Monday, July 31, 2017
Kerrang! Plastic Explosive
Ni namanya flexi-disc. Dulu dapat secara percuma bila beli majalah Kerrang! Tapi lawaknya dulu tak tau pun apa kegunaannya. Iyerla masa tu tak ada turntable. Tak ada juga google untuk bertanya. Bendalahnya pulak lembik, plastik boleh bengkok-bengkok. Macam tak percaya pulak boleh berfungsi keluarkan muzik. Teringin nak dengar tapi tak berpeluang. Buat hiasan gantung kat bilik zaman belajar di Uitm. Akhirnya hilang entah kemana.
Sekarang bila dah ada turntable. Boleh cuba. Boleh juga bertanya pada En Google, barulah rasa nyesal pulak tak simpan. Paling ingat dulu ada split Testament / Acid Reign. Sayang betul...
Cuma satu ni la yang dapat diselamatkan...
Label: Kerrang! Magazine – BANG! 4
Format: Flexi-disc, 7", Promo
Country: UK
Released: 17 Mar 1990 (Free with Kerrang! magazine no.281)
Genre: Rock
Style: Heavy Metal
Tracklist : This Side A – Kai Hansen/Gamma Ray - Outlaw
Other Side B – Lisa Dominique - Gypsy Rider
Yang bestnya ianya masih boleh berfungsi walaupun kondisi disc dah tak seelok mana....
Friday, July 28, 2017
Seruan
Dah 30 tahun dah...
Lefthanded - Seruan (1987)
Ketika dulu, saya selalu beranggapan yang Lefthanded akan menjadi band rock nombor 1 di Malaysia. Lebih besar dari Search. Pada saya mereka lebih bagus. Ketika "Keadilan" dan "Langit Dan Bumi" mula berada di pasaran, kemungkinan itu seolah-olah akan berlaku. Masih ingat dalam rancangan radio tengah malam RTM, "Rockarena" kelolaan DJ Kamal Hasan, pemanggil memilih Lefthanded lebih tinggi dari Search. Sayangnya di album-album berikutnya ianya tidak berlaku.
Selepas Search keluar dengan album "Mentari Merah Di Ufuk Timur", "Seruan" sememangnya di tunggu-tunggu. Saya sendiri sanggup tak makan mengumpul duit belanja sekolah semata-mata untuk membeli kaset yang asli. Agak terkejut awalnya bila Lefthanded menambah anggota baru untuk bermain keyboards. Paham-paham sahajalah di waktu itu keyboards adalah sesuatu yang pantang untuk muzik rock. Tak rock la kan kalau ada keyboards walaupun sebenarnya Malmsteen, Dio malah lagu "Final Countdown" pun guna keyboards. Bila Iron maiden guna keyboards untuk "Seventh Son of a Seventh Son" baru rasa ok lah guna keyboards…haha..

"Seruan" pada saya adalah sebuah album yang bagus. Walaupun "Mentari Merah Di Ufuk Timur" telah mula menjarakkan Search di depan, tetapi secara peribadinya saya lebih menyukainya berbanding Mentari Merah. Skil muzik mereka lebih kedepan. Man Kidal dan Arwah Samad sememangnya 2 orang shredder yang hebat. Sesunan lagu mereka contohnya lagu "Seruan" memang agak teknikal berbanding Search. Kekuatan Search adalah lagu-lagunya yang lebih santai, singalong dan melodinya mudah dan cepat melekat.
Menariknya pada saya kali ini tiada lagi solo-solo dan melodi yang dicedok dari barat. Maaflah kalau ada, mungkin saya yang tak tahu. Maklumlah "Lagenda Cinta" di cilok dari solo lagu "Asia - After The War" pun baru-baru ni sahaja saya tahu.
Bagi saya masalah Lefthanded adalah ego antara mereka. Ianya menghalang untuk mereka terus melangkah ke depan. Bila Search menjadi no 1 dengan album "Fenomena", mereka pula terus merundum dengan album berikutnya.
Untuk saya Lefthanded cuma ada 2 album yang bagus. Dan saya memilih "Keadilan" lebih dari "Seruan". Sayang sebuah band yang bagus tetapi tidak mencapai potensi yang sepatutnya...
*masih berharap dikeluarkan dalam bentuk vinyl...tetapi tak perlulah nak mengarut nak made in sana sini....err...sapu tangan pun tak nak tau...haha...
**kenangan untuk arwah Samad dan Man Dayak. Thanks for the music. Tabik untuk untuk my hometown heroes...

