Friday, May 27, 2011

Pink Bubbles Go Ape

Lagi pasal album2 dari tahun 1991...kali ni pasal Pink Bubbles Go Ape dari Helloween..



Mungkin trend ketika itu kot...kebanyakkan band2 metal 80an yang aku suka merubah muzik mereka bila masuk dekad baru 90an...tapi ianya bukanlah benda yang pelik sangat kot...dulu2 pun masa masuknya dekad 80an...banyak band2 70an yang turut berubah untuk kekal relevan di tahun2 80an...contoh paling nyata Whitesnake la kan...tapi disebabkan tahun 80an tu tahun aku membesar...muzik 80an memang dah sebati kat telinga aku...aku tak pernah ada masalah pasal benda tu...tapi bila masuk tahun 90an...perubahan ni jadi masalah pada aku...mungkin bagi telinga budak2 yang membesar tahun 90an ianya bukanlah masalah...begitulah adat dunia kan...sentiasa berputar...

Berbalik pada Pink Bubbles Go Ape...begitulah yang terjadi kepada Helloween...mereka berubah...bagi aku ianya bukan la tak best...tapi ianya bukan lah Helloween yang aku kenal semasa zaman sebelumnya...ketiadaan Kai Hansen memang terasa..maklum la dia adalah salah seorang pengasas Helloween dan boleh dikatakan jugak antara pengasas kepada speed-power metal movement...penganti beliau Roland Grapow bukan lah calang2 gitarist...memang dasat...malah beliau jugak seorang komposer yang hebat...takder salahnya dia...cumanya mungkin magiknya dah takder...maklum lah untuk menghasilkan sebuah lagi album sehebat Keeper 1 & 11 bukanlah kerja mudah...jika Kai Hansen masih ada pun lum tentu akan terjadi...alah...alangkan Iron Maiden pun merundum di tahun 90an kan...



Tapi kalau kita lupakan faktor Kai Hansen dan Keeper...Pink Bubbles adalah sebuah album melodic metal yang baik...produksinya pun bagus...clear...bunyi drum mendiang Ingo Scwichtenberg pun jelas berbanding album2 sebelumnya...vocal Michael Kiske tetap ditahap yang terbaik...power...kerja gitar Michael Weikath dan Roland Grapow pun hebat...lagu2nya pun menarik...terutamanya Kids of the Century, Someone's Crying, Mankind, The Chance, Your Turn dan Number One...memang takder salahnya album...(kecuali..err...mungkin gambar kaver albumnya atau tajuknya yang aneh tu kot...)

Tapi tu la...disebabkan "nama" Helloween tu...peminat harapkan Keeper part 3...maka jadi lah ianya antara album Helloween yang di benci...tapi secara peribadinya bagi aku sendiri...aku suka album ni...walaupun awalnya aku seperti kebanyakannya "No Kai Hansen = No Helloween" punya type of fan...tapi lama2 dengar jadi ok la jugak..


kaset


cd extended version


Album ni rilis dari label besar...EMI...sama cam Maiden...cepat sampai Malaysia...tu pasal rilis bulan mac...bulan april aku dah beli kasetnya..(ikut catatan kat kaset..aku beli 29/04/1991)...manakala cd extended version ni aku beli dari Abang..err.. Dr Ben 2 tahun yang lepas kot kalau tak silap...

kalau nak banding ngan Chameleon...jauh lebih baik Pink Bubbles ni...

Thursday, May 26, 2011

Class of 92 dan terimakasih Gary

Tak sabo nak nunggu final UCL sabtu ni...sebagai pemanas badan...jom layan aku cerita pasal bola...

2,3 hari ni peminat bola (terutama Man. Utd) asik la cerita pasal class of 92...semuanya gara2 testimonal game untuk Gary Neville vs Juventus tu hari...tapi tahukan anda kenapa Class of 92 ni istimewa sangat...jom kita borak sejarah...(liverpool fan tentu suka sejarah2 ni kan...heheh..)

Class of 92...adalah sebahagian pemain dari apa yang jugak digelar sebagai Fergie's Fledglings...pemain2 yang selalu dibandingkan dengan era Busby Babes...ni kalau korang fan Manchester United ko paham la apa aku cerita ni...kalau tak pandai2 la google...heheh..

