Sunday, September 1, 2019

Revelations of Oblivion



Possessed - Revelations of Oblivion (2019)

Sebut "Pos...Sess... Sed". Lepas tu kena ketawa. Bila pandai dah sebut perkataan sebenar. Giliran kita pula ketawakan orang lain... hahaha...Memang banyak lah belajar bahasa inggeris ni dari band-band hantu macam ni.

Lambat juga "follow" mereka. Kali pertama berpeluang mendengar album Seven Churches (kaset dubbing) adalah pada tahun 1990. Tak pernah jumpa di kedai kaset sekitar Johor Bahru. Kawan seITM dari KL yang mengenalkannya. Zaman remaja yang kemaruk dengan muzik extreme, zaman true, muzik sebegini walaupun macamana teruk pun produksinya akan tetap menjadi mainan halwa telinga. Maklumlah tak nak kena panggil poser 😁


Kini selepas 33 tahun, mereka kembali. Bukanlah semuanya line-up asal. Semua pun dah hilang dari radar kecuali gitarisnya, Larry LaLonde. Aktif bersama Blind Illusion dan kemudiannya Primus. Tapi dia tak terlibat pun dengan album ini. Yang menghidupkan Possessed kali ini adalah vokalis/bassis, Jeff Becerra. Dia ni lumpuh. Kena tembak. Lama dah berkerusi roda. Tapi semangat tetap tinggi.

Walaupun hanya tinggal beliau seorang, Revelations of Oblivion adalah apa yang kita mahukan dari Possessed. DNA yang masih sama. Ianya adalah kesinambungan dari apa yang mereka tinggalkan 30++ tahun yang lalu. Yang berbeza cuma dari segi produksi dan sound. Ianya lebih moden. Bersesuaian lah dengan situasi sekarang.

Ianya adalah hala tuju yang tepat. Tak perlu untuk mereka berevolusi. Comeback yang sebegini sudah semestinya apa yang peminat asal mahukan. Mereka pun bukannya jenis selang 2, 3 tahun ada album baru untuk bereksperimentasi

Pendek cerita, ini adalah sebuah album death metal yang berkualiti. Tak rugi beli.



1 comment:

  1. aku ada tgk muzik video terbaru dorg..bole tahan dahsyat..ngam dkt telinga

    ReplyDelete