Monday, July 24, 2017

Dream Evil

Yang sama tarikh lahir dengan Gn'R Appetite  For Destruction...21hb Julai 1987


Dio - Dream Evil (1987)

Vivian Campbell adalah hero bagi budak-budak rock melayu pada ketika itu. Bila beliau keluar dari Dio, maka ramai yang rasa kecewa. Saya adalah salah seorang darinya. Ini membuatkan album ini agak kurang menarik perhatian. Besar pengaruh seorang gitar hero pada zaman tersebut. Rasanya bukan setakat mat rock melayu, tetapi satu dunia. Perkara yang dah tak berlaku lagi pada zaman sekarang. Gitar hero dah mati.

Mendengarnya semula selepas 30 tahun, rasanya saya tidak berlaku adil kepada Craig Goldy. Maaflah...ketika itu darah muda. Sebenarnya beliau adalah seorang gitaris yang bagus. Bukan senang nak menggantikan tempat Encik Campbell yang dah sebati dengan peminat Dio. Tapi bagi saya (waktu sekarang la) beliau lulus dengan jayanya. Boleh tahan juga kerja gitarnya.


Dream Evil tak jauh beza dari album sebelumnya, Sacred Heart. Terutama dalam penggunaan keyboards. Lagu seperti "I Could Have Been A Dreamer" adalah sangat ketara. Agak melodic juga. Nak kata pengaruh dari zaman Rainbow pun ada juga. Tetapi yang tak bestnya banyak juga lagu-lagu yang hanya sekadar pelengkap. 5 lagu awal memang best. Mungkin kalau anda suka lagu rock yang agak pop, anda akan suka juga lagu "I Could Have Been A Dreamer". Tapi yang lainnya hanya sekadar "filler".

Walaubagaimanapun...jika anda suka vokal Dio atau suka hard rock 80an, album ni tetap kena ada. Tambah-tambah pula lagu seperti "Sunset Superman", "All The Fools Sailed Away" dan yang menjadi tajuk album "Dream Evil" memang lagu-lagu yang bagus.




4 comments:

  1. selalu saja tengok kulit album ni kat fb kawan2 share.

    ReplyDelete
  2. Aku suka lagu dream evil ngan all the fools sails away.

    ReplyDelete
  3. 'SACRED HEART' BETTER THAN THIS ALBUM.. SERIOUSLY I'VE TO TELL YOU

    ReplyDelete