Saturday, May 20, 2017

koleksi cd



Agak lama juga tak menambah atau menaik taraf album-album lama orang putih dari bentuk kaset, cdr, mp3 atau sekadar dulunya membaca namanya di majalah atau mendengar cerita kawan-kawan ke dalam bentuk cd.

Setahun lebih juga terjebak dengan berderet-deret cd-cd rock melayu reissue. Tapi sekarang macam dah reda dah. Mungkin dah tak ada apa sangat yang nak direissuekan lagi. Dah sibuk dengan piring hitam pulak dah. Tapi dengan harga piring hitam reissue yang hanya orang yang ada-ada yang mampu beli..kualiti pun tak seberapa...maka adalah lebih berbaloi untuk saya kembali untuk menaik tarafkan album-album orang putih yang saya gemari.

4 ini adalah antara yang terkini. Bertahun dah cari cd-cd ini dengan harga mampu milik. Ntah apa nasib berkenalan dengan seller e-bay dari Kazakhtan yang menjual cd-cd ini bukan melalui e-bay. Beli secara langsung dengan beliau dengan harga yang lebih murah dari harga sekeping cd reissue rock melayu. Jangan tak percaya. Mungkin ini namanya rezeki selepas bertahun sabar mencari...

Dah tak banyak dah yang nak dinaik taraf. Yang tak minat memang tak akan beli. Mungkin dah boleh pencen kot kumpul cd. Lp pulak harga yahudi. Dah boleh kot tukar hobi main akuarium pulak macam Mus Speedrider...hahaha...





5 comments:

  1. untung la Budgie ngan Celtic Frost dapat murah.aku pun dah malas nak beli lp reissue dah.fenomena punya lp harga tak masuk akal.iron maiden book of soul yg 3 lp pun baru 100 lebih je

    ReplyDelete
  2. Dilema betul peminat dan pengumpul muzik rock melayu,
    Ok sila review tu Budgie.
    Sorry kau dah tengok packaging semua ori ke? Russian pressing? Kalau pirate atau bootleg kadang ni USSR ni packaging lagi cantik dari yang ori,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kalau pengumpul cd mesti tau hal cd russia ni...kat discog pun siap bergaduh pasal ni...masalahnya memang susah nak beza samada ori atau copy...semuanya sebijik...lain la yang out of print...tiba2 jual baru...tu konpem pirate...tapi kena pulak yang jenis ada reissue macam Budgie ni...memang cd baru...susah nak trace...kat discog pun biasanya dorang label as unofficial...tu pun kalau tau cd tu beli dari russia...bukan ada tulis made in russia pun...haha...

      tapi aku anggap rezeki aku pasal aku beli cd2 ni below market price dari yang biasa jual walaupun pirate russian press...dan aku pun tak sure ni ori ke tak...tapi kualiti dan packaging memang bagus...maklumlah...kalau pirate pun dorang memang copy sebijik...

      Delete