Sedikit nak cerita pasal ebay. Pasal ada juga yang tanya.
Ini pengalaman saya yang menggunakan perkhidmatan ebay sejak dari tahun 2009 dengan jumlah pembelian setakat entri ini ditulis adalah sebanyak hampir 400 kali.
Antara barangan yang pernah dibeli termasuklah cd, lp, buku, basikal dan aksesorinya (kawan kirim) dan juga alatan memancing (ini pun kawan kirim)
Nak kata selamat sememangnya selamat. Kalau barang tak sampai memang tiada masalah untuk minta refund dari penjual. (tetapi mesti buat report dalam tempoh masa yang disediakan dan ianya boleh juga direct deal secara budi bicara dengan penjual. Penjual yang rating tinggi sememangnya tak akan menipu)
Sepanjang pengalaman saya cuma ada 2 kali barang tak sampai. Yang satu tu dipulangkan semula jumlah wang manakala yang satu lagi pula, penjual menggantikannya dengan cd yang baru.
Tapi nak jadi cerita, yang ganti cd tu sebulan selepas tu dua-dua cd pun sampai. Rupanya cd yang pertama tu tersesat ke negara lain. Padanlah lambat sampai. Tak tau lah nak rasa untung atau bersalah...haha...
Ini contoh tersesat ke negara lain. Ada beberapa kali juga berlaku. Entah kenapa pos ke Malaysia dah beberapa kali tersesat ke India dan Sri Lanka. Mungkin dorang ingat Malaysia ni adalah sebuah negara kat kawasan belah sana kot...
Ada juga kes beli cd lain sampainya pula cd yang lain. Tapi penjual mengantikannya dengan tanpa banyak soal. Tapi yang paling saspen terbeli cd dari Israel. 3 keping pulak tu. Tak perasan seller dari mana. Sibuk check harga dan postage murah, sampai tak perasan pula seller dari negara mana. Tawakal sahajalah ingatkan dah kira "burn" dah. Tapi tak sangka pula 3 bulan lebih selepas tu barang sampai dengan selamat. Tak kena tahan pulak dengan kastam.
Bab kastam pula, saya agak bernasib baik. Banyak juga yang dibuka dan diperiksa oleh mereka. Tetapi setakat ini memang tak pernah pula kena tahan. Mungkin cd-cd yang saya beli tak lah seganas dan sesetan mana.
Cara pembayaran pula paling mudah dan selamat adalah menggunakan pay pal. Ada masalah memang senang dapat refund. Tapi kalau nafsu tu susah nak kawal (macam saya), baiklah pay pal tu disambungkan ke debit kad. Cuma guna duit apa yang kita ada. Kalau pakai kredit kad memang sedap waktu beli...bila sampai statement baru rasa nak menangis...hahaha...
Sekarang ni agak "slow down" dalam e-bay. Matawang kita pun teruk dah. Tak larat tengok. Dulu ada seller (e-stock dari UK) yang bagi free postage. Bayangkanlah convert ke RM pun baru dalam belas-belas ringgit ajer sekeping cd. Bawah RM10 pun ada. Mana tak kemaruk tiap-tiap minggu beli. Borong habis. Mungkin selepas tu baru dorang perasan kot, harga postage lebih mahal dari harga cd yang dia jual. Lepas tu terus stop. Tukar nama company baru tapi dah tiada lagi pos percuma. Tapi masih murah lah dia charge GBP1.50 untuk pos.
Tetapi antara pengalaman yang menarik masa kemaruk mengebay adalah kunci jam pukul 2,3 pagi semata-mata tak nak kalah bid. Dia biasa time last minute tu lah yang gila gila punya bid. Paling saspen bila 10 saat terakhir, line internet pulak buat hal dan kita kalah bid hanya 20 sen. Memang tension betul...hahaha...
Tapi sekarang jarang dah "bid". Lebih suka beli yang "Buy it now". Lebih mudah.
Ok...itulah serba sedikit pengalaman 8 tahun mengebay...terimakasih.