Labels:
1987,
cd,
kaset,
Lefthanded,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, July 26, 2017
Wordless Wednesday : Thrash Attack!
Artillery - By Inheritance (1990) / Heathen - Breaking the Silence (1987) / Coroner - Mental Vortex (1991) / Vio-lence - Oppressing the Masses (1990)
Monday, July 24, 2017
Dream Evil
Yang sama tarikh lahir dengan Gn'R Appetite For Destruction...21hb Julai 1987
Dio - Dream Evil (1987)
Vivian Campbell adalah hero bagi budak-budak rock melayu pada ketika itu. Bila beliau keluar dari Dio, maka ramai yang rasa kecewa. Saya adalah salah seorang darinya. Ini membuatkan album ini agak kurang menarik perhatian. Besar pengaruh seorang gitar hero pada zaman tersebut. Rasanya bukan setakat mat rock melayu, tetapi satu dunia. Perkara yang dah tak berlaku lagi pada zaman sekarang. Gitar hero dah mati.
Mendengarnya semula selepas 30 tahun, rasanya saya tidak berlaku adil kepada Craig Goldy. Maaflah...ketika itu darah muda. Sebenarnya beliau adalah seorang gitaris yang bagus. Bukan senang nak menggantikan tempat Encik Campbell yang dah sebati dengan peminat Dio. Tapi bagi saya (waktu sekarang la) beliau lulus dengan jayanya. Boleh tahan juga kerja gitarnya.
Dream Evil tak jauh beza dari album sebelumnya, Sacred Heart. Terutama dalam penggunaan keyboards. Lagu seperti "I Could Have Been A Dreamer" adalah sangat ketara. Agak melodic juga. Nak kata pengaruh dari zaman Rainbow pun ada juga. Tetapi yang tak bestnya banyak juga lagu-lagu yang hanya sekadar pelengkap. 5 lagu awal memang best. Mungkin kalau anda suka lagu rock yang agak pop, anda akan suka juga lagu "I Could Have Been A Dreamer". Tapi yang lainnya hanya sekadar "filler".
Walaubagaimanapun...jika anda suka vokal Dio atau suka hard rock 80an, album ni tetap kena ada. Tambah-tambah pula lagu seperti "Sunset Superman", "All The Fools Sailed Away" dan yang menjadi tajuk album "Dream Evil" memang lagu-lagu yang bagus.

