Wednesday, July 12, 2017

Know Your Enemy

Yang dah 30 tahun...


Lääz Rockit - Know Your Enemy (1987)

Dalam banyak-banyak band thrash dari Bay Area, mereka agak kurang popular walaupun mereka adalah dari generasi yang terawal.

Mereka bermula dengan heavy metal tetapi mula berubah menjadi thrash dengan album yang ketiga ini. Mungkin kerana terpengaruh dengan band-band sekampung dengan mereka.

Namun begitu, Know Your Enemy bukanlah sebuah album thrash tulen. Masih banyak elemen heavy metal di dalamnya. Terutama jeritan high pitch si vokalis, Michael Coons dan shredding gitar dari Aaron Jellum dan Phil Kettner.


Sound mereka walaupun tidaklah seberat band-band dari Bay Area yang lain, tetapi lagu-lagunya cukup bertenaga, aggresif, up tempo dan melodic ala-ala speed metal 80an. Sayangnya lagu mereka agak kurang melekat kecuali beberapa lagu seperti Euroshima, Most Dangerous Game, Means To An End dan I'm Electric.

Mungkin itu penyebab kenapa mereka agak kurang menonjol. Menarik jika anda sukakan genre heavy metal 80an dengan pengaruh thrash.




4 comments:

  1. huuhuuu...betul2 aku x pernah tau pasal band ni...anyway thanks info

    ReplyDelete
  2. thank you. lepas baca cerita ni terus tengok ulasan kat encyclopedia metallum, dgr sample kat youtube dan beli dari ebayer metalmail order - rm49, free shipping. ada juga ebayer yang jual japanese release dgn obi tapi too expensive. I think I saw this album kat kedai masa zaman student dulu tapi x beli. This remind me so much the sound of 80's heavy ,speed, trash dan melodic mix that I am familiar with. Cover album pun cantik mcm cover komik. looking forward to buy their follow up lepas hadam album ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice bro…rasa terharu pulak bila kita tulis cerita syok sendiri tapi ada orang baca dan appreciate…haha...terima kasih.

      btw...tengah cuba juga nak beli Annihilation Principle...

      Delete
  3. Penah tau tapi tak pernah dengo lagu diorang.

    ReplyDelete