Wednesday, September 13, 2017

Nightflight



Budgie - Nightflight (1981)

Lama dah cari cd ini. Dulunya agak susah nak jumpa walaupun dalam e-bay. Tetapi kebelakangan ini, sejak adanya versi remasterd 2013, banyak dah nampak dalam ebay walaupun harganya agak mahal. Mendapatkannya dengan harga mampu milik adalah satu bonus.

Sebenarnya tak pernah pun dengar lagu-lagu dari album ini kecuali "I Turned To Stone". Membelinya semata-mata kerana sukakan lagu tersebut. Kali pertama dengar melalui kaset kompilasi Kerrang! versi Apache (pernah cerita dulu kat >SINI<) terus jatuh hati. Salah satu lagu yang tak jemu-jemu dengar walaupun ulang banyak-banyak kali. Melodinya...solo gitarnya...susunan muziknya...build up lagunya...vokalnya....arghhh....memang sedap. Salah satu lagu kegemaran sepanjang zaman.


Dulunya ketika ada versi MP3 pun setakat layan "I Turned To Stone". Bila dah ada cd baru betul-betul dengar keseluruhannya. Ternyata lagu-lagu yang lainnya pun boleh tahan. Seiring dengan perkembangan semasa ketika itu, muzik mereka juga terikut-ikut dengan gaya NWOBHM. Peminat era 70an mereka pastinya kurang gemar. Tetapi untuk saya yang bermula dari sini dan sukakan genre NWOBHM, Nightflight memang sebuah album yang cukup memuaskan hati.



6 comments:

  1. rasanya lagu budgie yang aku kenal breadfan je kot?

    ReplyDelete
  2. This is Metallica favourite band. Believe or not! I listen several songs after the posting. Think to add in my collection. Seen this band album several times in ebay but never consider. Thank you for the review.

    ReplyDelete
  3. nanti ada chance aku nak dengar band ni.
    Dengar pun pasal Metallica dan Rusty Blade

    ReplyDelete
  4. Just tau I Turned To Stone versi Tajul FTG nyanyi

    ReplyDelete
  5. Ni album best woo..aku pun teringin nk beli tapi harga bole tahan mahal.

    ReplyDelete
  6. nice. versi remastered ni inlay lain sikit la kot kan daripada yang asal

    ReplyDelete