Tuesday, February 14, 2012

Sejuta Wajah

Lagi pasal album yang patut entrinya aku publish tahun lepas



Sweet Charity - Sejuta Wajah (1981)

Diam tak diam...dah 31 tahun rupanya....album ni memang buat aku terkenang zaman budak2...apa yang aku ingat...masa tu aku 10 tahun...zaman baru nak berjinak2 ngan muzik...tapi ianya bukanlah satu priority...mandi paya dan menyauk ikan adalah aktiviti yang lebih menyeronokkan...dan inilah jugak tahun2 yang aku mula kenal gitar...

Sejuta Wajah adalah pengenalan rock melayu yang ke 2 bagi aku selepas Pelarian....walaupun impaknya tak lah besar macam selepas aku dengar Cinta Buatan Malaysia...tapi di sini lah bermulanya aku pandai sebut rock...conteng buku dan beg sekolah dengan perkataan rock...curi2 pinjam gitar kapok abang aku time dia takder...pengaruh Sweet Charity pada budak2 melayu zaman tu memang besar....terutama belah2 Jb yang selalu follow radio Singapura...dan ketika ini jugak lah budak2 remaja yang lebih tua kat kawasan aku sibuk belajo gitar...buat band nak jadi rocker...dapat main kat majlis kawin pun dah kira hebat tu....so tak hairan la kenapa zaman2 penghujung 70an awal 80an memang berlambak2 band rock dari Johor...

tapi aku masa tu lum lagi terpengaruh sepenuhnya ngan bendalah lagha ni...Maklum la Sejuta Wajah ni bukanlah sebuah album heavy rock pun...malah lagu dorang yang popular masa tu macam Jangan Tunggu Lama Lama tu tak rock mana pun...sama jer macam ko dengo Carefree atau pun Black Dog Bone...tapi tu jam aku lebih layan Sudirman dan Alleycats (bapak aku ada beli kaset2 ni)...cumanya aku cukup tertarik ngan kaver album ni dan Pelarian...nengok kaver 2 album ni pun dah cukup buat aku kata ini lah rock....

Di bandingkan ngan Pelarian...aku lebih suka Sejuta Wajah...semua lagunya best...sound pun raw...album ni sedikit rojak...ada yang heavy...yang slow...yang psychedelic...yang bunyi2 kemelayuan dan dangdut pun ada....zaman ni elemen dandgut mesti ada...korang pernah dengo Kingdom In Rock...tu lagi dasat dangdutnya...heheh...

1-Sejuta Wajah (A Husaini Ajmain)
lagu slow yang menarik...sambungan lagu kamelia dari album Pelarian...bunyi keyboard kat permulaan tu sedap...mengingatkan aku pada gaya Ken Hensley (Uriah Heep)...lagu wajib tau kalau korang pandai main gitar zaman tu...cuma yang aku tak taunya...rupanya solo kat lagu ni ciplak dari lagu UFO "Belladonna"....1st time dengo lagu "Belladonna" (beberapa tahun selepas dengo Sejuta Wajah) aku macam cam solo Michael Schenker tu...rupanya kat lagu ni...zaman 80an memang copy mengcopy ni perkara biasa kot...mungkin zaman tu tak semua orang berpeluang dengo lagu omputeh...so kalau copy pun orang tak perasan sangat...agaknya la....

2-Jalan Malam (A Husaini Ajmain)
Mungkin lagu ni ada influence dari Santana...atau maybe rockdangdut indon zaman 70an...tapi yang nyatanya ada bunyi macam reggae...tapi bila betul2 dengo macam keronchong pun yer jugak...lirik jenis humour memang trend Sweet Charity ketika itu kot...cekidot lagu macam Bulat Bulat...lagu fav kawan aku kat sekolah rendah...suka betul dia nyanyi part..."raba...raba...nanti masuk longkang..."

3-Asmara (A Husaini Ajmain)
Satu lagi lagu slow...antara lagu yang paling aku suka dari album ni...ada orang kata macam Rod Steward...tapi pada aku macam Styx...atau mungkin pasal keyboardnya tu macam Uriah Heep...band2 rock  melayu zaman dulu memang banyak pengaruh Uriah Heep...try Ella & The Boy (1st album) dan aku pernah baca Man Kidal main keyboard pun pasal nak main lagu Uriah Heep...ni pun solonya macam aku pernah dengar...tapi tak boleh recall kat mana...tapi tak kisah la...lagu ni memang sedap...best.

