Tuesday, September 5, 2017

Battle of The Bands - Limited Gold Disc Edition

Antara yang terkini di pasaran...


Battle Of The Bands -Limited Gold Disc Edition - terbitan semula 2017

Tak pasti mengapa album di keluarkan sekali lagi. Kali terakhir ianya diterbitkan semula adalah 2 tahun yang lepas (2015) ketika demam album-album rock melayu reissue sedang hangat di pasaran.

Mungkin juga kerana isu sound, typo atau inlay kertas lipat 2 maka pembetulan dibuat. Atau mungkin juga ianya lubuk emas untuk meraih keuntungan. Tak kisahlah apa sebabnya. Tetapi untuk siapa-siapa yang terlepas untuk membeli edisi tahun 2015, maka inilah masanya untuk membeli album lagenda yang menjadikan muzik rock satu budaya popular di Malaysia.

versi 1997 vs 2015 vs 2017
Apa yang berbeza? Dah tentu-tentunya seperti apa yang dicanangkan adalah cdnya berwarna gold dan sound 24-bit digitally remastered. Memang betul. Gold discnya lebih baik dari gold disc merapu Hukum Karma. Soundnya pun lebih baik dari versi 2015. Tapi rasa macam sama sahaja jika anda mempunyai versi 2 dalam 1 tahun 1997. Mungkin juga ianya di ambil dari versi tersebut. Maklumlah versi ini khabarnya dikeluarkan sendiri oleh Sony Music melalui PMP Entertainment bukannya disubkan bawah label Rusa Marketing. (Maaf...jika salah info...sila perbetulkan jika salah)

beza gold disc antara dua
Inlay pula kali ini jenis lipat 3. Tak adalah istimewa sangat pun kecuali ada sedikit info berbanding versi 2015 yang langsung tak ada. Tapi apalah salahnya kan, dah alang-alang buat versi remastered, jemputlah Ali Bakar (contohnya) untuk menulis sedikit coretan sementara mereka yang terlibat dalam BOTB ni masih hidup. Susah betul nak jumpa album-album terbitan semula tempatan yang ada semua ini. Nak tahu tarikh bila album terbit pun susah. Apatah lagi nak harap bonus track...lagilah jangan harap. Kalau ada pun versi pok amai amai (hahaha...)


Tapikan...jangan nak kata versi ni tak ada salah. Typo mungkin dah jadi amalan biasa untuk album-album reissue. Tak tahulah siapa yang tukang check. Whitesteel pun boleh jadi Whitesteed. Hampeh!


Apa-apa pun pergilah beli. Kang kalau tak beli dorang merajuk tak nak keluarkan lagi. Habislah blog ni kena bantai bila cakap macam ni....😅



**May - Rahsia pun dah keluar gold disc...kata support rock melayu...kata collector...pegilah beli 😉










18 comments:

  1. nak kena lahar ke panggil Wings Gold Disc merapu??
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pok amai amai versi rock in rio tu memang paling best...kah kah kah...

      Delete
  2. Baik laa bro info2 dan koleksi bro...aku pun collector..kalau berminat apa2 title boleh message aku...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...cd rock metal power,progressive email hadi_rhmn@yahoo.com..thx

      Delete
    2. bro...email aku ko punya list kat aku...kot2 ada yang berkenan thrashead@gmail.com
      terima kasih

      Delete
    3. orite bro....thx kasi laluan disini...nanti di email rock on...

      Delete
    4. Salam bos.. nanti sy email tanya..tq bos

      Delete
  3. Dulu dengar nie semua dalam bus sekolah... aku baru darjah 4 kott...

    ReplyDelete
  4. Maybe kalau panggil Pak Ali Bakar kena ada percentage kena bayar, additional cost tu yg depa cuba elak,

    my two cents

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak buat boleh ajer...golongan yang beli fizikal muzik zaman sekarang ni bukannya orang biasa kebanyakan...jenis yang saja jalan2 pegi bandar singgah kedai kaset beli kaset/cd dah hampir pupus dah...yang tinggal ni majoritinya kolektor...takat tambah duit sikit janji dapat inlay 20 mukasurat takder sapa komplen punya...lain la isu made in sana sini harga mahal sound hampeh...tu memang nak kena marah...ala...versi 2006 BOTB ni pun inlay tebal kan...

      Delete
    2. Biasala business. Harga lebih memang la diorang nak letak tapi kalau boleh minimum cost

      Delete
  5. PMP entertainment setakat ni aku tgk kalo rilisan semula dia ok.mcm cangung mendonan tu packaging dia sama mcm tahun 93.rusa marketing mmg hampeh kuar cd upin ipin je bole la diorang buat.kalo untuk lain mcm gersang punya cd hancus..berapa rm gold disc botb ni?

    ReplyDelete
  6. Adoi..komen makin berbisa sekarang ni..kita bako..kita bako

    Mohd Rizal Azuar

    ReplyDelete