Wednesday, May 10, 2017

Megadeth live @ Stadium Negara - 4hb Mei 2017

Yang terakhir selepas semua gang-gang bloger dah buat entri dah...cerita dah nak basi...makanya cuba untuk serengkas yang boleh...tapi nampak gayanya macam tak boleh...haha...


Dreams do come true. Mungkin itu yang boleh di katakan bila dapat melihat Dave Mustaine depan mata. Selepas kali pertama mendengar kaset dubbing "Killing is my business..." kira-kira 30 tahun yang lalu, Megadeth sememangnya salah satu band kegemaran. Tak pernah terpikir yang satu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan.

Cuba menulis secara ringkas tentang hari kejadian. Maaf jika ianya menjadi panjang. Keterujaan kadang-kadang sukar di kawal. Ala...bukan selalu dapat tengok Abang Mus depan mata. Maaf juga tak banyak gambar terutamanya kejadian sebelum dan selepas. Keterujaan sekali lagi menjadi punca terlupa untuk mengambil gambar.

Sempat study last minute malam sebelumnya

- Bertolak dari Jb dalam pukul 3 lebih. Ditemani sahabat dari zaman IPTA. Ada sejarah antara kami dan Megadeth. Kaset Youthanasia antara punca kami menjadi rapat.

- Takut sesak dan masalah letak kereta, kami memilih Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebagai destinasi. Lebih kurang 6.30 petang sampai. Cepat juga walaupun pemanduan cukup berhemah dan bukanlah secara F1. Kali pertama menjejakkan kaki rasa kagum juga. Hebat. Jauh bezanya dari Puduraya yang berbau asap. Rasa macam kat lapangan terbang pun iyer juga.

TBS

- Petanda pertama yang kami benar-benar dah hampir ke konsert Megadeth bila di sapa oleh 2 orang pemuda berseragam hitam yang baru tiba dari Kedah ketika menunggu lrt. Brotherhood dalam metal memang ada di mana-mana. Cinta Stesen Bandar Tasik Selatan menemukan peminat Megadeth dari utara dan selatan.

- Bertahun dah tak naik lrt. Baru tahu rupa-rupanya lrt menggunakan token berbentuk duit syiling. Rasa macam nak main game pula. Terkial-kial juga kerana awalnya tak tahu macam mana nak guna..haha...

- Sampai stesen Hang Tuah ngam-ngam azan maghrib. Awal juga dah sampai. Suasana sepanjang jalan ke Stadium Negara dah nampak kemeriahannya. Seragam hitam di mana-mana. Suasana seperti pasar malam pun iyer juga cumanya tak adalah nampak gerai jual apam balik...hahaha.. Semuanya barangan bootleg Megadeth terutamanya t-shirt.

Rock n roll blogger hensem tersohor Malaysia

- Di perkarangan stadium dah dapat kenal 2 susuk tubuh yang berdiri di lereng bukit. Seorang tu pernah jumpa 6 tahun yang lalu ketika Iron Maiden di Singapura. Yang seorang lagi tu king vinyl, king nasi kandaq, king dunia permotoran dan merangkap king akuarium tersohor dari Penang. Terimakasih Ijau dan Mus Speedrider yang sudi teman aku sepanjang konsert hingga waktu balik di stesen Hang Tuah.

- Menjenguk juga gerai barangan official. Sayangnya t-shirt official dah sold out. Tak banyak barang yang tinggal. Sapu tangan pun harganya dah seventeen seventy. Hanya mampu tengok la jawapnya. Padanlah beli lp Wings Belenggu Irama pun dia bagi saputangan...mungkin yang itu pun harganya seventeen seventy...haha..

Security check point...ingat nak ambil gambar awek blonde tu...sekali dia berpaling la pulak...haha

- Kawalan keselamatan memang agak ketat. Rokok pun tak lepas bawak masuk. Krew penganjur majoritinya bangsa cina. Yang dah tua-tua tahap uncle pun ramai. Cuba juga pujuk satu uncle tu nak minta tag krew dia. Cantik. Ntah dia tahu megadeth ntah kan tidak. Malangnya gagal..tak dibaginya...

- Stadium negara adalah sangat sesuai untuk venue yang bukan berskala besar. Ini Megadeth. Hanya mat metal yang turun. Yang acah-acah sudah tentu pilih Metallica...heheh.. Sudah tentu saiz yang sebegini sudah mencukupi. Walaupun setakat tiket pprt tetapi jaraknya tidaklah jauh sangat. Cumanya bila di belah tepi, screen besar di belakang agak terlindung. Dan satu lagi tempat duduknya batu...adoi...sakit pungkoq...

