Ni entry sempena nak raya...
Fed-up dengan tempeyek kat kedai yang semuanya ada ikan bilis di atasnya. Tahun ni kami mencuba untuk membuatnya sendiri.
Tempeyek memang kuih raya kegemaran saya sejak dari kecil. Sayangnya sekarang ni cukup susah nak jumpa tempeyek seperti mana yang mak dan arwah atuk buat. Entah mengapa kebanyakan tempeyek yang di jual sekarang mesti ada ikan bilis. Memang susah nak jumpa dah tempeyek tanpa ikan bilis seperti yang saya makan di kampung atau di rumah jiran-jiran ketika beraya di zaman budak-budak dahulu. Kalau ada pun rasanya tak sama.
Mungkin resepinya sekarang sudah berubah. Tetapi tekak saya tetap mahukan tempeyek Johor asli. Mak memang tiap-tiap tahun pun masih buat. Tapi tak bolehlah nak harapkan orang tua sahaja. Generasi pelapis pun mesti pandai buat. Dengan resepi turun temurun dari mak dan 2 jam bertarung dengan kepanasan api dapur di dalam bulan puasa. Akhirnya saya dan isteri berjaya.
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tetapi setelah beberapa orang diberi cuba rasa. Semuanya bersetuju ianya seperti tempeyek asli sama seperti mak dan tuk nenek saya buat dulu. Ada pula yang nak order untuk raya. Iskh...kalau tak kenangkan kepanasan api dapur....mau tahun ni bukak tempahan tempeyek untuk raya...hehehe...
Apasal kau panggil Tempeyek?
ReplyDeleteBukan korang pun panggil rempeyek?
Tempeyek vulgar sey haha
aku dari kecik pun semua orang keliling aku panggil tempeyek....orang muar memang panggil tempeyek...lain daerah aku tak sure....aku baca kat buku/suratkabar jer yang panggil rempeyek ni...hahaha...
DeleteSegamat pun panggil tempeyek jugak..ok la tu bro napa tak terima tempahan.income tempeyek da bole buat beli book of souls triple vinyl tuuu..heheh
ReplyDeletePontian panggil tempeyek juga
ReplyDeleteBlh share resepi x ?Mak sibuk sruh sy bljr buat ni,
ReplyDelete