Bulan puasa ni idea pun kering bila nak menulis....tambah pulak dengan letih dan mengantuk....makanya...sempena Ramadhan...layan jer la gambar masjid...
Ni masa menghantar anak sulong ke Tangkak tempohari. Macam biasa..kalau ke luar daerah memang suka menyinggah ke masjid terutamanya di tempat-tempat yang tak pernah sampai. Selain menunaikan tanggungjawap, dapat juga melihat senibina dan budaya sesuatu tempat.
Sebenarnya ini kali pertama benar-benar mengenali bandar Tangkak. Sebelumnya dulu-dulu hanya setakat lalu terutamanya bila dari Muar hendak ke Segamat ataupun sebaliknya. Takpun bila hendak ke Sagil (Gunung Ledang).
Pernah juga menyinggah untuk membeli kain. Bandar Tangkak dulunya memang terkenal sebagai 'Syurga Kain'. Sekarang jer dah tak "happening". Lengang dah. Dulu-dulu berderet bas-bas persiaran menyinggah ke sini untuk beli kain. Kedai kainnya pun dah tak sebanyak dulu.
Masjid ini kedudukannya di tengah bandar Tangkak. Tapi kalau dari jalan utama memang tak nampak. Kena masuk ke dalam di kawasan belakang Dataran Ledang Tangkak. Kali pertama pun masuk ke kawasan ini
Masuk kawasan masjid dah nak nampak senibina unik ni. Terletak di hadapan masjid. Tak pasti pula bangunan apa. Bila datang dekat terdengar pula suara orang mengaji. Rupa-rupanya ianya adalah Pusat Pengajian Al-Quran.
Hasil bertanya dengan En Google, rupa-rupanya Pusat Pengajian Al-Quran ini asalnya adalah masjid lama Tangkak. Unik betul senibinanya. Terdapat 5 bumbung besar( awning) dan 6 bumbung kecil di kubahnya berserta satu menara azan.
Memang unik, mungkin sebab itu ianya tidak dirobohkan bila masjid baru di bina di belakangnya.
cantik..
ReplyDeleteAku Tangkak tak pernah masuk cuma once in a very blue moon, kalau bas ekpress aku naik ada pesong2kan diri baru masuk Tangkak dan aku tengok je dari dalam bas
Sekali lagi kalau sampai sini roger aku ya.
ReplyDeleteCall me (call me) on the line
Call me, call me any, anytime
tajam tajam
ReplyDeletemmg unik bumbung masjid tu, nmpk cm tower dlm LOTR pn ade
ReplyDeleteunik seni bina tu.
ReplyDeleteDah lama sangat aku tak gi tangkak sampai dah ada masjib baru ni.kalo dulu masa dok segamat,kadang kalo bosan time mlm tu siap pegi tangkak semata2 nak melepak minum sebab nak hilangkan kebosanan je ngan bebdk kampung..heheh.tapi kerana hampir dekat dengan jasin,slang diorang pun banyak slang melaka
ReplyDelete