Class Of 92 ni berjaya menjuarai FA Youth Cup tahun 1992 mengalahkan Crystal Palace dengan agg. 6-3...tapi itu bukanlah yang istimewanya...tu biasa2 jer...tiap2 tahun pun ada jer team yang menang FA Youth Cup kan...tapi biasanya...dari pemain2 tu ada la 1,2 jer yang berjaya di peringkat senior...tapi yang luarbiasanya bagi Class Of 92 ni...6 orang dari mereka berjaya menjadi pemain penting di peringkat senior malah mewakili negara memasing...

Mereka yang menyinar di Manchester United dan England adalah David Beckham, Gary Neville dan Nicky Butt manakala Ryan Giggs (Wales)...dan yang kurang bernasib baik untuk menjadi bintang Manchester United adalah Robbie Savage dan Keith Gillespie...tapi tetap dorang mewakili negara memasing iaitu Wales dan Ireland Utara dan bermain untuk kelab2 EPL..


Back row (left to right): Raphael Burke, Gary Neville, Simon Davis, John O'Kane, Andy Noone, Nicky Butt, Ben Thornley. Front row: Robbie Savage, David Beckham, George Switzer, Keith Gillespie, Paul Scholes, Chris Casper


tapi kan...di final FA Youth Cup 1993...sekali lagi Class of 92 ni bermain...dorang sepatutnya bertambah kuat dengan kemasukan 2 lagi bintang iaitu Paul Scholes dan Phil Neville...tapi sayangnya kalah pulak di final ngan Leeds (agg 4-1)..

Tahun 2011 ni sekali lagi Manchester United menang FA Youth Cup (rekod yang ke 10 kali)...tapi adakah dorang boleh menjadi seperti Class of 92?...hanya masa yang akan menentukan...


Apa2 pun tak ramai player yang macamgini...bermain hanya satu kelab untuk seumur hidup...bukan sekadar pemain yang di bayar gaji..tapi beliau juga adalah seorang die hard fan...Thank you Gary for all these wonderful years..your passion, determination and commitment to this club is like no other...TRUE LEGEND!


Gary Neville is a red. Is a red. Gary Neville is a red. He hates scousers!

Dan yang menarikya pasal perlawanan testimonial Gary tu hari...sebahagian dari Class Of 92 dapat bermain bersama2 kembali...dan antara yang mendapat perhatian dan tentu2 lah David Beckham ni...semua orang tau kan dia adalah through and through Manchester United fan...seronok dapat tengok dia sekali lagi memakai jersey merah ni setelah kali terakhirnya 8 tahun yang lalu..


Welcome Home Beck

Monday, May 23, 2011

CHAMP19NS!

Tak boleh tidak...kena jugak buat entri riak ni...heheh...




Terima kasih Edwin Van Der Sar....Thanks for all those wonderful memories...you are a true Legend!



Last but not least...apa guna jadi star kalau tak pernah angkat piala EPL kan?...tahniah Owen...heheh...




UNITED! UNITED! UNITED!

Thursday, May 19, 2011

Innuendo

Lagi entri pasal album yang dah 20 tahun usianya...album tahun 1991..Innuendo dari Queen.



Aku agak lambat follow Queen ni...selepas kematian Freddie Mercury sebenarnya...walaupun aku tau We Will Rock You/We Are The Champion tapi awal2 tahun 80an dulu...dalam tahun 85 gitu...aku kenal Queen dengan lagu2 pop dorang Radio Ga Ga dan I Want to Break Free...tu jam aku dah start minat rock...so lagu2 jenis camgitu buat aku kurang berminat nak ambik tau walaupun cerita dorang ada keluar kat majalah Kerrang...

Tapi lepas aku dengar Metallica cover Stone Cold Crazy...pastu adegan Bohemian Rhapsody kat Wayne's World (ni antara all time fav. moment dalam filem aku...Mike Myers rocks!!..) terus aku teruja nak cari album2 Queen...dan kebetulan Innuendo ni yang terlatest pada masa tu...terus aku beli kasetnya dan ternyata bagi aku Queen lebih best dari mana2 progressif rock band 70an termasuklah Pink Flyod,Rush dll...mungkin pasal sound metal/hard rock yang Brian May bawak dalam Queen...start dari situ aku jadi peminat Queen.

