lagi kembali ke 20 tahun yang lalu...
Love/Hate - Wasted in America (1992)
Kali ni nak cerita pasal satu band yang aku rasa tak ramai pun orang tau...pada aku band ni adalah hidden gem bagi genre hard rock untuk penghujung 80an dan awal 90an....sayangnya dorang kurang berjaya...
1st tau pasal Love/Hate bila terbaca review pasal album pertama dorang Blackout in the Red Room...lupa baca kat mana...Metal Hammer mungkin....rating yang tinggi membuatkan aku teringin nak dengar muzik mereka...antara komen yang aku ingat dorang digelar 1st original rock band since Guns N' Roses....so memang teingin sangat la nak dengo Love/Hate ni...sayangnya zaman tu tak ujud lagi menatang download di internet maupun ebay...
Walaupun sehingga sekarang aku masih gagal nak dapatkan Blackout in the Red Room...bukannya takder kat ebay...tapi reganya tu...tak sanggup aku...tapi ntah apa nasib...aku berjaya dapat cd album ke 2 mereka Wasted In America ni ngan harga yang murah...(majoriti aku beli cd kat ebay reganya + postage adalah <RM25..kalau lebih dari tu...memang aku tak bid)...
Wasted In America adalah album ke 2 mereka....muziknya tak lari jauh dari Blackout...dan kekadang rasa ianya lebih bagus....muzik mereka senang cerita adalah hard rock seperti Guns N Roses...(suara penyanyinya Jizzy Pearl pun ada iras2 macam Axl Rose) tapi sound mereka lebih berat....di tambah pulak ngan elemen2 funk ala2 Red Hot Chilli Peppers....sayangnya kurang promosi dari syarikat rakaman atau takdernya lagu2 slow rock yang boleh jadi radio hit menyebabkan mereka kurang dikenali...lagu slow dorang pun tajuknya "Dont F*** With Me"...so camner la radio nak mainkan ye tak?...
Kalau kena dengan promosi...tak bersaing ngan grunge...aku rasa album dorang memang boleh meletup...dorang jauh lebih bagus dari band2 hair metal zaman tu Trixter contohnya....sayang sungguh...berjaya atau tidak sesuatu band tu kekadangnya memang bergantung pada nasib...
Rekomended jika anda peminat tegar Hard Rock!!!
lawa album cover
ReplyDelete