Monday, July 30, 2012

Masjid Sultan Ibrahim. Muar

Ini adalah Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar ni...masjid yang mula digunakan secara rasminya pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930....masjid lama...
Masjid ni terletak betul2 kat tepi sungai Muar...kalau gi Tanjung Emas kompem lalu sini...



Memang dah lama betul aku teringin nak nyingah kat masjid ni...sejak dari kecik setiap kali ke bando Muo...terutamanya kalau gi Tanjung memang lalu jer la depan masjid ni....mungkin di sebabkan lokasi kampung aku yang dekat ngan bando (Kg Parit Bunga)...lebih kurang 4-5 km jer menyeberang Sg Muo...urusan solat biasanya di buat kat kampung ajer....kalau kena hari jumaat pun solat kat Masjid Jamek Parit Bunga ajer....terkenang memori kanak2 aku semasa arwah atuk aku menjadi bilal di masjid tersebut....setiap kali balik kampung kalau kena hari jumaat seawal pukul 10-11 pagi lagi dah gi masjid tolong atuk bersihkan masjid dan bentang tikar...ok tu  cerita lain....mungkin lain kali boleh cerita....

akhirnya dapat jugak aku jejak kaki kat sini...so layan jer la gambo2 yang sempat aku ambik...



yang gambo kiri adalah view dari parking kereta belah kiri masjid....manakala yang kanan view dari belakang masjid yang mengadap sungai...


lagi view dari belah belakang masjid...


keadaan di dalam masjid...manakala belah kanan tu ruang ambik wuduk...


Selain Masjid Jamek Bandar Mersing yang boleh nampak pemandangan laut...Masjid ni pun menarik gak viewnya....belah belakang boleh nengok Sg Muar...ramai gak orang lepak2 kat sini terutamanya yang kaki pancing...


Kalau tengok di seberang sana sungai...boleh nampak tersergam indah masjid Sultan Ismail...ia jugak dikenali sebagai Masjid Jamek 2...yang menariknya masjid Sultan Ismail ni adalah replika kepada masjid Sultan Ibrahim...rekabentuknya memang sama...cuma ianya lebih beso...maklum la ianya masjid baru...dibina pada tahun 2002...



ok tu ajer...raya tahun ni balik Muo...kalau sempat mungkin boleh cerita pasal Muo lagi...pasal makan2 ker...mee bandung...sate...asam pedas....iskh...puasa la...






Friday, July 27, 2012

Edward The Great

lagi memori album best of...kali ni yang 10 tahun...



Iron Maiden - Edward The Great (2002)

Walaupun aku sememangnya peminat Iron Maiden...aku ada kesemua album2 studio mereka...tapi masih tak cukup tegar untuk membeli apa sahaja rilisan mereka yang lainnya...contohnya macam album best of atau pun live...tapi kalau aku dah kaya raya mungkin jugak kot...heheh...

Tapi kalau nak banding dengan live album...ada jugak yang aku beli...tapi untuk cd best of ni cuma Edward The Great ni jer la satu2nya yang aku ada...tu pun dalam setahun dua lepas terjumpa kat mudah.com dengan harga cuma RM20....

Secara perbadinya bagi aku album2 best of ni lebih kepada untuk peminat baru...casual fan...ataupun disebabkan ada lagu2 yang ko takder...tu sebab banyak cd best of ada unreleased track...tujuannya untuk menarik peminat tegar membelinya...tapi Edward The Great memang takder apa...semua lagu pun aku dah ada...memang tak rasa berbaloi pun nak beli...mungkin ini satu cara syarikat rakaman nak cari duit...apa yang aku baca memang Steve Harris cakap ni album untuk peminat baru...kalau yang tegar dia suh beli  Eddie's Archive box set...yang tu memang sangat mengiurkan tapi apakan daya tangan aku tak sampai...




