Friday, January 27, 2017

Ebay

Sedikit nak cerita pasal ebay. Pasal ada juga yang tanya.


Ini pengalaman saya yang menggunakan perkhidmatan ebay sejak dari tahun 2009 dengan jumlah pembelian setakat entri ini ditulis adalah sebanyak hampir 400 kali.

Antara barangan yang pernah dibeli termasuklah cd, lp, buku, basikal dan aksesorinya (kawan kirim) dan juga alatan memancing (ini pun kawan kirim)

Nak kata selamat sememangnya selamat. Kalau barang tak sampai memang tiada masalah untuk minta refund dari penjual. (tetapi mesti buat report dalam tempoh masa yang disediakan dan ianya boleh juga direct deal secara budi bicara dengan penjual. Penjual yang rating tinggi sememangnya tak akan menipu)

Sepanjang pengalaman saya cuma ada 2 kali barang tak sampai. Yang satu tu dipulangkan semula jumlah wang manakala yang satu lagi pula, penjual menggantikannya dengan cd yang baru.

Tapi nak jadi cerita, yang ganti cd tu sebulan selepas tu dua-dua cd pun sampai. Rupanya cd yang pertama tu tersesat ke negara lain. Padanlah lambat sampai. Tak tau lah nak rasa untung atau bersalah...haha...


Ini contoh tersesat ke negara lain. Ada beberapa kali juga berlaku. Entah kenapa pos ke Malaysia dah beberapa kali tersesat ke India dan Sri Lanka. Mungkin dorang ingat Malaysia ni adalah sebuah negara kat kawasan belah sana kot...

Ada juga kes beli cd lain sampainya pula cd yang lain. Tapi penjual mengantikannya dengan tanpa banyak soal. Tapi yang paling saspen terbeli cd dari Israel. 3 keping pulak tu. Tak perasan seller dari mana. Sibuk check harga dan postage murah, sampai tak perasan pula seller dari negara mana. Tawakal sahajalah ingatkan dah kira "burn" dah. Tapi tak sangka pula 3 bulan lebih selepas tu barang sampai dengan selamat. Tak kena tahan pulak dengan kastam.

Bab kastam pula, saya agak bernasib baik. Banyak juga yang dibuka dan diperiksa oleh mereka. Tetapi setakat ini memang tak pernah pula kena tahan. Mungkin cd-cd yang saya beli tak lah seganas dan sesetan mana.

Cara pembayaran pula paling mudah dan selamat  adalah menggunakan pay pal. Ada masalah memang senang dapat refund. Tapi kalau nafsu tu susah nak kawal (macam saya), baiklah pay pal tu disambungkan ke debit kad. Cuma guna duit apa yang kita ada. Kalau pakai kredit kad memang sedap waktu beli...bila sampai statement baru rasa nak menangis...hahaha...


Sekarang ni agak "slow down" dalam e-bay. Matawang kita pun teruk dah. Tak larat tengok. Dulu ada seller (e-stock dari UK) yang bagi free postage. Bayangkanlah convert ke RM pun baru dalam belas-belas ringgit ajer sekeping cd. Bawah RM10 pun ada. Mana tak kemaruk tiap-tiap minggu beli. Borong habis. Mungkin selepas tu baru dorang perasan kot, harga postage lebih mahal dari harga cd yang dia jual. Lepas tu terus stop. Tukar nama company baru tapi dah tiada lagi pos percuma. Tapi masih murah lah dia charge GBP1.50 untuk pos.

Tetapi antara pengalaman yang menarik masa kemaruk mengebay adalah kunci jam pukul 2,3 pagi semata-mata tak nak kalah bid. Dia biasa time last minute tu lah yang gila gila punya bid. Paling saspen bila 10 saat terakhir, line internet pulak buat hal dan kita kalah bid hanya 20 sen. Memang tension betul...hahaha...

Tapi sekarang jarang dah "bid". Lebih suka beli yang "Buy it now". Lebih mudah.

