Sunday, June 16, 2019

Shock

Antara yang terkini di pasaran.


Tesla - Shock (2019)

Lama dah tinggalkan Tesla. Terakhir membeli cd mereka adalah album Bust a Nut (1994). Album -album selepas itu sekadar mendengar gitu-gitu sahaja di youtube mahupun spotify.

Bila dapat tahu yang album baru ini diterbitkan oleh Phil Collen (Def Leppard), ada sedikit rasa teruja pula untuk membeli cdnya secara fizikal. Tak la minat sangat pun arah tuju Def Leppard zaman sekarang. Tetapi perasaan nak tahu tu memang tetap ada. Macam jauhkan antara muzik Tesla dan Def Leppard.


Tetapi setelah mendengar keseluruhan cd, ternyata Tesla telah pun berjaya di "Leppard" kan. Semua lagu pun dicipta secara bersama dengan Phil Collen. Makanya memang tak boleh tidak pengaruh Def Leppard tu memang ada. Paling nyata pada bahagian backing vokal semasa chorus. Kalau tidak kerana vokal Jeff Keith, memang rasa macam ini adalah album Def Leppard.

Ternyata ini bukan Tesla yang kita kenal dulu. Tiada lagi lagu-lagu rancak dengan twin gitar solo. Lagu-lagunya kini lebih pop, lembut dan santai. Lebih perencah AOR barangkali. Nak kata tak best...kalau suka melodic rock yang santai ala-ala Def Leppard mungkin album ni memang best. Tapi kalau nak Tesla yang lama.... ini bukanlah albumnya.


3 comments:

  1. Replies
    1. tak jugak...sebelum beli dah preview dulu satu dua lagu kat spotify... dah boleh agak dah hala tujunya... tapi tu lah... jumpa harga patut...beli tetap beli jugak...heheh...

      #shramzb juga

      Delete
  2. Dah macam dengar DL Slang saja ni

    ReplyDelete