Thursday, November 2, 2017

Back for the Attack

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 2hb November...


Dokken - Back for the Attack  (1987)

Dari 3 album mereka yang saya suka, Tooth And Nail (1984), Under Lock And Key (1985) dan Back For The Attack (1987), ini adalah yang paling suka. Mungkin kerana tahun ianya dikeluarkan adalah tahun yang saya benar-benar tengah kemaruk dengan muzik yang sebegini. Bolehlah dikatakan hari-hari dengar. Tahun-tahun berikutnya telah berubah mendengar muzik yang lebih keras untuk kononnya menjadi "true"...haha..



Tambah pula bila salah satu filem kegemaran zaman remaja, A Nightmare on Elm Street 3 menggunakan lagu Dream Warriors sebagai lagu tema mereka. Sesiapa yang pernah ada/sewa tape video vhs filem ini pastinya ingat ada diselitkan sekali video clip lagu Dream Warriors sebelum permulaan cerita. Masa tu zaman sewa tape video. Dua tiga kali jugalah sewa semata-mata nak tengok balik video clip tu...maklumlah zaman tu mana ada youtube kan...


Hightlight utama album ini sudah semestinya kerja gitar George Lynch. Dengarkan instrumental, "Mr. Scary". Ianya adalah mengapa nama beliau adalah antara yang paling disebut-sebut bila bercerita perihal shredder hebat era 80an.

Banyak lagu sedap. Catchy. Mungkin yang sedikit luar biasanya, tiada lagu yang betul-betul boleh dianggap sebagai power ballad atau slow rock. "Kiss of Death", "Prisoner","Heaven Sent","Burning Like a Flame", "So Many Tears", "Dream Warriors" adalah antara yang menjadi pilihan.

Rekomended jika anda sukakan pop metal dengan shredding gitar yang dasyat!




2 comments:

  1. oooh berpuluh tahun tak dengar ni album. hahahah.
    Aku masih ingat first time dengar kaset ni, dia takde lagu slow rock balada sentimental macam Alone Again.
    Dream Warrior sedap. Aku masih ingat Anthrax kena review single Dream Warrior dorang cakap Heavy Metal for 5 Year Old haha

    ReplyDelete
  2. muzik dokken memang catchy... kalau tak silap GL bagi naik nama ESP lagi awal sebelum hammett/hetfield

    ReplyDelete