Dari segi pilihan lagu pun banyak lagu best takder...no "Aces High"??...no "Hallowed Be Thy Name"???...lagu2 zaman D'Anno langsung takder????...packagingnya pun biasa2 ajer...takder la gambo2 rare pun...rasanya cd ni memang betul2 sesuai untuk orang2 yang baru nak belajo dengo Maiden...untuk yang lainnya...baik cari "Best Of The Beast" atau "The Essential Iron Maiden"...tak pun cari jer "Ed Hunter"...




Wednesday, July 25, 2012

F.N.G

lagi memori cd best of yang dah 20 tahun...



Suicidal Tendencies - F.N.G (1992)

Kalau sebut nama Suicidal Tendencies rasanya ramai yang jugak yang tau...maklum la ni adalah band awal Robert Trujillo...sama kes macam Floatsam & Jetsam yang sering dikaitkan bila cerita pasal Jason Newsted...tapi macamaner bunyi muziknya rasanya ramai jugak yang tak tau...

Seingat aku pada tahun 1993...kedai2 kaset kat Malaysia boleh dapat 2 album kompilasi Suicidal Tendencies ni...yang satu lagi adalah Still Cyco After All These Years...walaupun secara teknikalnya Still Cyco lebih merupakan rakaman semula album pertama mereka di tambah beberapa lagu dari album Join The  Army dan 1 lagu B-side menjadikan ianya layak dipanggil album kompilasi...



Pada ketika itu aku memilih untuk membeli Still Cyco kerana nak dengar versi guitar Rocky George...pasal aku memang minat solo2 dia (dia hanya join ST masa album ke 2 )...tambahan pulak abang aku ada beli kaset FNG ni...so aku pinjam dia punya ajer...

Beberapa tahun lepas tu bila terjumpa versi cd ni baru lah aku beli...bagi aku ianya pembelian yang berbaloi...terutamanya jika anda meminati ST semasa zaman hardcore punknya....untuk peminat Metallica...harap maklum Robert Trujillo tak main masa zaman hardcore ni...dia masuk tahun 1989...zaman ST dah mula condong ke arah thrash dan metal...

Cd ni mengandungi lagu2 dari 3 album terawal ST (Suicidal Tendencies, Join The Army dan How Will I Laugh Tomorrow When I Can't Even Smile Today)...7 lagu terbaik dari setiap album ditambah satu lagu bonus...memang berbaloi2...kita boleh dengar sedikit perbezaan antara album pertama dan 2 album berikutnya...album pertama adalah bercirikan hardcore punk...manakala kemasukan Rocky George mengubah hala ST lebih kepada metal untuk 2 album berikutnya...dan aku pernah terbaca review Joe Kid kat Aedes (lupa bilangan keberapa) yang cakap ST dah belot dari hardcore punk...album ke 2 Join The Army dah banyak solo2 gitar panjang yang lebih bercirikan metal....walaupun Joe Kid tak suka...tapi aku yang minat metal tersangatlah suka...terutama solo2 Rocky George tu...memang sedap...



Dulunya aku beli cd ni pasal 2 lagu...pertamanya "Institutionalized" ...lagu yang 1st time aku dengar kat siri tv popular 80an 21 Jump Streets yang Johny Depp berlakon tu...zaman muda belia...zaman rebel...dengar lagu ni memang sangat memberangsangkan....dan ke duanya lagu "How Will I Laugh Tomorrow"....lagu yang macam slow tapi tak slow...adik pompuan aku yang tak rock pun boleh suka lagu ni...dan sampai sekarang ianya jadi salah satu all time favourite aku...

Sebenonya banyak lagi lagu2 best...memang sedap layan mata driving long distance sambil mendengar cd ni...kalau anda peminat hardcore punk dengan sentuhan metal...inilah cd yang patut anda cari


Monday, July 23, 2012

100 tahun Masjid Pasir Pelangi

Ok...ni entri sempena bulan ramadhan...



Aku tak tinggal di kawasan sekitar Pasir Pelangi...ni kawasan kerabat...orang dari luar Johor sila google sendiri...tapi kali ni aku nak cerita pasal sebuah buku pada aku yang sangat menarik...buku yang diterbitkan bersempena ngan 100 tahun penubuhan Masjid Pasir Pelangi yang disambut tahun lalu...

