Friday, February 24, 2012

Attack the Gas Station!

Lagi cerita Kpop yang baru aku tengok..



Attack the Gas Station! (1999)


Tertarik nak nengok cerita ni pasal tajuknya tu...dan terbaca pulak yang  ianya termasuk dalam list antara filem2 terbaik dari Korea Selatan...search kat youtube terjumpa pulak...lagi bagus...tak susah2 nak kena sedut...

Dari pengooglelan (ada ker ayat camni...)...cerita ni memang box office kat Korea Selatan...kutipan tiket ke 2 tertinggi untuk tahun 1999...antara filem2 penting dalam apa yang dipanggil sebagai 'South Korean New Wave Films'...zaman2 dimana bermulanya era kebangkitan filem2 & drama2 dari Korea Selatan....Hong Kong pun tergugat...

Filem yang feelnya ala2 "Go" atau "Lock, Stock, and Two Smoking Barrels" ni memang sempoi...kisah pasal 4 orang penyangak yang mencuri di  stesen minyak secara suka2...setelah mencuri sehari sebelumnya...dorang datang lagi untuk mencuri di stesen minyak yang sama...oleh kerana gagal untuk mendapatkan wang (ditipu tuan punya stesen minyak kononnya duit jualan telah di ambil oleh isterinya)...dorang menjadikan tuan punya dan 3 orang pekerja stesen minyak tersebut sebagai tebusan...disini lah bermulanya kisah satu malam yang menarik ni...nak tau lebih lanjut...tengok la sendiri...malas aku nak menaip sipnosisnya...hahaha...

memang best la...lawak pun lawak...kekadang kita tak terpikir pun benda yang simple pun boleh jadi sebuah filem yang best...bila la pengiat filem Malaysia nak buat cerita2 camni...tapi rasanya kalau pengarah filem Malaysia buat pun...boleh box office ker?...ni bukan lawak ala razak maidin ataupun cintan ala ombak rindu....tak kisah la...apa2 pun...cerita ni memang best...sila tengok sendiri kalau tak percaya..REKOMENDED!




3 comments:

  1. baru ni aku layan dalam astro 131 cerita korea pasal murder, investigation, apa ntah tajuknya. yg wife dia suspect bunuh abang samseng tuh. memang plot best gila, dan elemen surprise (ala deko bersama eric) memang lagi best dari cerita Sixth Sense..

    memang layan (atau adakah aku semakin tua seperti en. berteromber?)

    ReplyDelete
  2. Hafiz...ker ko layan astro 393...Running Man...hahahaha...

    Portdy...lum...nak tengok la ni...

    ReplyDelete