Friday, July 3, 2015

Theatre of Pain

Lagi yang dah 30 tahun pada 21hb Jun yang lalu.


Motley Crue - Theatre of Pain (1985)

Banyak pula album-album rock yang diedarkan pada bulan Jun. Kerana sedikit sibuk dengan kerja sejak akhir-akhir ini, asyiklah terlepas nak menulis pada hari yang sama ianya diedarkan. Banyak lagi yang tertinggal. Dah masuk bulan Julai pun. Tu belum masuk album-album yang diterbitkan sebelum Jun yang terlepas pandang.

Tapi disebabkan dah pernah bercerita perihal album ni dulu >SINI<. Senanglah sikit. Tak perlu berceloteh panjang. Baca sahajalah cerita yang pernah saya tulis 5 tahun yang lalu tu (pergh!!!...lama dah)

Perasaan saya pada Theatre of Pain tidak berubah. Tetap sama macam 5 tahun yang lalu. Yang berubahnya cuma sekarang saya telah pun memiliki pirang hitamnya (riak lpwi...hahahaha..)


Motley Crue adalah antara band yang teringin sangat nak tengok live depan mata. Sayangnya memang tak akan tercapai. Mereka akan berpecah selepas berakhirnya siri jelajah konsert The Final Tour Disember ini. Dengar ceritanya Alice Cooper yang akan diberikan penghargaan untuk membunuh karektor Motley Crue. Selepas dari itu mereka tidak akan lagi boleh beraksi di atas pentas dengan menggunakan nama Motley Crue. Siap dah buat kontrak perjanjian dah pun.


Terimakasih Motley Crue. Salah satu band yang pernah menjadi soundtrack kehidupan saya pada zaman remaja dahulu.




9 comments:

  1. perghhh riak lpwi tu...haha.. cemanalah karekter motley crue ni jap g aku google.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku kadang confused jugak antara poison ngan motley crue ni dulu..pasal imej pun nak dekat sama.pastu dulu diorang pun penah gaduh kot kalo tak silap..brett ngan tommy pasal pamela anderson eh.heheh..

    ReplyDelete
  3. hit and miss la Motley Crue ni...
    Ada lagu sedap ada lagu tak sedap

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Antara band yang syok layan video live dia.

    Tahun ni takda citer pasal lagu Ramadan Tom Angelripper ye?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. tahun 1983/84, gua terbaca kisah motley crue dengan tajuk - MOTLEY CRUE - BAND ROCK YANG MENDAHULUI ZAMAN!

    ReplyDelete
  8. tahun 1983/84, gua terbaca kisah motley crue dengan tajuk - MOTLEY CRUE - BAND ROCK YANG MENDAHULUI ZAMAN!

    ReplyDelete