Wednesday, July 13, 2016

Sudah Sampai Sini : Forest City

Lama dah terperuk dalam draft...tak silap sejak dari februari...


Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa dia "Forest City" yang ada pada jersey pasukan bolasepak JDT. Ini adalah jawapannya.


Ianya adalah projek bandar baru atau lebih tepat sebuah pulau buatan yang terletak di kawasan Tanjung Pelepas berdekatan dengan jambatan kedua (2nd link) ke Singapura.


Dengan keluasan sekitar 20km persegi. Pulau yang berkonsepkan mesra alam sekitar yang penuh dengan kehijauan. Khabarnya stadium baru JDT juga akan di bina disini.


Ini adalah antara tempat tumpuan terbaru untuk warga Johor berjalan-jalan bersama keluarga. Waktu cuti agak sesak juga. Kawasan kolam untuk mandi manda (seperti gambar di atas) waktu saya pergi ni baru siap dibina. Sekarang dah di buka untuk mandi manda.


Sebenarnya gambar-gambar ini bukanlah di pulau tersebut. Pulau bebas cukai tu masih dalam proses tambak tanah. Tak pasti ntah bila akan di buka. Gambar-gambar ini adalah di kawasan Bangunan Galeri Jualan.


Ini pula adalah pantai di dalam galeri jualan tersebut.  Tak silap saya pantai ini pun adalah pantai buatan. Tapi memang cantik la.


Ianya menjadi lokasi untuk bergambar dan bersiar-siar. Nak mandi tak boleh la. Baru jalan-jalan kat gigi airnya pun dah kena jerit dengan guard bangla...


Jambatan kedua atau 2nd link ke Singapura. Memang sebelah betul lokasinya. Dekat jer nampak Singapura.


Bila siap esok, memang dekat sangat dah lokasinya dengan Singapura. Kedudukan pulaunya memang dekat benar dengan sempadan. Itu yang khabarnya ada sedikit kontroversi timbul.



Dasyat pembangunan Johor kebelakangan ni. 10..20 tahun mendatang mungkin Johor akan setanding dengan Singapura dari segi pembangunan...harapnya "orang kita" taklah pula ketinggalan....



7 comments:

  1. Hopefully ramai locals akan tinggal kat sini nanti, hopefully ramai locals akan dapat the best jobs opportunities kat projek2 kat sini terutama untuk kerja2 yang gaji power lebih sikit hopefully ramai locals mampu dari segi pendapatan untuk memeriahkan tempat ni bila siap nanti.
    hopefully locals locals tu ialah dari generasi muda dan baru lepas sekolah. Then it will be a success for future JDT.

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat ni.. Ada masa nanti, mungkin aku nak ke sana jugak suatu Hari kelak..
    Hopefully Gitu.. Hehe

    ReplyDelete
  3. Yg ni aku baru tau dari blog ni..teruk betul ketinggalan aku..maklum la jarang balik jb skang ni.heheh..

    ReplyDelete
  4. berentung org johor.. apapun info menarik...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Haha..tak tau la berapa ramai "orang kita" yang mampu beli...

      Delete
  6. mati2 aku ingatkan anjing laut dan penyu2 tu betul... bila tengok ketam, ah~ replika/arca rupanya

    ReplyDelete