Deth Pitt sebelum kejadian bermula

- Tak menumpukan sangat dengan band pembukaan, Massacre Conspiracy. Mereka agak bagus tetapi acuan death metal alaf baru mereka mungkin agak kurang sesuai dengan crowd thrash tua lebih dewasa seperti saya. Apa-apa pun cekidout mereka di >SINI<. Sokonglah bakat tempatan.

- Lambat juga menunggu stage set up untuk Megadeth. Di hiburkan dengan putaran lagu rock pelbagai termasuklah Accept, ACDC, Motorhead tetapi bila lagu Wasted Years berkumandang...arghhh..terbayang pulak kalau lah kat atas stage tu adalah Iron Maiden....

Hangar 18...macam tak percaya jer ada depan mata

- Megadeth keluar tepat jam 9.05 malam. Crowd bersorak. Deth Pitt mengila. Penulis pula hanya terpaku. Masih macam tak percaya apa yang berlaku kat depan mata.

- Biarlah kalau kata bias ker apa....komplen perihal suara Mustaine...komplen key direndahkan...tapi faham tak korang berapa umur Abang Mus? Berapa jarak hari antara konsert sebelumnya? Berapa ramai orang yang boleh menyanyi sambil menyolo dengan baik? Megadeth dari awalnya bukan pasal vokal. Tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah skil muziknya. Solo solo gitar dan rif rif berhantu mereka. Malam ini mereka membuktikannya. Memang hebat. Terkesima (pergh..ayat 😊) menontonnya.

Gambar cilok dari group whatsapp...tak tau tuan punya

- Kalau boleh memang nak mereka bawa lagu-lagu lama sepenuhnya. Tetapi ini tour untuk Dystopia. Maka paham-paham sahaja lah. Crowd pun nampak jelas lebih berinteraksi bila lagu-lagu lama yang di mainkan. Tiada nak komplen sangat dengan set list. Cumanya kalaulah ada lagu Angry Again...

- Selain Abang Mus, apa yang ditunggu tunggu mestilah Kiko Loureiro. Tak dapat tidak perbandingan dengan Marty Friedman dan gitaris sebelumnya memang tidak dapat dielakkan. Saya suka Kiko sejak dari Angra. Persembahan beliau pada malam ini menguatkan lagi pendapat saya yang beliau adalah pengganti yang tepat. Sound gitar sedap. Solo sebijik. Showmanship  memang menggila. Bahagian duel gitar solo beliau dengan Abang Mus siap dengan headbangin secara berjemaah sememangnya cukup meriah. Perghhh!!!!

Kiko dan Abang Mus

- Tak nak cerita pasal sound. Biasalah...stadium tertutup dan duduk kat bahagian tepi. Nak komplem apa sangat?...Yang penting rif dan solo memang jelas sebijik sebijik....power!

Seperti di duga..Vic Rattlehead keluar masa Peace Sells

- Tak sentuh pun pasal Junior dan drummer baru, Dick Verbeuren. Tak ada apa nak cakap sangat. Maaf. Penempuan lebih kepada Abang Mus dan Kiko. Tapi kalau yang main bass malam tu James LoMenzo, lain juga. (kata-kata dari peminat susah nak mati White Lion...huhu) Tapi perasan boleh tahan juga drummer baru tu.

You've been great...we've been Megadeth!

- Konsert tamat dalam pukul 10.40 macam tu. Kira lebih kurang 18 lagu dalam 1 jam setengah. Abang Mus pun bukannya jenis cakap banyak. Tapi dia ada meluahkan perasan dia pasal dulunya tak dapat masuk Malaysia. Will be back katanya...

- Lepas konsert tunggu sekejap dalam stadium. Biasalah sesi bergambar. Cari juga kalau-kalau jumpa kelibat D'arsil. Tapi tak jumpa.

- Luar stadium pula memang banyak nampak muka yang familiar di facebook. Tapi segan nak tegur. Pasal memasing nampaknya tengah rancak bersembang. Tapi bila nampak gang-gang masa zaman forum Metal Terus memang buat muka tak malu untuk tegur. Dah lebih 10 tahun sejak forum Metal Terus berkubur, baru ni lah berpeluang bersua muka. Terimakasih Cikgu Matt, Chi Nadia, Yatt dan beberapa nama lagi yang dah tak ingat namanya. (maafkan...atas faktor usia...)