4-Raja Kumbang (copyright controlled)
satu lagi kemestian band2 zaman 70an awal 80an...mesti ada lagu cover version...ni lagu asal nyanyian Achmad Albar (God Bless)...tapi dianya versi dangdut...Sweet Charity menge"rock"kan lagu ni...sama kes macam "Kamelia"...sekali lagi keyboard ala2 Ken Hesley kat permulaan lagu...syok gak layan dangdut rock ni

5-Cinta Pura Pura (A Husaini Ajmain)
Sebuah lagu jenis up tempo ballad...lagu yang Rosli Mohalim tunjuk skill...banyak solo gitar kat lagu ni...tapi lagu yang paling kurang aku suka dari album ni..

cd rilisan semula ni kalau ada maklumat pasal pembikinan album ni sebenarnya lebih menarik...sayangnya benda2 camgini tak akan berlaku dalam industri muzik Malaysia...sykt rakaman lebih pada nak RM...bukannya warisan sejarah muzik tu sendiri...


6-Hilang Gelap Terbitlah Terang (Copyright Controlled)
Satu lagu yang agak popular jugak dari album ni...lagu slow...ni pun cover version...tak sure dari sapa...mungkin indon...tapi yang pastinya intro dia tu pun ciplak jugak...pernah dengar lagu "A Little Help from My Friends - Beatles"...tapi yang versi Joe Cocker punya..."With A Little Help From My Friends"....tapi ciplak pun ciplak la...lagu ni memang sedap...antara favourite aku...karaoke pun best ni...heheh..

7-Jangan Lama Lama (Munif/Yadid & Lahki)
lagu ni cukup popular dulu2 kat radio Singapura...dan lagi popular kat majlis2 kerja kawin...dan tak lupa jugak untuk membahan kawan2 yang lambat kawin....heheh...
satu lagi lagu dangdut rock...ada yang kata ni pun lagu asal dari Achmad Albar dan God Bless...tapi tak sure pulak aku...tapi kalau dari segi ala2 dangdutnya tu...mungkin betul kot...

8-Di Tahun 2000 (Sweet Charity/S Milda)
Salah satu dari 2 lagu ciptaan Sweet Charity...so tak hairan lah jika ini lagu yang paling heavy dari album ni...lain2nya majoriti ciptaan A. Husaini Ajmain...sapa dia ni aku pun tak sure...tapi dialah penerbit album ni...dan nama dia selalu aku terjumpa pada lagu2 zaman 70an ...Othman Hamzah contohnya...dan kalau aku tak silap penyanyi Singapura Imran Ajmain tu adalah anaknya...kira dia macam M.Nasir bagi Search la...
Yang menariknya...masa dulu2 time dengo lagu ni terbayang macam mana la yer keadaan masa tahun 2000 nanti...tapi pejam celik pejam celik dah 2012 pun sekarang....cepatnya masa berlalu....
TAPI...satu yang aku nak cakap...lagu ni pun ada bab ciplaknya...cuma dengo lagu Whitesnake - Medicine Man...ada part riff dan solo dia memang sebijik....heheh...

9-Sharifah Aloya (S Milda)
Macam yang aku cakap...album ni memang rojak...lagu arab padang pasir pun ada...tapi sedap la pulak...ni pun dulu selalu radio singapura bukak...bapak aku suka lagu ni...heheh...tapi jangan tak caya...ni pun ada part yang ciplak...tak caya try cari Rainbow lagu Danger Zone...cekidot riff dan solonya....
btw...S Milda ni satu lagi nama yang dulu2 selalu aku jumpa kat lagu2 era 70an dan awal 80an...sapa dia ni...laki2 ker pompuan memang aku tak tau...sayangnya sejarah muzik melayu ni memang takder sapa yang rajin nak  mendokumenkan sejarahnya....