Bagi seorang peminat sejarah macam aku...buku2 macam ni memang aku suka...di dalamnya bukan hanya cerita pasal sejarah Masjid Pasir Pelangi...tapi kedatangan Islam di Johor...masjid2 dan ulama2 awalnya dan sedikit sejarah pasal Johor Bahru...dan paling aku suka bila disertakan gambo2 lama yang maha klasik....

aku tampalkan sikit2 la petikan dari buku tu...kira macam promosi la...banyak2 kang aku kena saman pulak publish tanpa kebenaran penerbitnya..





inilah rupanya Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru

Aku tak tau kat mana nak beli buku ni...aku tengok kat MPH ataupun Popular tak nampak pun...mungkin kena beli direct ngan penerbitnya Jabatan Agama Islam Johor...buku ni pun bukan aku punya....member opis dapat hadiah....so kalau anda peminat sejarah...sejarah Islam terutamanya...terjumpa buku ni kat mana2...rekomended untuk dibeli....



Friday, July 20, 2012

@ Kg Tg Langsat


Blog ni jarang2 cerita pasal makan…tapi dah dekat nak puasa punya hal…jom jalan2 cari makan…



Lokasi kali ini adalah Kg Tanjung Langsat…sila google sendiri kat mana tempat ni...lokasinya dekat tapi jauh ngan Singapore...memang jelas dan nyata boleh nampak logo kapalterbang yang nak berlepas/mendarat kat Changi Airport...

Senang cerita Tg Langsat ni dalam kawasan Pasir Gudang...Highway Pasir Gudang tu kalau jalan terus sampai hujung...jumpa simpang 3...belok kiri...masuk kampung...terus nanti nampak signboard kecik "KE PENGKALAN PANTAI"...belok kanan...sampai la tempat ni...berhadapan ngan gelangang futsal...iyernya kawasan tepi laut...atau lebih tepatnya selat kot...ok...abis cerita pasal lokasinya...pakai jer gps ataupun malu bertanya sesat jalan...

Tapi yang utamanya...Kg ni ada satu tempat makan yang terkenal ngan Mee Bandung Udang...memang sedap...udangnya pun beso2...


selain tu sedap jugak kalau pekena ketam masak black pepper...tapi tu hari masa pegi sini kita orang makan ketam masak sambal...ni pun sedap sehingga menjilat jari....

selamat menjamu mata....nanti bulan posa nengok ni memang terliur...heheh...

anak sedara aku bersama ketam2 yang telah menjadi mangsa...


"SELAMAT BERPUASA"



Tuesday, July 17, 2012

Thank you for the music...

Pagi tadi dalam perjalanan gi kerja...aku dengar berita radio yang Jon Lord dah meninggal dunia....satu demi satu hero2 rock zaman budak2 aku dah takder...sedangkan aku pun dah semakin tua...iskh....apatah lagi mereka...



Keyboards, organ, piano, synthesizer bukanlah benda yang sinonim ngan rock atau metal...terutamanya time 80an aku budak2 dulu...tak rock la guna keyboard kan...yang utama mesti gitar...gitar dan gitar...tapi ada beberapa individu yang bagi aku cukup rock walaupun main keyboard.....mereka2 yang mengubah persepsi aku pasal keyboard adalah Ken Hensley (Uriah Heep)...Jens Johansson (Malmsteen) dan sudah tentu tentunya Jon Lord....tak kisah la zaman Deep Purple ker Whitesnake ker....mendiang memang hebat...malah dia jugak seorang komposer yang sangat berbakat...

banyak sangat lagu2 dia yang best...tak tau mana satu aku nak pilih untuk tribute....mungkin lagu project band WhoCares sesuai kot...pasal ini adalah antara rakaman terakhir beliau....tambah2 pulak semuanya yang terlibat memang star2 belaka...