Innuendo ni bukanlah yang terbaik dari Queen...tapi tetap satu album yang sangat bagus...aku boleh dengar dari mula sampai abis tanpa skip...(ok aku tipu..selalu aku skip "All God's People" dan kekadang "Delilah")...tapi lagu lain memang superb...kekadang rasa macam tak percaya masa rakaman album ni Freddie Mercury tengah menderita sakit aids...(beliau mati 9 bulan selepas album ni diriliskan)...suara dia memang dasat...memang sedap...bab2 high pitch tu memang takder vocalist lain boleh lawan la...tapi tak tau la kan...mungkin telinga aku ajer...suara dia kekadang hampir sama macam Klaus Meine...



Oleh kerana ada nilai sentimentalnya album ni pada aku...jom layan aku bebel pasal setiap lagu2nya...

"Innuendo"
Lagu yang mengingatkan aku pada Bohemian Rhapsody...seakan2 sama stuktur lagunya...ada part opera...part hard rock/metal...memang sedap lagu ni...tak jemu aku dengar...aku suka part spanish gitar yang Steve Howe (Yes) main tu...solo Brian May pun giler best...kekadang aku rasa kalau lagu2 Queen ni dilajukan...dispeedkan...dah macam lagu2 power/symphonic metal kan?

"I'm Going Slightly Mad"
Lagu pertama yang aku dengar/tengok dari album ni...sebelum ada kasetnya lagi aku dah selalu tengok video clipnya kat MTV...lagu yang mula2 dulu aku tak suka...tapi sejak ada kasetnya jadi antara yang aku suka...baru aku tau video clipnya sengaja di buat hitam putih pasal nak kaver muka Freddie tu jam pucat kesan dari penyakitnya...lagu dan lirik yang agak aneh dan lawak...sapa sajer la yang boleh buat lirik2 camgini kalau bukan Freddie kan..."I think I'm a banana tree"....huh???

"Headlong"
Salah satu dari 2 lagu hard rock/metal dalam album ni...Brian May kinda song...rif dan solo yang best...satu lagi fav. aku...

"I Can't Live with You"
Satu lagi lagu Brian May...ada bunyi 70's...kekadang mengingatkan aku pada lagu2 Uriah Heep...maklumlah aku dengar Uriah Heep lebih dulu dari Queen...jenis grower...makin lama dengar makin sedap..

"Don't Try So Hard"
Lagu ballad yang boleh buat korang terganga dengar suara power Freddie...lagu yang sangat emosi dengan solo gitar yang mendayu....best!

"Ride the Wild Wind"
Satu lagi fav. aku...lagu rock Roger Taylor...suka aku part drum dia tu...kekadang buat aku teringat kat lagu Blues Felda Blues - Ramli Sarip... part drum dia tu sama...Blues Felda Blues tahun berapa ek??...




"All God's People"
Ni lagu aku selalu skip...so aku skip la...heheh..

"These Are the Days of Our Lives"
Lagu ballad yang 1st time dengar terus aku suka...melodinya...liriknya...solo gitarnya...memang menyentuh perasaan...memang best lagu ni...

"Delilah"
Ni pun aku selalu skip...lagu pasal kucing Freddie...

"The Hitman"
Lagi satu lagi fast...hard rock/metal Queen punya stail...macam biasa penuh ngan solo2 Brian May...

"Bijou"
Lagu ballad dengan lirik dan vocal yang pendek...selebihnya amazing gitar dari Brian May...syahdu...emotional...makan dalam arr lagu ni...

"The Show Must Go On"
salah satu lagu yang cukup dikenali dari album ni...lagu penutup yang seolah2 Freddie dah tau hayat dia tak panjang...tak perlu aku taip panjang2...penat dah menaip ni (heheh)...cukup kalau aku kata lagu penutup yang sempurna...sangat best!.

Kesimpulannya...recommended!!!

Monday, May 16, 2011

Sacred Heart

Diam tak diam...hari ni 16hb Mei...dah setahun dah Dio meninggalkan kita...hari ni aku nak buat tribute to Ronnie James Dio...jom cerita pasal album ke 3 beliau Sacred Heart.



