Monday, November 13, 2017

Kombinasi Mus & Yantzen

Entri hasil dari perbualan group whatsapp...


MAY - Kombinasi & Mus Yantzen (1995)

Tak pernah ingat pun pernah beli kaset ini. Biasalah dulu dulu selalu pergi ke kedai kaset tanpa niat nak membeli tetapi waktu balik ada sahaja yang terbeli.

Pernah dengar atau tidak kasetnya pun dah tak ingat. Ini semua jenis beli dan simpan. Banyak juga rasanya yang jenis macam ni. Apa yang menarik adalah kerana kandungan lagu-lagunnya. Ianya mengandungi 5 lagu dari album Strategi. Satu satunya album MAY yang belum pernah dikeluarkan (reissue) semula.


Sejujurnya saya agak "lost" dengan album Strategi. Tak pernah dengar dan tak tau pun kewujudannya. Tahun ianya dikeluarkan adalah tahun tahun yang saya kurang mengambil tahu perihal rock melayu.


Boleh tahan juga lagu-lagunya. Setuju dengan Rafi Xyrus Zone, lagu "Singa Taring Palsu" memang ada pangaruh thrash. Teringin pula nak dengar keseluruhan albumnya. Kalau ikut catatan di inlay kaset, Ianya adalah hak milik Suwah Music Publishing Sdn Bhd. Company ni masih ujud kot. Harap harap adalah peluang untuk di reissue suatu hari nanti.


P/s...best jugak bila lagu lagu Mus di nyanyikan semula oleh Yantzen dengan susunan muzik yang baru. Tak dapat Strategi...reissue yang ini pun ok.




9 comments:

  1. Replies
    1. kaset la beb...tak reti aku nak buat mp3 guna kaset...haha...

      Delete
  2. gua ada laa bro.. album penuh strategi tuu.. gua beli yg CDR punya... memang best daa.. walaupun CDR.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau...memang ada jual versi cdr...kalau tak ada yg official...mmg kena jugak la nampaknya..

      Delete
  3. Aku rasa antares da jual copyright kt suwah kot..kalo tak,takkan keluar album ni dengan lagu dari album strategi

    ReplyDelete
  4. Beli masa reissue tahun 2009 tak silap, cuma takda album Ziet Geist masa tu, reissue tahun lepas baru dapat..lagu Singa Taring Palsu memang best..

    Kes beli simpan, samalah, ada juga beli cd yg tak buka2 plastik, kadangtu bertahun baru buka, ada sampai kedai belipun dah bungkus...

    ReplyDelete