10-Sentosa (Sweet Charity)
lagu rancak pasal Pulau Sentosa...tapi yang aku nak cerita...lagu ni pun ciplak...try dengar Rush - The Spirit Of Radio...intro dia memang sebijik....walaupun banyak orang kutuk bab ciplak ni...takder originality...tapi pada aku takder hal...takat cedok sikit2 pastu adjust kekadang jadi lebih best dari versi asal (contoh solo kat Debunga Wangi lebih kena dari Prodigal Son)...kira menarik dan kreatif jugak la...bukannya cedok satu lagu kan...kalau satu lagu...tapi lepas tu tak mengaku...tu memang patut kena kutuk..tapi ramai jugak yang cedok sikit2 ni pun tak nak mengaku...lalasannya kebetulan...heheh

Apa2 pun aku memang respek Sweet Charity...dorang memang legend...dan Sejuta Wajah adalah album dorang yang paling aku suka...tambah2 gambo kaver dia tu...kalau kat kaset macam betul2 je kaset tu retak...lama aku duk menatap kaver dia tu masa bebudak dulu...

apa2 pun ni bab ciplak mengciplak ni hanya pandangan peribadi aku ajer...kalau silap harap ampun...aku ada mesej FB Rosli Mohalim masa nak buat entri ni...banyak jugak kemusykilan pasal album ni aku tanya...dia ada jawap...tapi sayangnya dia akan hanya jawap semua soalan2 aku tu satu hari nanti...tunggu bila2 dia free....so nak buat camner...kita tunggu jer la...kalau ada jawapan selanjutnya dari dia...aku akan buat entri nanti...apa2 hal terimakasih abang Rosli Mohalim...





15 comments:

  1. lagu tahun 2000 mmg keras, lg klu dgr versi a-live

    tp klu dihayati lirik2nya masih lagi reliable smpi bila2, bkn stakat mati smpi tahun 2000 je

    ReplyDelete
  2. sweet charity live banyak pakai lagu album ni..

    ReplyDelete
  3. "jangan tunggu lama-lama" paling syok. haha!
    "tahun 2000" menjadikan sweet charity sangat advance dan perpandangan jauh!

    ya, memang album rock melayu rojak mee kuah lebih! apapun yang paling penting, ia sangat menghiburkan. kena tul dengan tekak orang melayu. encik rosli jadi makin hebat sebagai gitar hero melayu!

    tesengeh2 bila dengar album ni.

    sila ke daviantart gua kalo nak tengok karikatur mr.dave murray yang gua tampal. tq

    ReplyDelete
  4. Lagu ASMARA.

    ada satu drama mengisahkan Rahim Razali jadi cikgu kolej private kot,guna lagu Asmara sebagai opening drama .

    aku pun tak dapat follow drama ni, tapi dari situ le aku baru perasan Asmara ni sebuah ballad yang sedap juga.

    harap satu hari nanti ada seseorang yang akan kupas sejarah muzik melayu malaysia-singapura ni, siapa a Husaini ajmain, siapa Hartina ahmad, siapa Bakri Johari.


    apa pun album ni best,
    Inlay dia sekeping jek eh bro?

    ReplyDelete
  5. kalo x silap saya, dulu ada keluarkan kan VCD Konsert "Sejuta Wajah" Sweet Charity? aku pun tak ingat tahun bila tapi masa tu bapak aku memang kipas-susah-mati (die hard fan) gak la dengan Papa Rock kita ni (Ramli Sarip), takat kaset Sweet Charity, malas la aku nak kira berapa banyak dalam stor dia tu...sekarang dah byk dibuang sbb mak aku piker benda tu menyemak ajer..sighhh....huhuhu

    ReplyDelete
  6. album ni memang sengaja dirojakkan sebab Sc nak muzik dorang didengar oleh semua lapisan umur, lgpun dorang mmg asal band kenduri kahwin, masa temubual (borak2 sebenarnya) ngan Ramli Sarip album ni nak tonjolkan kreativiti & rock itu tak semestinya keras. Dari segi lagu yang menarik Sejuta Wajah is the best.

    ReplyDelete
  7. baru tau solo sejuta wajah tu ciplak lagu UFO.

    ReplyDelete
  8. kena beli juga album ni,sebab smua lagu2 terbaik sweet charity datang dari album ni rupanya

    ReplyDelete
  9. Portdy...inlay memang buat sakit ati..

    ReplyDelete
  10. Salam.Lagu Di Tahun 2000 riff yg lepas lagu Medicine man tu adalah dari kumpulan Kansas,sama macam intro lagu Manusia dan abc,pon kansas jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for info...Kurang dengar Kansas...tu yang tak berapa familiar :)

      Delete
  11. sejuta wajah dan asmara. lagu original frim indonesia. Nyanyian Sylvia Saartje. Opera Dosa dan Balada Gadis Tua

    ReplyDelete
  12. Ada satu lagu mmg copyright satu lagu Deep Purple - flight of the rat.

    ReplyDelete
  13. Penunggu - riff dia Sign of the southern cross - Black Sabbath

    ReplyDelete