Album terbitan tahun 1985 ni merupakan jugak album terakhir Dio yang menampilkan Vivian Campbell...secara kebetulan atau tak (time ni Dio dah gaduh ngan Vivian)..album ni menampilkan banyak bunyi2 keyboard yang kadang2 menengelamkan bunyi gitar Vivian...perkara ni menjadi salah satu faktor ramai fan tak suka album ni...termasuk la aku masa bebudak dulu...tambah pulak album ni lebih komersil...lebih pop berbanding Holy Diver dan The Last in Line...rif2 dan gitar solo Vivian jugak tidaklah sehebat dulu...sekurang2nya itu la pendapat aku 20++ tahun yang dulu...tapi sekarang kalau nak banding hasil kerja dia dalam Def Leppard lagi la hampeh yer tak....

Tak tau samada korang setuju atau tak...bagi aku selepas dari album ni adalah zaman kejatuhan Dio...Ok Dream Evil boleh tahan...ada beberapa lagu best...tapi lepas tu sejak Lock Up The Wolves...aku dah kurang berminat nak follow Dio...the best Dio bagi aku selain zaman Rainbow dan Black Sabbath adalah zaman klasik line-up 3 album solo awal ni...

Sacred Heart bukanlah yang terbaik tadi ada momentnya...mungkin jugak ini jawapan Dio terhadap kebangkitan Glam/pop metal zaman tu...lagu seperti "Hungry For Heaven" dan "Shoot,Shoot" memang kuat bunyi pop metalnya...tapi kalau nak cerita lagu terbest dari album ni ikut selera aku adalah "Rock n Roll Children"...melodinya..vocal power Dio...solo gitar Vivian...atau mungkin pasal tajuk lagunya menjadikan lagu ni salah satu anthem Dio aku zaman2 sekolah dulu....best!


Dio - Rock N' Roll Children by hairmetal

Selain tu...lagu yang jadi tajuk album..."Sacred Heart"...lagu lirik epik dungeons and dragons ni memang sedap...selain tu "Another Lie"...solo shredding dari Vivian mengingatkan kepada 2 album terawal Dio...atau mungkin lagu "King of Rock n Roll"...lagu ala "We Rock" untuk album ni walaupun tak la sehebat "We Rock"...tapi masih ok la....tapi kalau tak nak pening2 kepala layan jer la "Hungry For Heaven"...lagu paling pop ngan melodi yang paling mudah nak hadam...

Apa2 pun setiap kali dengar Sacred Heart...ianya akan mengingatkan aku kepada seorang opis mate aku yang konon2nya dia lah yang paling rock zaman muda2 dulu...setiap kali tercerita bab muzik...rock terutamanya...dia akan cerita dulu dia ada beg sekolah logo Dio Sacred Heart pakcik dia lukiskan...tapi sekarang dia dah tobat....Sacred Heart tu nama gereja katanya....setiap kali aku dengar dia cakap camtu...aku senyum dan ketawa dalam hati...satu2nya lagu Dio yang dia tau cuma Holy Diver...membesar di Perak tapi tak tau SYJ...dan like Anuar Zain di Facebook...perlukah aku berdebat pasal Scared Heart kat mamat ni????? i rest my case...heheh...

btw...thanks Ronnie James Dio.

Sunday, May 15, 2011

Are you watching Merseyside?

masa untuk riak.....hahaha

CHAMP19NS!!!!!!!!







Come back, when you are 19th!


.


Wednesday, May 11, 2011

Attack Of The Killer B's

Sambung cerita pasal album2 dari tahun 1991...kali ni sebuah lagi album yang kasetnya dulu antara yang selalu berputar dalam walkman philips aku...memang aku suka album ni...Anthrax - Attack Of The Killer B's



Di antara Big Four Of Thrash Metal...rasanya Anthrax lah yang paling unik...dorang lain dari yang lain...mana nak jumpa Jamez Hetfield pakai seluar pendek...Dave Mustaine nyanyi rap atau pun Tom Araya nyanyi lagu lawak...sebab tu ramai tak anggap Anthrax ni band thrash yang serius...