Ok...itulah serba sedikit pengalaman 8 tahun mengebay...terimakasih.





18 comments:

  1. aku tak pernah lagi nak membeli gaya Ebay nih. ade pon kirim dgn kawan sbb takdek paypal. satu hari nak cuba jugalah. tapi yg aku tgk skrg mmg betul harga postage lagi mahal dari harga item.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. paypal ni mudah jer sebenarnya...tak cuba memang tak tau..

      Delete
  2. pengalaman aku ber-ebay lebih kurang sama macam bert
    - beli CD/DVD setakat ni alhamdulillah semua sampai
    - cuma sekali saja salah CD, order megadeth dapat freddie mercury
    - pernah dapat CD pirated, tapi lepas buat report dapat refund (dan cd tak payah pulangkan)
    - pernah beli barang tak sampai2 (pikap gitar), buat report paypal dan slow talk dengan seller, seller gantikan baru
    - ada beberapa kali CD dibuka oleh KDN, tapi semua lepas
    - pernah juga bungkusan sesat ke maldives, tapi sampai juga akhirnya ke malaysia
    - selain CD/DVD, pernah beli t-shirt, PC games, spareparts gitar, multi-fx gitar dan gitar hahaha (ya beli dari satchman)
    - juga pernah beli spinning reel pancing, serius! tapi dari penang je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling besar dan paling mahal aku pernah beli adalah basikal...Harga seribu lebih...beli dari US...member kirim...

      Delete
  3. wow nasiblah aku tak pandai guna ebay ni haha.. ada juga masuk dlm ebay tu tgk2 memang sedap mata memandang barang2 dia jual. bab paypal tu aku tau guna, hari tu ada beli kaset aku org thailand dia nak bayar paypal aku tak ada, pinjam kawan punya paypal haha.. tgk koleksi kat atas tu perggghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terjebak bro...parah nanti...haha..

      Delete
  4. aku pulak hanya guna cara online kat facebook ajer, setakat ni takde masalah, semua seller jujur, janji kita pilih seller yg punyai rating tinggi (betul kata bert tu)..

    btw.. nice info dan panduan yg berguna utk kita semua.. TQ bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli tempatan ni yang bestnya cepat sampai...oversea ni jenuh menunggu...rekod paling cepat 5,6 hari...dari jerman...tapi biasanya sebulan lebih la...

      Delete
  5. Bid apa yang kalah 20 sen tu? Sedihnya.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...banyak kali kena...bid $10...yang menang tu $10.20...hampeh betul...haha...

      Delete
  6. Aku mmg tak penah lagi try ebay ni.paypal pun takda.memula ingat nak wat paypal gak dulu.tapi bila fikir balik main klik je kt situ,tau2 duit susut.tu yg rasa nak nangis tu..heheh..btw cd deep purple yg kasi dulu tu mmg yg dapat dua la yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cd deep purle...kira rezeki ko la tu...haha...

      Delete
  7. Cantik je koleksi ko. Ebay.. dulu aku suka masuk ebay, sekarang jarang sangat. Kalau masuk pun buy it now. Sometimes ada benda aku carik, aku masuk dua dua ebay.com dan ebay.co.uk pasal kadang keluar satu tak keluar lagi satu.

    ReplyDelete
  8. Aku tak berani lg ebay.. xpandai pun.. gagal je ghase..

    ReplyDelete
  9. Saya byk bli kat music magpie. Kos penghantaran baru rm8. Byk bli CD 2nd ja. Tp ok la. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Music Magpie tu dulu namanya E-stock...masa zaman free postage...

      Delete
  10. Best baca pengalaman ebay bro nie..belum lagi jadi collector tegar nak guna servis camnie walaupun dah buka akaun paypal dulu...

    ReplyDelete
  11. Aku pula rasa hampir bersara dalam egay.... atau hiatus?

    ReplyDelete