Tuesday, February 8, 2011

Tribute to Gary Moore - Victim of the future

Baru 3,4 bulan lepas aku bercerita pasal lagu dan album Gary Moore...tak sangka pulak 6hb Februari yang lalu beliau telah pun meninggalkan kita buat selama2nya...hilang lagi seorang lagenda seperti jugak Dio...Gary ni memang banyak meninggalkan pengaruh kepada mat2 rock melayu pada pertengahan tahun2 80an dulu....termasuk aku...

Kalau sebelum ni aku dah cerita pasal album Wild Frontier...kali ni pasal album terbitan tahun 1984...Victim Of The Future...



Album ni memang banyak meninggalkan kenangan kepada aku...terutamanya kerana dari album ni lah aku mula mengenali lagu2 Gary Moore...semuanya pasal lagu "Empty Rooms"...zaman2 kaset Apache dulu...lagu ni ada dalam salah satu kaset Kerrang Kompilation...tu la 1st time aku dengo Gary Moore...antara lagu slow rock wajib bebudak rock melayu kat johor pada zaman tu...sampaikan Search zaman Man Kidal pun cover lagu ni kan...

Tapi Victim Of The Future ni bukan lah album pertama Gary Moore aku...zaman tu mana la nak cari album penuh kalau Apache tak meng"pirate"kan...aku start dengo album ni masa tahun 1990 kot kalau tak silap...dan lagu yang terus melekat kat kepala aku bila 1st time dengo album ni adalah "Shapes Of Things"...walaupun lagi ni lagu cover...tapi solo Gary dalam lagu ni memang perghhhh!!!!...buat aku rasa nak muda semula dan rajin2 praktis main gitar dan tak malas2 macam dulu...heheh...


dasat2 jugak yang main untuk album ni



Selain lagu 2 tu...aku suka gak lagu "Law Of The Jungle"...ntahlah setiap kali aku dengo lagu ni...aku teringat Lefthanded...ada lagu dorang yang feel macam gini...lagu Ringan Berat kot kalau tak silap...tapi tak kisah la lagu apa pun...aku tau Gary Moore memang banyak menpengaruhi Man Kidal...dengo jer album solo Man Kidal...ada bunyi Gary Moore kat situ...bukan Man Kidal jer...boleh kata majoriti mat rock melayu zaman petengahan 80an tu semua terpengaruh...err...Sentuhan Kidal punya feel ada macam The Loner tak?...

Macam aku cakap sebelum ni...kalau nak dengo Gary Moore main hard rock dengan solo2 membunuh...ini adalah antara albumnya....selain tu aku suka jugak album Corridors of Power,Wild Frontier dan After the War...tapi kalau nak dengo dia main blues...cekidot album Still Got The Blues hingga terkini...tapi bagi aku...telinga dan selera aku...aku kurang berminat bila dia start main blues...mungkin pasal tu jugak aku stop follow dia...last album dia yang pernah aku dengo adalah After Hours (1992)...pastu aku memang tak ambik tau dah...


boringnya cd lama ni...dah la inlay sekeping...jangan kan lirik...gambo pun takder...



Dalam aku mengharap kot2 dia akan kembali main hard rock...tiba2 dapat berita kematian dia la pulak...nampaknya harapan aku tak tercapai...tapi muzik dia di era 80an akan tetap menjadi kenangan2 aku...benda yang dah jadi soundtrack hidup kita terutama masa zaman2 baru nak kenal dunia mana boleh lupa...yer tak?...

Walaupun dia dah tak ader...muzik dia...sama jugak macam Dio...Randy Rhoads...Cliff Burton...Criss Oliva...Steve Clark...dan ramai lagi yang aku tak leh nak recall sekarang ni...akan tetap segar sampai bila2...

Terimakasih Gary....

"Robert William Gary Moore (4 April 1952 – 6 February 2011)"


8 comments:

  1. ehh aku ingat takder mat metal nak buat entri pasal gary moore hehehehehe

    ReplyDelete
  2. sorang lagi - chuck schuldiner
    vocalist&guitar Death

    ReplyDelete
  3. Tak tau pulak aku. Padanla radio main lagu dia aje hari Ahad aritu. Gitar dia best.

    ReplyDelete
  4. sorang lagi 6 strings hero rebah!

    the loner

    ReplyDelete
  5. ..lagu2 dia memang senang melekat kat kita pun aku rasa sebab lenggok Melayu dia tuhh...walaupun bukan itu maksud dia..

    ReplyDelete
  6. eh samala..aku minat dia pon pasal lagu empty rooms

    ReplyDelete