Thursday, May 3, 2018

Piring Hitam - Savage Amusment


Dah berpuluh kali beli piring hitam dari luar negara secara on-line melalui e-bay, ini kali pertama dapat kotak bengkok. Selama ini hanya baca cerita orang, kali ini terkena sendiri. Bukan salah pos tapi ini kes posmen sumbat dalam mailbox.


Inilah risiko beli postage murah dan tidak berdaftar. Nak buat macamana. Nak komplen pun rasa macam tak berbaloi. Kos LP dan postage pun cuma dalam RM50 sahaja. Redha sahajalah...


Jaket pun bengkok...aduhai... Pos guna alamat opis. Biasanya posmen akan naik atas bagi bagi secara by hand. Tapi kali ni dapat posmen baru. Dia malas la tu nak naik. Jahanam disumbatnya dalam mail box.


Ini yang paling penting. Piring pun bengkok...Nasib juga tak patah...Nak salahkan siapa. Seller pun salah juga. Tak tulis "Do Not Bend" atau "Handle With Care". Dia ingat semua posmen tu tahu ker yang kotak tu dalamnya lp. Malas nak komplen. Cuma bagitau juga dekat seller lain kali suruh tulis.


Akhirnya ada juga guna buku KISS Kompendium ni...haha...Tebal dan berat nak mampus. Baca pun tak habis-habis lagi.


Nasib lah piringnya masih berfungsi dengan baik. Ada lah sikit bergelombang. Tetapi secara keseluruhannya masih elok. Tak ada kesan pada bunyi. Fuh...lega!


Akhirnya Savage Amusement berjaya di giler formatkan. Ada rezeki nanti...boleh pula cari versi 50th Band Anniversary...



7 comments:

  1. perasan tak musicMagpie (aka estock) dah tak pos ke malaysia (dan asia tenggara secara amnya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer...lama dah perasan...tu hari dah bincang panjang lebar kat group..

      Delete
  2. Bila nak publish review konsert Helloween ni? Tak sabar nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah mengarang....banyak benda nak cerita...tapi tersangkut pulak tak tau apa yang nak ditulis...haha

      Delete
  3. Hahah..nasib baik ada buku kiss tu.brapa rm skali ngan pos tu.haritu yg kita tgk kat amkop punya la mahal nak mampus

    ReplyDelete