Attack Of The Killer B's adalah koleksi lagu2 B side Anthrax...kira lebih kurang macam album "Hidden Treasures" dari Megadeth...tapi yang jadi unik dan berbezanya...ni memang sebuah album rojak...macam2 genre ada...boleh jer layan rap...hard core punk...country & western...thrash...surf malah balada rock leleh pun ada...



Rasanya album ni lebih pada citarasa Scott Ian...banyak lagu dia nyanyi sendiri...tambah pulak tu jam dorang ngan Joey Belladona dah start gaduh2...dan ini merupakan album last Joey bersama Anthrax...

Seingat aku beli cd ni kat Tower Record KL Plaza..tahun 1997 dulu...tu jam time dapat gaji jer memang aku turun sana...zaman tu Tower Record ada bahagian metal...(sekarang punya Tower Record ada tak??...) pernah sekali tu time dapat bonus aku borong cd sampai 10 keping sekaligus....giler ahh...nasib tu jam orang rumah aku duk JB...aku kat KL...kalau tak mampus kena bebel...heheh...



Ok...sedikit bebelan aku pasal lagu2nya...

"Milk (Ode to Billy)" dan "Chromatic Death"
-Lagu cover dari S.O.D...band side projek Scott Ian dan Charlie Benante..sedikit berbeza dari versi asal dan aku rasa vocal Joey Belladonna lebih best dari Billy Milano...ok..aku bias... :P

"Bring the Noise" dan "I'm the Man '91"
- aku tak minat rap...tapi 2 lagu ni memang sedap....terutamanya Bring The Noise (kolaborasi dengan Chuck D dari Public Enemy)...menyebabkan tetiba aku rasa nak layan rap...pinjam kaset member aku yang hantu rap...Public Enemy,NWA,Run DMC,Beastie Boys dll...tapi ternyata muzik rap ni memang tak masuk kat kepala aku...akhirnya aku kembali ke pangkal jalan...heheh...btw I'm the Man tu versi asal EP tahun 1987 lagi best...

"Keep It in the Family" dan "Belly of the Beast"
- Ni 2 lagu live...dua2 lagu dari album sebelumnya...Persistence of Time...lagu2 yang membuktikan suara Belladona memang power time live...



"Startin' Up a Posse"
- Scott Ian nyanyi...lagu yang bunyi macam country & western tapi part chorus terus hardcore...ni dulu2 kalau bukak kasetnya kat rumah aku kat kampung....terus aku slowkan volumenya...nak mampus kalau mak aku dengar bunyi pompuan mengerang tu...hehehe

"Protest and Survive" (Discharge cover) dan "Sects" (Trust cover)
- ni 2 sampai sekarang aku tak pernah dengar versi asalnya...aku kurang berminat ngan hardcore punk ...tapi dua2 ni ok..heavy...tapi aku harap kan Sects lebih kurang macam Anti-Social (ni pun cover dari Trust)..tapi takat ok jer la...

"Parasite" (Kiss Cover)
- walau apa orang nak kata Kiss sememangnya menjadi pengaruh besar kat mat2 metal 80an...dan lagu ini adalah antara jawapan mengapa...sedap arr lagu2 Kiss kalau soundnya diberatkan macam gini...btw...suara Joey Belldona > Gene Simmons...heheh..

"Pipeline"
- ni aku suka...lagu surf yang diheavy kan...terasa macam bercanda kat tepi pantai sambil surfing ngan ombak besar...huhu..

"N.F.B. (Dallabnikufesin)"
- lagu balada yang meleleh...kalah lagu Spring/Spoon/Scoin tu semua...memang aku suka la...Dan Spitz punya solo memang syahdu...kalau dorang buat banyak2 lagu camgini...abis Bon Jovi tak leh cari makan...hahaha..

aku suka ayat Scott Ian pasal lagu ni...ni aku tampal...

Four chords, the words : love,rain,crying,love,sweet,love,together...did i mention the word love? the magic formula that makes...a ballad, except, ours doesn't have such a happy ending. (you can probably figure that out by the title). Originally instead of the way it ends now, i wanted her to die slowly from cancer but that was bad karma, so we went for the truck. All the crying is real. Charlie plays 12 string,Scott plays a 6 string, and Danny played the lead. We wrote it in 19 seconds and the really fucked up thimg is this, what we consider to be a complete joke, other bands have based their whole careers on. oh well, it's free world, and everyone is allowed to suck if they want to.

p.s if anyone is offended by this song they're an idiot.

