Friday, July 28, 2017

Seruan

Dah 30 tahun dah...


Lefthanded - Seruan (1987)

Ketika dulu, saya selalu beranggapan yang Lefthanded akan menjadi band rock nombor 1 di Malaysia. Lebih besar dari Search. Pada saya mereka lebih bagus. Ketika "Keadilan" dan "Langit Dan Bumi" mula berada di pasaran, kemungkinan itu seolah-olah akan berlaku. Masih ingat dalam rancangan radio tengah malam RTM, "Rockarena" kelolaan DJ Kamal Hasan, pemanggil memilih Lefthanded lebih tinggi dari Search. Sayangnya di album-album berikutnya ianya tidak berlaku.

Selepas Search keluar dengan album "Mentari Merah Di Ufuk Timur", "Seruan" sememangnya di tunggu-tunggu. Saya sendiri sanggup tak makan mengumpul duit belanja sekolah semata-mata untuk membeli kaset yang asli. Agak terkejut awalnya bila Lefthanded menambah anggota baru untuk bermain keyboards. Paham-paham sahajalah di waktu itu keyboards adalah sesuatu yang pantang untuk muzik rock. Tak rock la kan kalau ada keyboards walaupun sebenarnya Malmsteen, Dio malah lagu "Final Countdown" pun guna keyboards. Bila Iron maiden guna keyboards untuk "Seventh Son of a Seventh Son" baru rasa ok lah guna keyboards…haha..


"Seruan" pada saya adalah sebuah album yang bagus. Walaupun "Mentari Merah Di Ufuk Timur" telah mula menjarakkan Search di depan, tetapi secara peribadinya saya lebih menyukainya berbanding Mentari Merah. Skil muzik mereka lebih kedepan. Man Kidal dan Arwah Samad sememangnya 2 orang shredder yang hebat. Sesunan lagu mereka contohnya lagu "Seruan" memang agak teknikal berbanding Search. Kekuatan Search adalah lagu-lagunya yang lebih santai, singalong dan melodinya mudah dan cepat melekat.

Menariknya pada saya kali ini tiada lagi solo-solo dan melodi yang dicedok dari barat. Maaflah kalau ada, mungkin saya yang tak tahu. Maklumlah "Lagenda Cinta" di cilok dari solo lagu "Asia - After The War" pun baru-baru ni sahaja saya tahu.

Bagi saya masalah Lefthanded adalah ego antara mereka. Ianya menghalang untuk mereka terus melangkah ke depan. Bila Search menjadi no 1 dengan album "Fenomena", mereka pula terus merundum dengan album berikutnya.

Untuk saya Lefthanded cuma ada 2 album yang bagus. Dan saya memilih "Keadilan" lebih dari "Seruan". Sayang sebuah band yang bagus tetapi tidak mencapai potensi yang sepatutnya...


*masih berharap dikeluarkan dalam bentuk vinyl...tetapi tak perlulah nak mengarut nak made in sana sini....err...sapu tangan pun tak nak tau...haha...

**kenangan untuk arwah Samad dan Man Dayak. Thanks for the music. Tabik untuk untuk my hometown heroes...





5 comments:

  1. Setuju.keadilan pada aku album paling best la walau ada pengaruh maiden.lepas ni kalo keluar vinyl made in mana pulak eh?german dah,jepun dah,US dah.UK la kot..heheh

    ReplyDelete
  2. Bukan lefthanded tetapi prog rock Supergroup Asia yang menarik aku menyibuk. Pasal lagenda cinta copy solo After the War dari album ketiga Astra mmg dah aku perasan semenjak tahun 90 an lebih 10 tahun selepas album Astra terbit. Punya la kemaruk dgn astra sampai tak cukup first press beli dari tower record, sogo dulu, aku belasah beli cd japan shm. x puas hati dgn sound, aku beli lp japan pulak ha ha. I have complete Asia studio dari wetton era ke john payne hingga reunion wetton, steve howe era. melalut pulak. search dan lefthanded mmg top rock band melayu. cuma album yg membezakan turun naik minat aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak follow sangat ASIA ni...tu pasal tak tau lagu After The War...dulu takat tau lagu dia yang top masa 80's..."Heat Of The Moment"...masa tu tak tau pun dorang ni band prog rock...ingat band new wave..haha...sama kes macam YES la...tau Owner of a lonely heart jer...

      Delete
  3. antara band rock melayu yang amat disegani ni. respect.

    ReplyDelete