Tony Iommi – Guitars (Black Sabbath)
Ian Gillan – Vocals (Deep Purple, Black Sabbath)
Jason Newsted – Bass (Metallica, Voivoid, Flotsam & Jetsam)
Niko McBrain – Drums (Iron Maiden)
Jon Lord – Keyboards (Deep Purple)
Linde Linstrom – Guitars (HIM)





Jonathan Douglas Lord
9 June 1941 – 16 July 2012

Thank you for the music




Monday, July 16, 2012

Diamonds: Best Of Dio

lagi memori koleksi best of yang dah 20 tahun usianya



Dio - Diamonds: Best Of Dio (1992)

Dio ni tak yah diperkenalkan lagi la...kalau tak kenal konpem anda sesat dan terbaca blog yang salah....

Cd ni adalah cd Dio pertama aku...beli di Tower Records KL Plaza sekitar tahun 1997 kot kalau aku tak silap...walaupun aku peminat Dio...masa tu memang jenuh nak cari cd setiap album2nya...susah nak jumpa...kat Tower Records pun takder...jumpa yang best of pun kira dah suka sangat dah...




tapi pada aku senarai lagu2nya tetap tak leh celen versi best of apache ni...terutamanya pasal adanya lagu macam King Of Rock N Roll, Sacred Heart dan Hungry For Heaven....macam aku cakap kat entri Twisted Sister yang lalu...orang yang di belakang kaset apache ni memang rock!!!

Tak yah tulis panjang2 la...sapa yang kata dia rock konpem dah tau pasal lagu2 mendiang Dio...tambah pulak lagu2 zaman kegemilangan dia bersama Vivian Campbell...cumanya Dio ni ada beberapa keluaran cd best of....pada aku yang menarikya Diamonds ni pasal adanya lagu "Hide In The Rainbow"...lagu soundtrack filem Iron Eagle...filemya memang tak best...tapi lagu ni memang sangat best...rasanya tak jumpa kat mana2 rilisan Dio yang lain...cd "The Very Beast Of Dio" pun takder lagu ni....tak tau la kot lepas dia mati ni ada kompilasi2 lain yang ada lagu ni...aku dah tak follow dah kalau ada cd2 best of yang lain...



Kalau pendengar casual Dio...atau yang baru nak kenal muzik Dio...mungkin patut beli "The Very Beast Of Dio"....pasal ada banyak lagu....tapi kalau untuk die hard...cd ni wajib ada semata2 pasal "Hide In The Rainbow"...


Friday, July 13, 2012

@ Dataran Tanjung Emas

Aku selalu gi Muar...maklum la mak bapak aku asal Muo...atuk aku pun masih tinggal kat Muo...aku pun lahir kat Muo...kat Kg Pantai Layang, Sg Mati (kampung belah abah)...sekampung sebenonya ngan MB Ghani Othman...tapi aku tak dibesokan kat sini...aku dibesokan kat JB...tapi setiap tahun memang tak pernah miss balik ke sini...(citer pasal Muo kena cakap cara Muo :P)

Kali ni edisi Sudah Sampai Sini akan ke sini



dah tak terkira berapa kali ke sini...selalunya pasal nak makan asam pedas atau mee bandung di medan seleranya...tapi tak pernah teringat nak ambik gambo...ntah naper tetiba kali ni terajin la pulak...so layan jer la gambo2 ni...(sorry...takder gambo makan2...masa makan terlupa nak ambik...banyak sangat makan kepala ikan agaknya...heheh...)

Tempat ni memang salah satu tarikan bando Muo atau bando maharani...bando diraja bagi Johor...ianya terletak di muara Sg Muo...kira macam taman rekreasi la...kat tebing sungai siap ada laluan pejalan kaki dan boleh lepak2 sambil boleh cuci mata nengok awek Muo Sg Muo...



