipu

    eddie...beb, pompuan pakai biru memang ayu..kalau jantan pakai...iskh...

    real men wear red...tak caya tanya team yg baru dapat tajaan dari Bank Rakyat tu atau team Arsengal...huhu..


    Abang Ben...sound distort tak cukup?..haha..tapi sound camgini memang best..tu pasal syok layan rock 70's..

    ReplyDelete
  5. heran aku klu bab team baju merah ngan team baju biru slalu gado2...

    tgk aku, hari2 pakai baju hijau (tp kena cop sokong team cap bulan penuh)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya.
    Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  7. rasa tertipu dihari raya, nasib baik pat benatar ni aku minat...mgkn dia yg ciplak lagu sweet charity hehehhee..tentang katrij tu pernah pakai dekat van pacik aku dulu..best..bleh select lagu...apa apa pun selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari cimca n family.

    ReplyDelete
  8. sepasang kurungan biru sedap woo.

    Seri hari raya, aku tak pernah tengok SC bawak, tapi Lovehunters pernah aku tengok bawak live Seri Hari Raya kat Geylang Serai. Ribut!

    Selamat Hari Raya to you and family beb dan smua yang baca blog ni.
    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  9. semua...selamat hari raya..maaf zahir batin jika terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya br0 -teromber,

    maaf zahir batin....
    minal aidil walfaidzin

    ReplyDelete
  11. gua pun suka versi ramli sarip ni...aku pun taktau lg ni saduran lagu omputih...tp kelas la cara pembawaan sweet charity....rock abis!

    selamat hari raya bor.. maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  12. tak penah dengarpun lagu ni. kena cari dan dengar ni. apapun selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing, beb. Baru ini ari gua tau crita. :)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Naik Sungai Buaya, calling-calling, ah.

    BTW, ROKATUA dah ada skeleton lagu raya, nih, tapi, seperti biasa, tak sempat-sempat nak record. :(

    InsyaAllah tahun depan. :)

    ReplyDelete
  14. sepasang kurung biru... aku selalu dengor lagu tu... terjumpe kat internet ler... tapi bebudak ramai yg tak pernah dengor lagu nih... takde kuo kat radio skang nih... lagu sweet charity ade ler gak kuo kat sinar...
    bebudak skang kalo ebut katrij... dorang tau katrij printer jerk... kekekek

    ReplyDelete
  15. Bro---

    sama-sama la kita.
    Bila gi State tengok lagu Pat Benatar tu keluar kat MTV baru tau ceritanya. Tapi sepatutnya kita boleh agak kalau kat album tu tertulis Copyright Control.

    Tapi album raya keluaran WEA tu memang paling favorite semasa kat hostel saya dulu. Sampai hafal dailog Jamal tergagap ucapan hari raya dia.

    shuk

    ReplyDelete
  16. raya tu hari kat melodi TV3 Ramli dan Rosli bawak lagu ni ngan budak2 Kristal..1st time tengok lagu ni main live.

    ReplyDelete