Thursday, October 31, 2019

Follow The Blind

Ini sambungan dari entri Demon - The Unexpected Guest...


Blind Guardian – Follow the Blind (1989)

Sebenarnya lagu "Don't Break The Circle" kali pertama saya dengar bukanlah dari Demon. Tetapi versi cover dari Blind Guardian. Asalnya ingatkan ini versi asal. Selepas ada cdnya, barulah tahu siapa penyanyi asal.

Kalau kena pilih, saya lebih suka versi Blind Guardian. Ianya lebih laju. Tetapi versi Helter Skelter pun boleh tahan juga. Maklumlah, versi itu lebih awal saya dengar dari kedua-duanya... Hahaha...

Sedikit berkenaan album Follow The Blind. Seperti album pertama mereka, Battalions of Fear, album ini juga berkonsepkan speed metal. Memang agak berbeza dengan arah muzik mereka sekarang.

Bukan yang sekarang tak best, tetapi selera saya lebih terarah kepada muzik mereka pada zaman ini. Memang raw. Lagu "Banish From Sanctuary" dan "Valhalla" adalah antara yang paling diminati.




2 comments:

  1. "Memang agak berbeza dengan arah muzik mereka sekarang."

    betul, muzik mereka sekarang terlalu tepu dengan bunyi-bunyian orkestra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti Manowar... BG pun dah melebih lebih...

      Delete