Terdapat jugak perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar ni...dipanggil Muar River Cruise (ntah pesal kalau benda2 cengini mesti nak guna bahasa omputeh ek...) aku tak pernah naik...dengo cerita perjalanannya ambik masa lebih kurang 45 minit....dari Dataran Tg Emas ni menyusur Sg Muo sampai ke Sabak Aur (Sabak Aur ni pun ada tempat makan sedap...ikan bako...ni pun aku lupa nak ambik gambo...iskh...)...





ni kot botnya...maklum la aku tak pernah naik...bangunan yg seberang sungai tu adalah Masjid  Sultan Ismail...masjid jamek ke2 Muo...

bebudak Muo pun dah pandai bershuffle...


tempat ni memang sesuai untuk bawak awek  anak2 bersantai...selain tebing sungai...ia jugak ada ala2 taman untuk bersantai...


layan gambo jer la...(semua gambo adalah menggunakan Galaxy Note...saje bagi tau untuk tujuan riak Galaxy Notiwi....heheh)

my family...

selain tu dengo kabonya Banda Muo pun akan ada Uptown...tu hari lalu kat bando memang nampak dorang tengah pasang bumbung...lain kali kalau dah siap aku ambik gambo la....

cam biasa...gambo model ni mesti ada...


Wednesday, July 11, 2012

Big Hits & Nasty Cuts

Memori 20 tahun...

Start dari entri ni aku akan try buat cerita pasal album2 best of yang diterbitkan tepat 20 tahun yang lalu...mula ngan band favourite aku ni...


Twisted Sister - Big Hits & Nasty Cuts : The Best Of (1992)

Aku adalah seorang SMF....4 tahun dulu masa aku mula berblog...antara entry terawal aku adalah pasal Twisted Sister...ketika itu aku cuma ada cd Best Of ni dan Stay Hungry...tak sangka pulak sehingga sekarang dah hampir nak complete pulak discography cd TS aku...

Cd ni adalah antara cd terawal yang aku beli zaman aku tiap2 minggu singgah ke Tower Records, KL Plaza akhir 90an dulu....manakala kasetnya pulak aku beli di Muzika Plaza Kotaraya, JB tahun 1993....zaman tu zaman susah nak cari full album...so dapat yang best of kira dah best la...



Pada sapa2 yang baru nak dengar Twisted Sister....cd ni memang kira dah cukup bagus la...semua lagu popular dorang ada...tapi bagi peminat tegar cam aku...cd ni tak complete pun...banyak lagi lagu best takder...terutama lagu dari album Come Out And Play dan Love Is For Suckers...kekadang cam membazir jer album best of tapi letak beberapa lagu versi live...lagi baik untuk versi live buat album khas lain...

khazanah yang dah 25 tahun usianya...banyak memorinya ni...walaupun dah naik lunyai...memang tetap aku simpan...

Walaucamner pun...pada aku koleksi best of kaset Apache jugak yang terbaik...semua lagu best...cuma takder lagu2 dari Love Is For Suckers...pasal masa kaset ni diterbitkan (aku beli kalau tak silap hujung 1986 atau pun awal 1987)...album tu lum ujud lagi...

sapa la agaknya orang dibelakang Apache ni ek....kalau tengok list lagu2 yang dia pilih untuk koleksi ni...nampaknya beliau adalah orang yang memang tau pasal TS...tau pasal rock...bukan hentam keromo jer...banyak jasa tokey cetak rompak ni...kalau tak pasal kaset2 apache ni dulu...memang sampai sekarang aku layan K-POP...hahaha...



Twisted Forever!!!





Monday, July 9, 2012

Lonesome Crow

Memori 40 tahun....



Scorpions - Lonesome Crow (1972)

Jika mendengar lagu2 dari album ni tanpa melihat coverya....konpem tak akan percaya ini Scorpions...memang ianya sangat berbeza terutamanya jika anda hanya mengenali Scorpions era Still Loving You maupun Wind Of Change...

Ini adalah album pertama mereka...seperti kata Klaus Meine...album yang mereka masih tercari2 hala tuju muzik mereka...maka terhasil sebuah album bercirikan psychedelic rock dengan elemen2 jazz yang biasa boleh kita dengar dalam album2 Pink Floyd....mungkin ala2 Uriah Heep pun iyer juga...dan sedikit Black Sabbath mungkin....



