Yang menyambut ulangtahun ke 30, semalam (30hb October)
Sepultura - Schizophrenia (1987)
Penghujung 80an dulu ini adalah antara album yang menunjukkan anda seorang mat thrash. Cukup popular dikalangan mat thrash melayu. Majoriti rakan-rakan saya mempunyai kasetnya. Poser la kalau tak ada....dan saya adalah antara yang tiada...memang lah poser....haha...
Pengenalan pertama saya kepada Sepultura adalah pada tahun 1989 dengan album Beneath The Remains. Sejak itu terus jadi minat. Kemudiannya baru mencari album-album yang sebelumnya. Saya kurang gemar dengan produksi sound Schizophrenia. Mendap. Ianya menjadi penyebab kenapa saya tidak membeli kasetnya selain masalah kekangan kewangan seorang pelajar.
Produksi sound mereka menjadi bertambah baik selepas dari ini. Beneath The Remains, Arise dan Chaos AD adalah antara produk terbaik mereka terutamanya dari segi sound. Sayangnya mereka tidak lagi bermain thrash selepas itu.
Namun begitu Schizophrenia adalah album thrash yang bagus. Elemen utama thrash adalah rif-rif angguk kepala. Schizophrenia mempunyai begitu banyak rif-rif yang sebegitu. Bagi saya, Andreas Kisser hanyalah seorang gitaris yang biasa-biasa...tetapi beliau bersama Max Cavalera banyak menghasilkan rif-rif thrash yang padu. Ianya adalah kekuatan utama Sepultura.
Best!
Dulu ada kaset ni.mmg betul sound kaset dia mendap.sepultura ni yg buat sedapnya pasal riff max yg power walaupun dia tak pandai solo.
ReplyDeleteaku tak reti sebut ni album..
ReplyDeletekawan aku masa sekolah dulu siap gi jumpa English teacher tanya maknanya haha
Betolla mendap...aku ingat lagi dulu masa beli kaset dia aku ingat kaset tu ada masalah kulat ke apa..hahaha sebab sound terlalu mendap
ReplyDeletesemua masih kurus. hehe.
ReplyDeletesetuju tentang Andreas Kisser, kalau tidak sudah tentu ada lagu-lagu anthemic sekarang ni... Tak tahu lah kot ada? sebab cuba dengar sepultura baru sekali... terus taknak dengar dah... huhu.
ReplyDelete