Monday, May 28, 2018

Operation: Mindcrime

Album yang sering dikatakan sebagai penanda aras untuk menghasilkan konsep album dan genre progressif rock/metal ini telah pun 30 tahun usianya pada 2hb Mei yang lalu...


Queensrÿche - Operation: Mindcrime (1988)

Terus terang saya katakan yang saya mengambil masa yang agak lama untuk hadam dan menyukai album ini. Zaman muda yang seleranya lebih kepada straight forward heavy metal, album yang berbentuk progressif seperti ini sememangnya agak kurang memberikan kesan.

Progressif rock/metal bukanlah selera utama saya. Sebab itu saya agak kurang gemar dengan Dream Theater. Mendengar Operation: Mindcrime sememangnya mengingatkan saya kepada Dream Theater. Pada saya, Queensrÿche adalah band yang agak underated. Tetapi album mereka, Operation : Mindcrime tidak. Carilah dimana-mana pun artikel tentang concept album rock/metal terbaik pastinya nama Operation : Mindcrime antara nama yang selalu disebut-sebut.

Tidak boleh dinafikan ini sememangnya sebuah konsep album yang terbaik. Jika anda jenis yang suka mendalami lirik dengan jalan cerita yang menarik. Kisah Nikki, Mary, Dr. X dan Father Williams dalam Operation : Mindcrime pastinya akan menarik minat anda.


Jika tidak pun, mungkin muziknya. Terutamanya jika anda pengemar genre progressif rock/metal. Tetapi untuk saya, sebab utamaya adalah kerana kerja gitar Chris DeGarmo. Dengarkan lagu seperti "Speak" dan "Spreading the Disease". Solo-solo beliau dan gandingannya bersama Michael Wilton memang secukup rasa. Memang lazat.

Jika itu pun tidak untuk anda. Mungkin bahagian chorus lagu-lagunya yang agak catchy dan melodic dapat memikat hati. Di tambah pula dengan vokal Geoff Tate yang sememangnya diakui antara vokalis terbaik dalam genre sebegini.

Tetapi jika tak boleh juga nak hadam. Tak dapat nak tolong dah....20 kali dengar tak masuk-masuk...sila cari genre lain...😀







4 comments:

  1. Antara album penyebab Bruce keluar Iron Maiden. Bruce dengar demo tape album ni dan dia mengamuk kenapa Iron Maiden tak boleh buat sama, dan tu baru dia dengar demo tape.
    Apa pun aku suka album ni, aku ada ori, aku ada remastered, aku ada live kat UK mana entah 1990 nye full show, aku ada live kat Seattle ke hapa tu, aku ada beli blue ray dia yang live tu, aku sampai sekarang masih dengar setiap lagu. hahaha.

    ReplyDelete
  2. alamak dah telepas eh.baru ingat nak cerita pasal album ni..heheh.antara album fav.aku.memang tak jemu la kalau nak cerita pasal album ni

    ReplyDelete
  3. Bought this and promise land album in UK but lost with other 60++ metal albums during shipment home but manage to complete collection of their classic albums era (from first self titled to promised land) by searching to a number of rock corner shops and ebay. Next album after promised land is total departure from classic sound. Bought several later albums that have never manage to appeal me. Crime is totally awesome concept album to me.

    ReplyDelete