- Dalam perjalanan pulang cuba juga mencari cenderamata untuk dibuat kenang-kenangan. Harga sememangnya lebih murah berbanding sebelum konsert. Tetapi sampai kesudah tak beli apa-apa. Susah juga nak mencari tshirt Megadeth yang "shariah compliance"...hahaha...(kepada para pembuat t-shirt...lain kali, tolonglah design t-shirt yang tak ada tengkorak...huhu..)

Jangan kata tak payung gambar...haha..

- Berpisah dengan Ijau dan Mus Speedrider di Stesen LRT Hang Tuah. Terkilan juga tak dapat pergi ngeteh sebelum balik. Maklumlah tak boleh nak lama-lama. Nak kejar train, tambah pula nak balik terus ke JB pada malam itu juga. Semoga berjumpa lagi. Harap-harapnya tak lah menunggu 6 tahun lagi...

- Mata memang mengantuk. Sempat melantak kopi O, roti bakar dan pau kacang merah di R&R Seremban dalam pukul 1 pagi. Pemanduan malam lebih berhemah dari siang. Mata dah tak boleh tahan mengantuk. Dulu-dulu selamba jer tak tidur semalam. Satu lagi faktor usia agaknya.

- Sampai pagar rumah tepat jam 4.30 pagi. Sempat tidur dalam 1 jam sebelum bergegas ke pejabat walaupun sebenarnya dalam cuti. Nak buat macamana, rakan sekerja ada hal kecemasan. Dan akhirnya terpaksa pulang ke alam realiti...


- Tak tau nak cakap apa lagi dah...Cumanya selepas menonton Megadeth depan mata, rasanya memang tak rugi pun tak tengok Metallica...😊

- Esoknya balik kampung dan berbual dengan orang tua. Dia tanya pergi KL untuk apa. Jawap saya tengok konsert hantu berubat. Itulah gelaran yang beliau berikan 30 tahun yang lalu pada muzik Megadeth yang saya dengar. Haha..kami sama sama ketawa. Berjaya juga jadi orang anak dia ni akhirnya...

- Terimakasih kerana sudi membaca sampai habis. Saya tinggalkan dengan lagu A Tout Le Monde yang sempat saya rakam. Satu-satunya rakaman yang dibuat. Lainnya memang singalong dan enjoy the show. Stadium Negara yang aircondnya sejuk giler jadi hangat dengam penangan Megadeth...satu pengalaman yang tak akan dilupa sehingga bila-bila...



Puas hati!



14 comments:

  1. clap clap clap (standing ovation) untuk post ini.
    Sila beli kad Rapid dan simpan dalam wallet.
    Senang lain kali dah kat bandaraya dan lembah kelang.

    ReplyDelete
  2. Konsert hantu berubat.hahah..pak mus la tok bomohnya.heheh...terbaik

    ReplyDelete
  3. Nice review.pasal sound pun aku tak komolen, kalau tak, Wings tak susah payah upah soundman jepun setup Konsert 1991 dulu. Tq bert, ijau. Semoga persahabatan ini berkekalan

    ReplyDelete
  4. Sama tiket bang. Saya duduk tangga ketiga dari atas. Tp tu r, penah nmpak rupa abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper...tu dah payung gambo dah tu...hahaha...

      Delete
  5. aku start hangar 18 dah berdiri... tgk muspeed dan bert rileks je duduk... aku duduk balik lah~ kah kah kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok Bert aku rikeks ja. Aku kena hormat otai. Hahahha

      Delete
    2. gaya anak muda menonton konsert memang duduk...hahaha...

      Delete
  6. satu kupasan yang menarik. saya yang tak minat megadeth pun boleh jadi minat tiba2 lepas baca entri blog ni. nampak sangat saya ni poser kalo macam tu hahaha.

    ReplyDelete
  7. suka baca penulisan kamu bro, gambar selfie tu mmg kelakar hahaha...

    ReplyDelete
  8. Review yg aku tunggu dari minggu lepas, akhirnya muncul. Good review bro.

    Dari view gambar tu, macam kita duduk kat lokasi yg sama. Aku duduk kat tangga atas sekali.

    Member2 metal semua dah pencen. So aku pegi sorang2 je. Macam aku cakap kat diorang, ini bukannya gangbang, kena participate ramai2.

    ReplyDelete
  9. That feeling...
    Bila first time tengok band idola main depan mata...
    Priceless...

    ReplyDelete