Ini adalah line-up asal Scorpions...kumpulan yang ditubuhkan oleh adik beradik Schenker bersama Klaus Meine...dan dibantu oleh Lothar Heimberg (bass) dan Wolfgang Dziony (drums)...apa yang menariknya pada aku ketika rakaman album ni dibuat Michael Schenker baru jer berumur 16 tahun...tapi permainannya memang dasat...tak hairanlah selepas dari ni dia ditawarkan bermain ngan UFO...

Aku mendengar keseluruhan album di zaman penghujung 80an...biasa la...time tu susah nak cari...mana ada ebay...kat mana nak download...tapi ada diantara lagu2nya memang aku dah biasa dengar...terutamanya lagu slow "In Search of the Peace of Mind"...dulu masa awal 80an abang aku ada beli kaset pirate Best of Scorpions...dalamnya ada lagu ni...time tu pun aku dah dapat rasakan lagu ni berlainan...memang kuat feel 70annya...

Selain tu lagu yang jadi kegemaran aku dari album ni adalah "I'm Goin' Mad"...lagu yang 1st time aku dengar aku ingatkan iyernya lagu Uriah Heep...memang sebijik macam Uriah Heep...dan banyak lagi lagu2 yang macam Uriah Heep cuma yang berbezanya Uriah Heep guna keyboards....

ini adalah zaman bermisai tu rock....heheh


so...kalau nak dengar Scorpions yang agak berbeza...walaupun zaman Uli Jon Roth sekalipun...ataupun kalau anda pengemar muzik rock 70an...(PC Kokak tentu suka..) album ni memang rekomended!






Thursday, July 5, 2012

Kubu Jalan Kota Tinggi - Mersing


Sesapa yang pernah lalu jalan Kota Tinggi - Mersing konpem akan jumpa bendalah ni...



iyer...ianya adalah kubu...atau orang Ulu Tiram panggil  Pill Box...

Sejak kecik lagi setiap kali melalui jalan Kota Tinggi - Mersing aku selalu tertanya2 apabendalah lah bongkah batu beso kat tepi jalan ni...bapak aku cakap tu kubu perang Jepun...sebagai seorang yang suka subjek Sejarah dan dapat A subjek tersebut  dalam SRP (heheh..) benda ni memang buat aku teruja...sejak tu memang aku bertekad satu hari nanti aku nak berhenti singgah...tengok dan ambik gambo...

Akhirnya setelah berpuluh tahun...kebetulan anak aku belajo kat Mersing dan aku selalu ulang alik jalan ni...hajat tersebut akhirnya tertunai...



keadaan belah dalamnya...Orang kata tempat ni keras...banyak kejadian aneh berlaku...aku pulak sesorang masa ni...hujan renyai2 lak tu...buat2 berani jer la...heheh...

Hasil pengooglelan aku...Kubu2 atau PillBoxes ni di dirikan oleh pihak British semasa WW2 untuk menghalang kemaraan tentera Jepun dari Singapura...tapi sayangnya tak banyak info yang aku jumpa...kalau tak silap aku...kalau jalan dari arah Kota Tinggi tu terdapat 3 buah kat belah kiri dan 2 buah kat belah kanan...

Kalau tengok dekat2 boleh nampak la kesan2 tembakan...mungkin suatu masa dulu berlaku pertempuran sengit kat sini...sayangnya...benda2 sejarah ni tak mendatangkan income untuk gomen...so dorang tak pedulik pun...akhirnya kubu2 ni terbiar begitu saje...tu pun dulu aku pernah dengar ura2 yang kubu2 ni nak dirobohkan bila dorang menaik taraf jalan ni...tapi hasil tentangan kumpulan2 yang sayangkan sejarah ianya terselamat...cuma kedudukannya tu memang tak sesuai...terlalu hampir ngan jalanraya...banyak jugak dengo cerita kemalangan kat sini...



Apa2 pun pada aku sayang la benda bersejarah cengini terbiar...apa lah salahnya kalau tapak ni di wartakan sebagai tapak sejarah...buat papan tanda penerangan tentang kubu2 ni...sekurang2nya benda ni boleh jadi rujukan untuk generasi akan datang...