Saturday, December 22, 2018

Junction 1988 - 2018

Terkini di pasaran....


Junction - 30 Tahun Legasi Rock 3 Dekad 1988 - 2018 (EP 2018)

Karya terbaru dari Junction. Satu nama yang pernah popular dari zaman kegemilangan muzik rock tanahair.

Dibarisi oleh 3 anggota asal dari album Arah dan Penentuan. Hatta, Man dan Misman serta seorang anggota baru di posisi drum. Tak pasti mengapa Misman yang bermain bass dan kenapa Syed tak ada bersama.


Mengandugi 2 buah lagu. Lagu berat bertajuk "Lagenda Dongeng Purba". Macam pernah dengar susunan muziknya. Tapi tak boleh nak ingat. Tapi ianya ada sedikit pengaruh Iron Maiden.

Lagu kedua pula sebuah lagu perlahan. "Bisikan Ilusi". Intronya mengingatkan saya kepada lagu "Nobody's Fool". Feelnya sama. Tapi yang pasti, Hatta membuktikan yang vokalnya tetap hebat walaupun selepas 30 tahun.

Dua-dua lagu bagus. Sedap. Sound tip top. Kalau ada nak komplen pun cuma sikit sangat lagunya. Macam tak puas. Kalau tambah satu lagu mid tempo ala-ala "Menunggu Hadirmu". Mesti lagi meletop.


Tanpa arwah Amir, Junction masih bernyawa. Terima kasih kerana masih meneruskan legasi beliau. Semoga Junction terus sukses. Harap-harap ada lah album penuh nanti. Apa-apa pun ini memang comeback yang menarik.

Tabik!

Sila cari FB Hatta Junction ataupun Linda Hatta untuk pembelian.




1 comment:

  1. album ni la aku nak tanya dalam grup haritu tapi lupa.

    ReplyDelete