Friday, July 29, 2016

Doomsday For The Deceiver

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 4hb Julai yang lalu...



Flotsam and Jetsam ~ Doomsday For The Deceiver (1986)

Album sebegini adalah kenapa saya sukakan muzik thrash. This is my cup of tea.

Kali pertama tau pasal Flotsam and Jetsam bukan kerana ini band awal Jason Newstead tetapi dari majalah Gila-Gila. Hasil dari lukisan kartunis Cik Li yang terkenal dengan kartun Manjalong. Banyak dia selit logo-logo band thrash dalam kartun dia. Tapi mendengarnya sememangnya selepas zaman Jason Newstead masuk Metallica.

Bagi saya ini adalah antara "debut" album thrash/speed metal terbaik. Mereka lebih kepada melodic thrash/speed metal dengan twin guitar solo dan harmonic solo ala-ala Iron Maiden. 2 gitaris mereka, Michael Gilbert dan Edward Carlson memang bagus. Vokalis mereka, Erik A.K jua mempunyai vokal hight pitch yang hebat. Lagu-lagunya pun sedap dan permainan muziknya kemas. Tetapi sayangnya, mereka akan selamanya hanya dikenali sebagai band awal Jason Newstead.


Nak buat macamana. Bila sebut pasal pasal Flotsam & Jetsam,kita tak boleh nak lari dari bercerita perihal Jason Newstead. Dia sememangnya watak penting dalam Flotsam And Jetsam. Selain mencipta lagu dan lirik beliau juga adalah jurucakap mereka. Tetapi yang lebih utamanya dengarkan petikan bass beliau contohnya dalam lagu "Hammerhead" ataupun solo bass beliau dalam lagu "Metalshock". Mungkin ini sebabnya kenapa beliau dipilih oleh James dan Lar. Tetapi sayangnya bakat beliau disekat ketika bersama Metallica.

Antara lagu kegemaran adalah 2 lagu epic panjang "Doomsday For The Deceiver" - 9 minit lebih dan "Metalshock" - 8 minit lebih. Selain itu Hammerhead, Iron Tears, She Took An Axe, Der Fuhrer dan instrumental Flotzilla adalah kenapa anda patut dengar album ini jika anda peminat thrash atau speed metal.

Terbaik!!!





11 comments:

  1. Pernah dengar nama diorg, tapi tak pernah layan dulu2...vokalpun suara clean tak growl, jadi takda masalah untuk aku dengar album nie...

    ReplyDelete
  2. ni pun salah satu hitlist yang tak dapat lagi.sama la dengan aku,tau pasal band ni dari majalah gila2 jugak.

    ReplyDelete
  3. Entah ke mana lah hilang kasetnye... band thrash yang underrated ni..sama cam death angel, overkill dgn testament...dulu aku minat sangat lagu i live u die dan dig me up to bury me ...

    ReplyDelete
  4. Pehhh..aku nak album ni. nti nk cri

    ReplyDelete
  5. Assalam blogger, bleh kasi email incase sy nk contact psl cd/album?

    ReplyDelete
  6. album diorang ni memang rare gitu.. lain dari yang lain bro

    ReplyDelete
  7. Baju gila-gila ada jual kat Tesco. Diaorang dapat lesen

    ReplyDelete
  8. Ada lagu epik panjang2, menarik nih..

    ReplyDelete