Sunday, May 8, 2011

19

ntahlah...sejak pukul 1.04 pagi tadi...kepala otak aku ni asik terngiang2 jer lagu ni...



ni lagu zaman aku budak2 dulu...tahun 85 kot...bukan lagu rock pun...dan takder kena mengena pun ngan benda dalam entri ni...ni lagu pasal perang vietnam...tapi sejak Manchester United menang lawan Chelsea malam tadi...ntah kenapa no 19 dah macam jadi no favourite aku pulak...untuk penyokong Liverpool...buat2 bersabo yer...heheheh....



"My greatest challenge was knocking Liverpool right off their fucking perch....and you can print that." - Sir Alex Ferguson (sept 2002)


yeahhh...ni entri riak...heheh..




.

Saturday, May 7, 2011

Hitman

Dah lama aku nak buat entri ni...tapi asik tertangguh sebab tak katam2 lagi...akhirnya selepas hampir 1/2 tahun (beli bln 11 tahun lepas)...berjaya jugak aku menghabiskan buku setebal 592 mukasurat ni...bukan pasal tak sedap...tapi kekurangan masa untuk membaca...curi2 baca sampai pukul 2 pagi pun orang rumah dah bersuara..."nak exam ker?"...heheh...



Aku rasa majoriti dari kita semua terutamanya budak lelaki....at some point of time dalam hidup kita...terutamanya zaman budak2...mesti minat wrestling kan?...Aku tak terkecuali...kena pulak kalau korang membesar zaman 80an...dulu2 kalau kat warung (tu jam kedai mamak lum bersepah macam sekarang)...mana ada bola2 ni semua...majoriti warung pasang video wrestling...sampai kan kalau time buat kenduri kawin...2 benda yang kita orang budak2 ni tertunggu2 time rewang belah malam...pertamanya rokok free (heheh..) dan keduanya nengok wrestling sambil pekena sup....best betul zaman tu kan....

Aku dari dulu suka anti hero...tu pasal walaupun majoriti kawan2 aku tu jam minat english champion Liverpool dan Ian Rush...aku pilih Manchester United dan Bryan Robson...(haha...ntah kena ker tak perumpamaan ni...)..begitu jugak dalam wrestling...majoriti suka geng2 baik macam Hulk Hogan tapi aku suka geng2 jahat macam Bret Hart...tu pasal bila terjumpa buku ni...tak banyak cerita walaupun kat kocek duit cukup2 makan terus jugak aku beli..

Ini buku ke 2 pasal bio ahli gusti yang aku baca...1st dulu Y2J..Dua2 buku pun best seller...kalau buku Y2J aku suka pasal ada cerita2 dia sebagai mat rock selain wrestling...tapi buku Bret Hart ni...walaupun dia tak rock...pakai kaler pink pulak tu (heheh...dalam buku ni dia ada cerita kenapa dia pakai kaler pink...)..tapi ini Bret Hart....hero gusti aku...tak sangka selain bergusti dia pandai lukis kartun dan mengarang buku...giler detail dia cerita setiap game2 penting...maklum la dia memang catat setiap game...siap buat rakaman suara...so rasa logik la kalau dia ingat setiap detail kisah hidup dia dulu2...tak macam sesetengah autobiography...kekadang rasa macam tak percaya jer dorang boleh ingat secara detail kisah lama..kalau aku konpem tak leh ingat...mungkin aku banyak makan semut agaknya...



Oleh kerana aku aku kenal Bret Hart masa zaman WWF...cerita2 di awal buku masa dia kecik tu kekadang buat aku lost sikit...terutama bila dia cerita bab adik beradik dan ipar duai dia...lost track nak ingat ni siapa yang tu siapa...maklum la adik beradik dia ramai...memang berasal dari keluarga wrestler pulak tu...ipar duai pun semua wrestler...macam Dynamite Kid dan Davey Boy Smith (The British Bulldog) tu semua kan...kena catit dia punya family tree kot...baru senang nak baca...kalau tak asik la nak selak belakang balik...ni dia cerita pasal sapa ni...

