Saturday, October 12, 2019

Cdholic - pelbagai

Lagi berkongsi gambar. Bila kekangan masa dan kemalasan melanda. Inilah yang terbaik untuk blog ini terus hidup.

Kongsi lagi antara cd-cd yang baru di perolehi. Tak memilih genre. Janji yang boleh masuk telinga.

Dissection - Reinkaos (2006)
Baru mencuba dengar. Agak ketinggalan dalam bab-bab metal akar kayu (gelaran rakan-rakan di group whatsapp blogger terhadap band-band black metal 😁) Pertama kali dengar terus suka terutamanya album "Storm of the Light's Bane". Melodinya memang terkesan. Sayangnya belum dapat dimiliki. Dapat yang ini pun ok juga. Walaupun sedikit berbeza, tapi sedap. Reinkaos adalah album mereka yang terakhir. Memang tak ada dah lepas ni. Jon Nödtveidt pun dah mati.

Roxx Gang - Things You've Never Done Before (1988)
Roxx Gang adalah salah satu lambakan band-band hair/glam metal di zaman kemuncak genre tersebut. Mereka adalah antara yang kurang bernasib baik. Agak underated. Dulu sekadar membaca di majalah. Tak berpeluang untuk mendengarnya sehinggalah ujudnya zaman Internet. Mereka bagus sayangnya mungkin "timing" dan nasib tidak nenyebelahi. Di cadangkan jika anda suka pada genre sebegini.

Paul Young - From Time To Time - The Singles Collection (1991)
Sebelum terjebak dengan metal, inilah muzik yang menjadi soundtrack kehidupan. Banyak betul lagu-lagu beliau yang sedap. Ada piring hitamnya dalam koleksi >SINI<  Tak pernah pula ada cd. Bila terjumpa cd kompilasi ini dengan harga RM10 memang sesuatu yang tak boleh dilepaskan. Kenangan terindah di tahun-tahun 80an...


2 comments:

  1. Nampak sangat aku terlepas bas. Black Metal Hutan dah jadi Metal Akar Kayu ye. Gila la whatsapp pun aku tak sempat baca, inikan pula blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zan punya kerja la tu...iyer la...logo dah macam akar kayu...memang tak reti nak baca...hahaha..

      Aku selain group whatsapp family, group whatsapp kita ni la yang aku pastikan aku mesti baca satu-satu...dah jadi macam sahabat karib semua kita kan...whatsapp company pun aku buat tak tau jer...hahaha...

      Delete