Dio,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Friday, July 21, 2017
Appetite for Destruction
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 21hb Julai...
Guns N Roses - Appetite for Destruction (1987)
Siapa-siapa yang ikut blog ni dari awal pastinya tahu yang saya peminat Guns N Roses. Malah 2 daripada 4 entri awal (tahun 2008) adalah berkenaan Guns N Roses. Dan inilah album yang mengenalkan saya kepada mereka. Dan ianya juga adalah salah satu album kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Tak sangka dah 30 tahun. Memang terasa tua dah...
Paling menarik pada ketika itu nama GNR tidak dikenali pun. Seingat saya pada penghujung tahun 88 baru nama mereka meletup-letup. Hebat juga rakan saya tu. Dia lebih dulu kenal GNR sebelum mereka boom di US. Beliau jugalah orang yang mengenalkan saya kepada Metallica. Satu satunya yang berseluar bell bottom di sekolah.
Terjumpa beliau di Facebook beberapa tahun yang lepas. Beliau sudah berubah. Lama dah meninggalkan muzik dan metal. Hanya saya yang tak berubah. Tak tahu nak jadi apa...tapi rock/metal bukanlah suatu kerjaya...mana ada pencennya...hanya rock sampai tua....haha...
Guns N Roses - Appetite for Destruction (1987)
Siapa-siapa yang ikut blog ni dari awal pastinya tahu yang saya peminat Guns N Roses. Malah 2 daripada 4 entri awal (tahun 2008) adalah berkenaan Guns N Roses. Dan inilah album yang mengenalkan saya kepada mereka. Dan ianya juga adalah salah satu album kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Tak sangka dah 30 tahun. Memang terasa tua dah...
Kenal secara tak sengaja. Tahun 1988, pinjam kaset rakan sekolah. Asalnya pinjam kaset Poison - Look What The Cat Dragged In untuk dubbing. Tapi beliau cadangkan juga yang ini. Sekali dengar terus berkenan. Ianya lebih berat dari band-band glam/hair metal yang banyak saya dengar dan ianya juga berbeza dengan band-band thrash metal yang baru saya kenal pada ketika itu. Muzik yang segar dan lain dari yang lain. Serta merta menjadi album kegemaran dan seterusnya adalah sejarah....
Terjumpa beliau di Facebook beberapa tahun yang lepas. Beliau sudah berubah. Lama dah meninggalkan muzik dan metal. Hanya saya yang tak berubah. Tak tahu nak jadi apa...tapi rock/metal bukanlah suatu kerjaya...mana ada pencennya...hanya rock sampai tua....haha...
Labels:
1987,
cd,
Guns N Roses,
rekomended,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, July 19, 2017
Monday, July 17, 2017
Gila Format - Flesh & Blood
Poison - Flesh & Blood (1990)
Lama dah tak buat entri gila format. Ini adalah antara 2 album kegemaran dari Poison. Satu lagi adalah "Look What the Cat Dragged In". Itu adalah album contoh glam/hair metal sejati, baik dari segi cover hinggalah ke lagu-lagunya. Tetapi setakat ni tak berjaya untuk di"gila format"kan.
Tetapi Flesh & Blood agak berlainan. Poison yang lebih serius dan dewasa. Bukan lagi sekadar party album dengan sex drugs and rock n roll. Semua lagu sedap. Sayangnya ini adalah album 'the beginning of the end' buat mereka. Selepas keluarnya C.C. DeVille dan meletupnya "grunge", nama mereka terus merundum. Biasalah...semua orang ada harinya....
Labels:
1990,
cd,
gila format,
kaset,
LP,
Poison,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, July 14, 2017
Scum
Yang dah 30 tahun pada 1hb Julai yang lalu...
Napalm Death - Scum (1987)
Grindcore bukanlah makanan saya. Tak berapa masuk sangat. Tetapi album ini ada kenangannya yang tersendiri.
Pertama kali mendengarnya pada tahun 1990, ketika menuntut di ITM Segamat. Ramai juga kenalan yang kaki metal. Bilik depan mengenalkan saya kepada Morbid Angel – Altar Of Madness manakala bilik sebelah pula membuatkan saya kenal kepada Napalm Death – Scum.
Ianya pengenalan pertama saya kepada genre grindcore. Masa tu tak tahu pun ianya dipanggil grindcore. Semua pun hentam death atau thrash metal. Kita yang biasa dengan lengok rock melayu jadi terkejut juga bila kali pertama mendengarnya.
Susah juga nak hadam. Walaupun hampir hari-hari juga mendengarnya. Manakan tidak, baru nak layan...lagunya dah habis...haha...
Lagunya pandek-pendek tapi banyak. Paling tak suka selalu "lost" tak tau dah track nombor berapa bila dengar menggunakan kaset. Tahu-tahu dah abis..tak perasan pun...paling win lagu "You Suffer"...haha..
*kalau tak ada versi cd NSR ni memang tak ada la kot cdnya dalam koleksi. Ianya bukan keutamaan. Tak nak komplen sangat la pasal inlay lipat 2 dan status cd ini. Rasanya dulu versi kaset VSP pun jenis inlay lipat 2 tak ada lirik...ntah la...dah tak ingat...

Napalm Death,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, July 12, 2017
Know Your Enemy
Yang dah 30 tahun...
Lääz Rockit - Know Your Enemy (1987)
Dalam banyak-banyak band thrash dari Bay Area, mereka agak kurang popular walaupun mereka adalah dari generasi yang terawal.
Mereka bermula dengan heavy metal tetapi mula berubah menjadi thrash dengan album yang ketiga ini. Mungkin kerana terpengaruh dengan band-band sekampung dengan mereka.
Namun begitu, Know Your Enemy bukanlah sebuah album thrash tulen. Masih banyak elemen heavy metal di dalamnya. Terutama jeritan high pitch si vokalis, Michael Coons dan shredding gitar dari Aaron Jellum dan Phil Kettner.
Sound mereka walaupun tidaklah seberat band-band dari Bay Area yang lain, tetapi lagu-lagunya cukup bertenaga, aggresif, up tempo dan melodic ala-ala speed metal 80an. Sayangnya lagu mereka agak kurang melekat kecuali beberapa lagu seperti Euroshima, Most Dangerous Game, Means To An End dan I'm Electric.
Mungkin itu penyebab kenapa mereka agak kurang menonjol. Menarik jika anda sukakan genre heavy metal 80an dengan pengaruh thrash.

