Friday, June 12, 2015

Killing Is My Business... and Business Is Good!

Yang genap 30 tahun pada hari ini (12 jun)


Megadeth - Killing Is My Business... and Business Is Good! (1985)

Ada orang kata benda yang terbaik Lars Ulrich/James Hetfield pernah buat adalah apabila dia memecat Dave Mustaine. Kalau tak pasal tu, maka tak wujudlah Megadeth. Untuk itu...terimakasih Lars/James... :P

Killing Is My Business... and Business Is Good! adalah album balas dendam Abang Mus pada Metallica. Dia nak lebih dari Metallica. Lebih laju dan lebih berat. Hasilnya lagu ciptaan beliau ketika bersama Metallica, "The Four Horsemen" menjadi lebih pantas temponya dengan tajuk "Mechanix". Tak salah kalau ada yang menganggap album ini lebih brutal dari Kill 'Em All.


Pengalaman peribadi saya mendengarnya pada kali pertama adalah pada tahun 1987. Pinjam kaset rakan sekolah. Yang bestnya pinjam saing dengan kaset Poison - Look What the Cat Dragged In. Dua-duanya saya "dubbing" guna radio kaset yang ada double deck. Zaman tu tak kisah pun layan Megadeth saing-saing dengan Poison. Tiada istilah poser. Janji bunyi distortion gitar...layan! Zaman tu orang masih panggil semua pun rock.

Siap saya lukis sendiri gambar cover "Vic Rattlehead" kat kaset dubbing tu. Sayang dah hilang untuk dijadikan bahan bukti. Tetapi pada ketika itu saya lebih sukakan "Poison - Look What the Cat Dragged In" kerana soundnya. Killing Is My Business... and Business Is Good! soundnya agak kotor, sebu dan tenggelam. Tambah pula ianya kaset dubbing.


Secara jujurnya, selepas mendengar album "Peace Sells... but Who's Buying (1986)", barulah saya kembali semula mendengar album ini. Ianya jenis grower. Salah satu album thrash atau speed metal yang terawal dalam sejarah. Lagu "Looking Down The Cross" tetap saya suka hingga kini. Masih mendengarnya sekali sekala. Lain-lain yang menarik pada saya termasuklah lagu yang menjadi title track, "Killing is my Business" serta "Skull Beneath the Skin" dan "Chosen Ones".

Yang tak bestnya cd saya adalah rilisan tahun 2009. Mana-mana cd rilisan selepas tahun 1995, tidak akan ada lagu cover "Nancy Sinatra - These Boots" kerana masalah copyright. Saya masih cuba untuk mendapatkan cd versi remastered tahun 2002. Tak kisahlah walaupun lagu "These Boots" dalam cd tersebut telah di"bleeped"kan pada lirik-lirik makian yang ditambah sesedap rasa oleh Abang Mus.

Nak cari yang ori press...memang susah la...kalau ada pun harganya memang tak mampu milik.




5 comments:

  1. okela tu dpt versi cover topeng...

    aku kalau megadave tinggal album ni, SFSOSW dan 13 je blm ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TWNAH, TSHF pun blm ada, sedih~

      Delete
    2. aku takder 13...tak cukup tegar....

      Delete
  2. Megadeth ni aku teringin sangat boxset warchest tu..susah pulak nak jumpa.haritu ada jumpa MD45 tapi vokal dia abg mus pulak yg nyanyi..

    ReplyDelete
  3. Aku cam heran sesetengah orang is like, kalau minat muzik metal dan sebagainya kira mesti condemn Poison dan seangkatan. Silap2 band2 Setan tu ngan CC Deville ke pergi disko joget sama2... Melayu2 yang sibuk nak true la, nak apa la

    ReplyDelete