Tapi bila masuk bab dia kat WWF...memang syoknya la aku baca...pasal banyak kisah2 dan nama2 wrestler zaman2 80an yang disebut tu semuanya aku familiar...yang bestnya lepas baca buku ni...perspektif ko kepada sesetengah wrestler konpem akan berubah...contohnya bagi aku sendiri la...dulu aku kagum ngan Ultimate Warrior...lepas baca buku ni...baru la tau perangai dia sebenarnya...hilang dah respek aku kat dia...sorang lagi adalah Shawn Michaels...takper la...untuk tak bias...aku ada buku Shawn Micheals...nanti boleh aku banding dia punya side of story pulak..terutama kisah Montreal Screwjob tu...

Apa yang menarik pasal buku ni bagi aku...ianya bukan sahaja menceritakan kisah2 hidup Bret di dalam dan di luar dunia wrestling...perlawanan2 menarik dia...tapi jugak hal2 disebalik tabir...terutamanya didalam WWF...hal2 backstage punya politik...paling syok baca pasal gaduh2 dia ngan Shawn Micheals dan towkey WWF Vince McMahon...

Tapi yang paling sedih bila bab dia cerita pasal kematian adik dia Owen Hart...serius sedis beb bila baca part ni...rasanya lepas kes Owen ni la hidup dia jadi down...kena tipu kes montreal screwjob...bergaduh adik beradik...kematian bapaknya...bercerai dan akhirnya kena stroke...sedih beb...

Apa2 pun buku ni sememangnya bertepatan ngan slogan yang dia selalu pakai..."the best there is, the best there was, and maybe the best there ever will be"...tapi korang mesti tau sikit2 background pasal wrestling la untuk enjoy baca buku ni...

Buku ni ada jual kat MPH...kalau ada duit lebih....masa lebih...ko pulak minat gusti....memang aku rekomen la buku ni...best!



next...nak start baca buku Biff Byford (Saxon)la pulak...ni ntah bilanya pulak nak abis ntah...

Thursday, May 5, 2011

Ke wembley....lagi.


MAN UNITED 4

VALENCIA (26), GIBSON (31), ANDERSON (72, 76)
SCHALKE 1
JURADO (35)

4 MAY 2011, OLD TRAFFORD
Champions League Semi Final 2nd leg
(AGGREGATE - MAN UTD 6 SCHALKE 1)





Kali ke 3 dalam tempoh 4 tahun kita kita ke final Champions League...ini memang bukan nasib...ini tandanya kelab terbilang...heheh...riak utdwi...

Tak sangka pulak SAF letak 2nd string pun boleh menang besar...tambah2 pulak final tahun ni main kat Wembley...memang ada nostagianya...semoga memori The Busby Babes 1968 berulang kembali...

Tak kisah la Barcelona ker sapa...aku personally harap jumpa Real Madrid kat final...bukan pasal takut Barcelona ker apa...tapi faktor Cristiano Ronaldo....tapi tak kisah la...Bring on Barcelona...jangan harap final 2009 akan berulang...once bitten twice shy la kan...

cakap banyak tak guna...kita jumpa kat wembey jer arr 28hb ni...


UNITED! UNITED! UNITED !



Tuesday, May 3, 2011

Still Of The Night

seminggu dah tak update...bz + malas....

Entri >NI< punya pasal....tetiba rasa nak layan lagu2 John Sykes...

Still of the night adalah antara lagu yang jadi all time favourite aku...banyak kali dah dengar versi live tak kira la Adrian Vandenberg,Vivian Campbell,Steve Vai,Doug Aldrich,Reb Beach tapi nothing beats the original...ni versi John Sykes memang terbaek la...tambah2 pulak dia yang menyanyi...kekadang rasa lebih best dari David Coverdale...tak caya???...cer layan..





Aku rasa versi ni lebih best dari versi cd bad boy live in Japan 2005 dulu tu...sayang tak jumpa pulak versi audio...dan sampai sekarang aku masih gagal bila try bid cd Blue Murder kat ebay...iskh..