Laaz Rockit,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, July 10, 2017
Juara Juara Rock
Juara - Juara Rock 1 & 2
30 tahun dah. Yang kaset tu dulunya dibeli dengan harga RM2.50. Sebagai budak sekolah yang duit belanjanya hanya 50 sen sehari manalah termampu nak beli versi yang asli. Tu pun seminggu ikat perut tak makan kat kantin.
Sekarang dah ada versi cd. Tapi sayangnya dari segi sound bukanlah yang tebaik. Mendap. Produksi cd ni rasanya dibuat secara tergesa-gesa. Tak taulah copy dari mana. Maklumlah ketika itu tengah kemaruk dengan cd-cd reissue. Biasalah label nak "cash-in" cepat.
Apa nak buat....tapi sekurang-kurangnya...tengok gambar cover ni pun dah cukup membuatkan saya kembali ke umur 16 tahun semula...those were the best day of my life....
Labels:
1987,
Burnmark,
cd,
Febians,
Juara Juara Rock,
kaset,
May,
Metalian,
Piece Of Mind,
rock melayu,
Scandals,
Youth Gone Wild 80's
Friday, July 7, 2017
On Stage
40 tahun dah hari ini, 7/7/77..
Rainbow - On Stage (1977)
Album live yang lejen. Ritchie Blackmore cuba untuk mengulangi kejayaan Made In Japan. Walaupun tak sehebat Made In Japan, tetapi ianya menjadi antara album live kegemaran ramai terutamanya buat peminat Ronnie James Dio.
Walaupun soundnya sedikit kurang (merujuk kepada versi vinyl yang asal, khabarnya versi remaster sound lebih sedap) tetapi aura Ritche Blackmore dan Ronnie James Dio sangat terserlah. kerja gitar dan kehebatan suara mereka sememangnya sangat menyerlah. Masa tu Cozy Powell, Jimmy Bain, Tony Carey semua nama belum top lagi. Tetapi secara keseluruhannya memang hebat la Rainbow masa tu.
Pilihan lagunya lebih banyak kepada album pertama tetapi yang uniknya ada lagu Mistreated. Boleh banding dengan versi David Coverdale. Lagu tak banyak tapi semua panjang-panjang. Memang semua lagu kena ubah dan improvise. Biasalah Ritchie punya hal...
Yang jadi pilihan...Catch The Rainbow dan Still I'm Sad...syiok layan...best!

1977,
cd,
live,
LP,
Rainbow,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Wednesday, July 5, 2017
Priest...Live!
Yang dah 30 tahun pada 21hb Jun yang lalu...
Judas Priest - Priest...Live! (1987)
Lagi kenangan dari zaman sekolah. Dah pernah buat ceritanya 7 tahun yang lalu. Siapa siapa yang rajin nak baca sila klik >SINI< Tak perlu kot nak cerita secara detail lagi.
30 tahun. Tua dah. Memang banyak kenangannya. Album yang mengenalkan saya kepada banyak lagu lagu menarik dari Judas Priest. Ianya antara album live terawal yang didengar selepas Tokyo Tape, World Wide Live dan Live After Death. Maka tak hairanlah jika ianya merupakan antara album live kegemaran. Banyak lagu-lagunya yang rasanya lebih menarik dari versi studio.
Ianya juga antara cd terawal yang saya cari bila tibanya era cd.
Memang rekomended!

Kaset versi Apache...masih boleh guna walaupun dah 30 tahun.. |
Ianya juga antara cd terawal yang saya cari bila tibanya era cd.
Memang rekomended!
Labels:
1987,
cd,
Judas Priest,
kaset,
live,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, July 3, 2017
Glory to the Brave
Yang 20 tahun pada 27hb Jun yang lalu...
HammerFall - Glory to the Brave (1997)
Lagi album yang banyak kenangan. Dulu selepas kahwin, pernah berhajat untuk berhenti dari metal. Pencen la konon-kononnya. Tetapi bila saya kembali semula menetap di Johor Bahru, berjumpa pula kawan-kawan lama dan akhirnya atas pengaruh rakan sebaya. kembali terjebak semula.
Rhapsody - Dawn of Victory, Hellowen - The Dark Ride dan album pertama HammerFall inilah antara yang menjadi puncanya. Walaupun agak lambat, ketika itu Hammerfall dah keluar pun album no 3, Renegade. Tetapi Glory to the Brave lah yang benar-benar membuatkan saya menjadi kemaruk dengan genre power metal.
Lagu-lagu mereka mengingatkan saya kepada Manowar dan Helloween. Di zaman millenium di mana Nu Metal berada di kemuncak, mereka tampil dengan muzik tradisional heavy metal yang betul-betul mengembalikan saya ke zaman remaja. Melodic power metal dengan shredding solo dan high pitch vokal, sememangnya ianya selera muzik saya.
Semua lagu sedap.

1997,
cd,
Hammerfall,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Subscribe to:
Posts (Atom)